Buka menu utama

Y.Bhg Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed (lahir 28 Mac 1954), merupakan bekas Menteri Kerja Raya & Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2004. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor.

Yang Bhg Dato' Sri Ir
Mohd Zin Mohamed
SSAP, DIMP (Phg); DPTJ, JP (NS)
Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehDatuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu
Digantikan olehDato' Sri Shaziman Abu Mansor
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P113 Sepang, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehSeripah Noli Syed Hussin
Digantikan olehMohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Shah Alam, Selangor
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehSalamon Selamat
Digantikan olehAbdul Aziz Shamsuddin
Butiran peribadi
LahirMuar Muar, Johor
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Kehidupan AwalSunting

Beliau dilahirkan di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 1977 dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Struktur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Bradley, Peoria,Illinois, Amerika Syarikat pada 1980 dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sarjana di universiti yang sama.

Malahan beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Virus Japanese Encephalitis (JE) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MPSA).

PolitikSunting

Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Seksyen 8, Shah Alam pada 1986-1993 dan kemudiannya menjadi Ketua Pemuda UMNO Shah Alam pada 1989-1994. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Bendahari Pemuda UMNO Selangor serta Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Mohd. Zin juga pernah menjadi Setiausaha, Jawatankuasa Petugas MT UMNO Bagi Menangani Fitnah selain ahli Panel Peguam Majlis Tertinggi UMNO. Pada 2001, beliau dipilih semula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam. Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua Penaja, UMNO Bahagian Kota Raja dan kemudiannya Ketua Penaja UMNO Bahagian Sepang ekoran peletakan jawatan Datuk Mohd Sharif Jajang.

Pilihan raya Malaysia 2008Sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Zin Bin Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sepang , negeri Selangor. Mohd Zin Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26381.

Calon lawan ialah Mohamed Makki Bin Ahmad dari PAS mendapat 21,532 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 1,099.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya pada kabinet tahun 2004 dan sekarang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.

Pilihan raya Malaysia 2013Sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Zin Bin Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sepang , negeri Selangor. Mohd Zin Bin Mohamed telah kalah dengan mendapat undi sebanyak 35,658.

Calon lawan ialah Mohamed Hanipa Maidin dari PAS mendapat 36,800 undi - Menang. Peratus pengundi yang keluar ialah 89.1%. Undi rosak sebanyak 1,219.

JawatanSunting

Beliau bukan baru dalam bidang politik malah sebelum ini Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed dikenali ramai sebagai bekas Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan (BBC) sejak 2002 hingga Mac 2004.

Bekas jurutera yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2004-2007

KeluargaSunting

Mohd. Zin berkahwin dengan Datin Azlina Ahmad dan dikurniakan lima anak, Irwan Arif, Shahree, Zubir, Shafiq dan Aisyah Ilani. Dan mempunyai 3 zuriat dari isteri kedua

Saman PAS berhubung serbuan JAISSunting

Pada 14 September 2011, Mohd Zin mewakili UMNO Selangor menyaman Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menuduh UMNO menjadi dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 19-21 Ogos 2011. Beliau / UMNO Selangor menuntut RM 10 juta daripada lima responden lain iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS), Angkatan Edaran Enterprise (pencetak), Ahmad Lutfi Othman (ketua pengarang Harakah) dan wartawan Khairul Azlam Mohamad. Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam . Rencana yang dimaksudkan ialah 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS'. [1]

Keputusan PilihanrayaSunting

Parlimen Malaysia: P113 Sepang, Selangor[2]
Tahun Barisan Nasional Undi Prt Pembangkang Undi Prt
2013 Mohd Zin Mohamed (UMNO) 35,658 42.2% Mohamed Hanipa Maidin (PAS) 36,800 43.6%
2008 Mohd Zin Mohamed (UMNO) 26,381 54% Mohamed Makki Ahmad (PAS) 21,532 44%
2004 Mohd Zin Mohamed (UMNO) 30,755 72% Mohamed Makki Ahmad (PAS) 11,918 28%

Lihat JugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Umno S'gor saman PAS berhubung serbuan JAIS
  2. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Dicapai 18 Januari 2010.  Termasuk keputusan dari Pilihan raya 2004. Keputusan dari pilihanraya awal tidak terdapat.

Pautan LuarSunting


Penyandang Terdahulu Menteri Kerja Raya
19 Mac 2008 – kini
Penyandang Kemudian
Datuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu
"penyandang"