Lee San Choon

Tan Sri Dato' Lee San Choon (24 Mac 1935 – 3 Mac 2023) merupakan ahli politik Parti Perikatan-MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kluang Utara, negeri Johor (1958–1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.


Lee San Choon

PMN; SPMJ, SSIJ (Johor); KMN
李三春
Lee San Choon 2006.jpg
Presiden MCA ke-4
Dalam jawatan
Ogos 1975 – 25 Mac 1983
Didahului olehTan Siew Sin
Digantikan olehTan Koon Swan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Seremban
Dalam jawatan
26 April 1982 – 24 Mac 1983
Didahului olehChen Man Hin
Digantikan olehChen Man Hin
Majoriti845 (1982)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Segamat
Dalam jawatan
14 September 1974 – 21 April 1982
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSubramaniam Sinniah
Majoriti11,398 (1974)
17,318 (1978)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Segamat Selatan
Dalam jawatan
25 April 1964 – 13 September 1974
Didahului olehTeoh Chze Chong
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Majoriti6,399 (1964)
9,287 (1969)
Anggota Parlimen Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia untuk Kluang Utara
Dalam jawatan
19 Ogos 1959 – 2 April 1964
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehTiah Eng Bee
Majoriti1,455 (1959)
Butiran peribadi
LahirLee Soon Seng
(1935-03-24)24 Mac 1935
Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia3 Mac 2023(2023-03-03) (umur 87)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikPersatuan Cina Malaysia (MCA)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN)
Anak-anak2

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 24 Mac 1935 di Pekan, Pahang. Mendapat pendidikan di English College, Johor Bahru. Beliau pernah bekerja di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Malaysia sebelum keputusan untuk berhenti dan berkhidmat di sektor swasta, Malayan Weaving Mills Ltd.

Pilihan rayaSunting

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat, bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai/membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Sekali lagi beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Segamat, selatan Johor. Perdana Menteri Malaysia Hussein Onn melantik beliau sebagai Menteri Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam Malaysia.

PolitikSunting

Jawatan Setiausaha Politik kepada Tun Tan Siew Sin merupakan titik awal pembabitan awal beliau di dalam bidang politik. Pada tahun 1965 beliau dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Buruh.

Memegang Jawatan Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat pada 1969 dan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Komunikasi sebelum dilantik Menjadi Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan pada tahun 1978.

Kompleks Kerja Raya 17 Tingkat dan bangunan-bangunan persekutuan merupakan beberapa projek yang dikenalpasti siap semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan.

AnugerahSunting

Kehormatan MalaysiaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1963" (PDF).
  2. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1990" (PDF).
  3. ^ a b Maktab Sultan Abu Bakar (English College) : Sejarah dan Biografi 100 Tokoh Melakar Kegemilangan. Kamdi Kamil (ed. 1st). Johor Bahru: Percetakan Bumi Restu Sdn Bhd. 2014. m/s. 130. ISBN 978-983-42249-8-1. OCLC 892514524.CS1 maint: others (link)