Samy Vellu
Tun Samy Vellu a/l Sangalimuthu (8 Mac 1936–15 September 2022), lebih dikenali sebagai Samy Vellu, Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979 hingga 2010 lalu. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.
S. Samy Vellu | |
---|---|
![]() | |
Menteri Kerja Raya Malaysia | |
Dalam jawatan 1995–2008 | |
Didahului oleh | Leo Moggie |
Digantikan oleh | Mohd Zin Mohamed |
Dalam jawatan 1980–1989 | |
Didahului oleh | Lee San Choon |
Digantikan oleh | Leo Moggie |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Sungai Siput, Perak | |
Dalam jawatan 1974–2008 | |
Didahului oleh | V. T. Sambanthan |
Digantikan oleh | Michael Jeyakumar Devaraj |
Presiden Kongres India Malaysia ke-7 | |
Dalam jawatan 12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010 | |
Timbalan | S. Subramaniam (1976-2006) & G. Palanivel (2006-2010) |
Didahului oleh | Tan Sri Dato' V. Manickavasagam |
Digantikan oleh | G. Palanivel |
Butiran peribadi | |
Lahir | Samy Vellu a/l Sangalimuthu 8 Mac 1936 Kluang, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 15 September 2022 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 86)
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Toh Puan Indrani Samy Vellu (kedua) |
Hubungan | Vell Paari (anak) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Arkitek |
Kehidupan awal Sunting
Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Dengan tidak putus asa beliau belajar sambil masa sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah. Ini bukanlah satu pencapaian yang mudah terutama sekali kepada anak keluarga India Malaysia yang bukan sahaja miskin malah dari keluarga estet.
Keluarga Sunting
Samy Vellu mempunyai seorang anak lelaki, Vell Paari dan seorang anak perempuan. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Indrani, isteri kedua beliau yang merupakan seorang pemilik restoran. Samy Vellu dikatakan tidak tinggal bersama Datin Seri Indrani.
Kerjaya politik Sunting
Pada 1961, beliau bertanding kerusi di MIC Selangor tetapi kalah. Tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Kebudayaan MIC. Pada 1967, beliau dilantik memegang jawatan Setiausaha MIC Selangor dan pada 1972, beliau ditauliahkan sebagai seorang arkitek. Dua tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput.
Dengan sokongan dan popularitinya dalam parti, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden MIC. Beliau mengalahkan pencabarnya, S. Subramaniam, yang ketika itu Setiausaha Agung MIC dengan majoriti 26 undi. Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden dan pada tahun 1979, beliau dilantik menjadi Presiden MIC berikutan kematiann Tan Sri Manickawasagam.
Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sehingga 2008 berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya umum. Jawatan beliau sebagai Menteri kabinet mewakili parti MIC digantikan oleh setiausaha parti tersebut, Dato' Dr. S. Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia.
Garis masa sebagai Ahli Parlimen Sunting
Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Kekalahan dalam Pilihan Raya Umum 2008 Sunting
Pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, yang turut merupakan hari ulang tahun ke-72nya, Samy Vellu yang bertanding untuk Parlimen Sungai Siput telah dikalahkan oleh lawannya Dr Michael Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia.
Keputusan pilihan raya Sunting
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1974 | P48 Sungei Siput, Perak | Samy Vellu (MIC) | 9,045 | 49.09% | Patto Perumal (DAP) | 8,401 | 45.59% | 18,529 | 644 | 77.87% | ||
Thang Pang Fay (PEKEMAS) | 877 | 4.76% | ||||||||||
R. C. Manavarayan (IND) | 103 | 0.56% | ||||||||||
1978 | Samy Vellu (MIC) | 12,930 | 62.41% | Ngan Siong Hing @ Ngan Siong Eng (DAP) | 7,789 | 37.59% | N/A | 5,141 | N/A | |||
1982 | Samy Vellu (MIC) | 14,930 | 64.56% | T. Sellapan (DAP) | 7,033 | 30.41% | 23,827 | 7,897 | 73.63% | |||
Ahmad Zawawi Ibrahim (PAS) | 1,164 | 5.03% | ||||||||||
1986 | P56 Sungai Siput, Perak | Samy Vellu (MIC) | 13,148 | 56.05% | Liew Sam Fong (DAP) | 8,712 | 37.14% | 24,566 | 4,436 | 69.32% | ||
Wan Hassan Wan Mahmud (SDP) | 1,597 | 6.81% | ||||||||||
1990 | Samy Vellu (MIC) | 14,427 | 53.25% | Patto Perumal (DAP) | 12,664 | 46.75% | 28,028 | 1,763 | 69.21% | |||
1995 | P59 Sungai Siput, Perak | Samy Vellu (MIC) | 21,283 | 71.86% | Lim Ah Guan @ Lim Soon Guan (DAP) | 5,673 | 19.15% | 30,552 | 15,610 | 67.66% | ||
Mohamed Hashim Salim (PAS) | 2,663 | 8.99% | ||||||||||
1999 | Samy Vellu (MIC) | 17,480 | 57.75% | Michael Jeyakumar Devaraj (DAP)1 | 12,221 | 40.38% | 31,165 | 5,259 | 63.62% | |||
Mohamad Asri Othman (MDP) | 565 | 1.87% | ||||||||||
2004 | P62 Sungai Siput, Perak | Samy Vellu (MIC) | 19,029 | 62.19% | Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)2 | 8,680 | 28.37% | 31,583 | 10,349 | 67.51% | ||
Sanmugam Ponmugam Ponnan (DAP) | 2,890 | 9.44% | ||||||||||
2008 | Samy Vellu (MIC) | 14,637 | 44.15% | Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)2 | 16,458 | 49.64% | 33,154 | 1,821 | 69.91% | |||
Nor Rizan Oon (IND) | 864 | 2.61% |
Nota: 1 & 2 Michael Jeyakumar Devaraj di tengah-tengah bertanding di bawah tiket DAP pada pilihan raya 1999 dan PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008, adalah ahli PSM.
Penghargaan Sunting
Senarai darjah kebesaran yang diterima[3]
- Malaysia
- Seri Setia Mahkota (SSM) - Tun (2017)[4]
- Johor
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato' (1980)
- Pahang Darul Makmur
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2004)
- Wilayah Persekutuan
- Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) - Datuk Seri Utama (2013)
- Perak Darul Ridzuan
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) - Dato' Seri (1989)
- Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
- Sarawak
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato Sri (2003)
- Selangor
- Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato' (1979)[5]
- Seri Mahkota Selangor (SMS)
Meninggal dunia Sunting
Beliau telah meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi, 15 September 2022 .
Rujukan Sunting
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 28 June 2010. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ Semakan penerima darjah kebesaran
- ^ "Samy Vellu happy with Govt's recognition of his service". The Star Online. 10 September 2017. Dicapai pada 28 September 2017.
- ^ Semakan penerima darjah kebesaran Selangor
Pautan luar Sunting
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: Samy Vellu |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh V. Manickavasagam |
Presiden Kongres India Malaysia (MIC) 12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010 |
Diikuti oleh: G. Palanivel |