Buka menu utama

Wikipedia β

Kongres India Malaysia

Kongres India Se-Malaysia (singkatan: MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil : மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Subramaniam Sathasivam. MIC merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan, merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Kongres India Se-Malaysia
Malaysian Indian Congress
மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்
马来西亚印度国大党
MIC
Diasaskan Ogos 1946
Ibu pejabat Tingkat 6, Menara Manickavasagam
No.1, Jalan Rahmat
Jalan Tun Ismail
50350 Kuala Lumpur
Ideologi Nasionalisme, Centrisme, Konservatisme
Penggabungan nasional Barisan Nasional
Tapak web
http://www.mic.org.my
Bendera rasmi MIC.

Isi kandungan

SejarahSunting

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.

MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.

Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

Presiden MICSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting

NotaSunting

RujukanSunting