Tapah
Tapah merupakan sebuah bandar kecil dalam daerah Batang Padang, negeri Perak, Malaysia. Nama bandar ini diambil dari seekor ikan air segar iaitu "Ikan Tapah" atau nama saintifiknya iaitu Wallago attu. Orang tempatan berkata nama bandar ini diambil dari loghat Melayu-Perak yang bermaksud tidak mengapa.
Tapah | |
---|---|
Bandar | |
![]() | |
Koordinat: 4°11′00″N 101°16′00″E / 4.18333°N 101.26667°EKoordinat: 4°11′00″N 101°16′00″E / 4.18333°N 101.26667°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Batang Padang |
Ketinggian | 79 m (259 ft) |
Lokasi Sunting
Bandar Tapah terletak di tepi jalan persekutuan di antara Kuala Lumpur dan Ipoh. Terdapat simpang ke Pekan (Tapah Road) di sebelah kiri dan ia boleh sampai ke bandar Teluk Intan. Sungai yang mengalir di pinggirnya ialah Sungai Batang Padang.
Tapah juga ada susur masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui Jalan Pahang yang juga menjadi jalan utama ke Cameron Highlands. Di Lebuh Raya Utara Selatan, terdapat satu Perhentian Rehat & Rawat yang terbesar di sepanjang Lebuhraya PLUS.
Tapah juga mempunyai jalan perhubungan ke bandar Teluk Intan dan jalan ke Kampar melalui Jalan Persekutuan bagi pengguna lebuh raya dari Kuala Lumpur.
Jalan Pahang (59) Sunting
Jalan Pahang merupakan jalan protokol bagi Bandar Tapah, jalan ini digazetkan sebagai Jalan Persekutuan pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan tarikh gazet telah dibina dihadapan Pejabat Pos Tapah dimana bermulanya jalan ini. Disepanjang jalan ini menghala ke Cameron Highlands, terdapat perkampungan Orang Asli puak Semai. Di Batu Tujuh terdapat sebuah Taman Caravan Kuala Woh yang merupakan antara hutan lipur yang paling indah di Perak, sebelum persimpangan masuk ke Kuala Woh, terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh yang merupakan sekolah orang asli terbesar di Perak. Batu 14 juga menawarkan sebuah lagi pusat pelancongan menarik iaitu Lata Iskandar. Pelbagai hasil hutan seperti Tongkat Ali,Kacip Fatimah,Orkid Hutan serta kraf tangan Orang Asli seperti Sumpit ada dijual sepanjang jalan ini. Di akhir jalan ini di Cameron Highlands, terdapat persimpangan untuk ke Simpang Pulai berhampiran dengan Bandar Ipoh serta ke Gua Musang, Kelantan
Wakil rakyat Sunting
Parlimen Malaysia Sunting
Dewan Rakyat Sunting
- P072 TAPAH - Datuk Seri M. Saravanan (BN)
Dewan Negara Sunting
- YB. Senator Dr. M. Malasingam (BN)
Dewan Undangan Negeri Perak Sunting
- N46 CHENDERIANG - YB. Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu (PN - Bersatu)
- N47 AYER KUNING - YB. Dato' Samsudin Abu Hasan (BN)
Tarikan pelancongan Sunting
- Hutan Lipur Taman Caravan Kuala Woh
- Lata Iskandar
- Lata Kinjang (Chenderiang)
- Perkampungan Tradisional Orang Asli
Infrastruktur Sunting
Pejabat Kerajaan Sunting
- Majlis Daerah Tapah
- Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang
- Pejabat Jurutera Daerah Batang Padang
- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak
- Pejabat Penghulu Mukim Batang Padang
- Mahkamah Majistret Tapah
- Mahkamah Syariah Tapah
- Jabatan Perhutanan Perak
- Jabatan Penerangan
- Jabatan Sumber Manusia
- Jabatan Pendaftaran
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kinta/Batang Padang
- Jabatan Pengangkutan Jalan
- Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang
- Pejabatan Kesihatan Daerah Batang Padang
- Pejabat Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan
- Pejabat Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat
- Pertubuhan Peladang Kawasan Tapah
- Stesen Pemancar Radio RTM, Changkat Rembian
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- MARA
- RISDA
Pertahanan dan Keselamatan Sunting
- Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion Ke-4 (Gurkha Malaya)
- 503 Rejimen Askar Wataniah
- Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah
- Penjara Tapah
Kesihatan Sunting
- Hospital Tapah
- Poliklinik Komuniti Jalan Damai
- Klinik Desa Batu 7, Jalan Pahang
- Klinik Bergerak 1Malaysia
Kemudahan Awam Sunting
- Pejabat Pos Tapah
- Kedai Tenaga
- TM Point
- Stesen Bas Tapah
- Stesen KTMB Tapah Road
- Perhentian Teksi Tapah
- Pasar Awam Tapah
- Mini Stadium Tapah
- Padang Majlis Daerah Tapah
- Gelanggang Futsal DUN Ayer Kuning
- Gelanggang Tenis Majlis Daerah Tapah
- Taman Malaysia
Bank Sunting
- Maybank
- Bank Simpanan Nasional
- Bank Rakyat
- Bank Pertanian
- Tabung Haji
Hotel Bajet Sunting
- Rumah Rehat Tapah
- OneOne08(1108) Boutique Hotel Tapah
- Hotel NH
- Hotel Timuran
- Hotel Utara
- Hotel Tapah Bajet
Masjid Sunting
- Masjid Jamek Tapah (Masjid daerah), 35000 Tapah
- Masjid Jamek Batu Tiga, Jalan Pahang
- Masjid Jamek Tapah Road, Jalan Besar, 35400 Tapah Road
- Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Batu Melintang 35000 Tapah
- Masjid Jamek Banir 35400 Tapah Road
Sekolah/Pusat Pendidikan Sunting
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak Kampus Tapah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tapah
- Sekolah Menengah Sains Tapah
- Sekolah Kebangsaan (1)
- Sekolah Kebangsaan Tapah
- Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana
- Sekolah Kebangsaan Toh Tan Dewa Sakti
- Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba
- Sekolah Kebangsaan Kampong Pahang
- Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh
- Sekolah Kebangsaan Batu Empat Belas
- Sekolah Kebangsaan Batu Melintang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kheung Hwa
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tapah
- Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN-4
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Tapah
Taman perumahan Sunting
- Highland Park
- Taman Anson
- Taman Melor
- Taman Tapah
- Taman Tapah 2
- Taman Bunga Raya
- Taman Tapah Indah 1&2
- Taman Orkid
- Taman Sri Damai
- Taman Tapah Jaya
- Taman Bukit Indah
- Taman Bukit Hijau
- Taman Kenari
- Taman Kuning Mas
- Taman Bukit Perdana