Sekolah Menengah Sains Tapah

sekolah menengah di Malaysia

Sekolah Menengah Sains Tapah atau akronimnya SESTA merupakan salah satu sekolah berasrama penuh yang mula dibuka pada 12 April 2010.Sekolah ini terletak kira-kira 4.5 kilometer dari pekan Tapah dan mempunyai keluasan 30 hektar. Sehingga tahun 2016, jumlah pelajar sekolah ini kini sudahpun mencapai lebih kurang 730 orang.

Sekolah Menengah Sains Tapah
Lencana Sesta
Lencana Sesta
Lokasi
Tapah, 35000, Batang Padang, Perak Darul Ridzuan.
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoBerilmu, Bertakwa
Autoriti pendidikanBatang Padang
Nombor sekolah05-4018745
Kod sekolahAEA0043 [1]
Pengerusi PIBG-
PengetuaSafarim bin Salim
Purata saiz kelas20-30 orang pelajar
GPK Pentadbiran dan AkademikMohd Ridzuan bin Mahad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMurniza binti Md Jidin
Penolong Kanan KokurikulumMior Muhammad Fadzli bin Mohd Yusoff
Faks05-4018743
Laman sesawang
Map

Sejarah sunting

Sebuah Projek Kerajaan Persekutuan sunting

 
Papan tanda projek pembinaan SESTA, sewaktu masih belum dibuka.

Persaingan mencapai kecemerlangan dalam dunia pendidikan menuntut lahirnya sebuah lagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Perak Darul Ridzuan. Kewujudan sebuah lagi SBP di Daerah Batang Padang ini membawa hasrat untuk meneruskan lonjakan kecemerlangan SBP di negara ini. Sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Sains Tapah bersempena lokasinya di pekan Tapah terletak di Jalan Pahang kira-kira 4 kilometer dari Pekan Tapah dan merupakan laluan utama ke Cameron Highland.

Projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Tapah ini bermula pada tanggal 12 Oktober 2006 dan dijadualkan siap pada 11 November 2008. Namun atas masalah yang tidak dapat dielakkan projek ini hanya dapat disiapkan pada 29 Ogos 2009. Projek yang menelan belanja yang bernilai RM38,482,000.00 merangkumi pelbagai kemudahan bagi sekolah berasrama penuh. Sekolah Menengah Sains Tapah meliputi keluasan tanah seluas 30 ekar.[2]

Semasa Pembinaan sunting

Sepanjang tempoh pembinaan projek sekolah ini, Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin telah dilantik sebagai ‘caretaker' yang berkuatkuasa Mac 2009 . Ketika beliau tiba di sekolah ini didapati masih banyak lagi kerja-kerja pembinaan yang belum terlaksana. Atas sebab itu, pihak kementerian telah mengarahkan En Zulkarnain bin Zainal Abidin kembali bertugas semula di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak Darul Ridzuan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pada 16 Jun 2009 beliau sekali lagi telah diarahkan ke sekolah ini dan ketika itu hanya kira-kira 10% lagi kerja-kerja pembinaan belum dapat disiapkan. Keadaan ini memaksa Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin berulang alik dari Ipoh ke Tapah kerana sebagai ‘caretaker' , beliau bertanggungjawab menguruskan pelbagai urusan berkaitan pembukaan sesebuah sekolah. Antara kewajipan beliau ialah menguruskan pendaftaran sekolah, penempatan guru serta staf sokongan sekolah, penerimaan bekalan perabot dan peralatan sekolah dan hal berkaitan kewangan dan akaun sekolah. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab untuk menguruskan perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah.

Pembukaan sunting

Majlis penyerahan projek siap sekolah ini telah diadakan pada 23 Oktober 2009 oleh pihak kontraktor kepada Puan Hajah Norlia binti Mohd Shuhaili selaku Timbalan Pengarah yang mewakili Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya beliau menyerahkan sekolah ini kepada Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin sebagai peneraju utama Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA).

Apabila Sekolah Menengah Sains Tapah telah diserahkan maka perabot dan peralatan sekolah telah mula diterima mulai bulan Disember 2009. Manakala untuk mengawal keselamatan sekolah, sebuah syarikat kawalan keselamatan telah dilantik menjalankan tugas mulai 1 Februari 2010.

Pengetua pertama yang ditugaskan mengetuai Sekolah Menengah Sains Tapah ialah Encik Hadi bin Mat Dain bermula 1 Februari 2010. Beliau berpengalaman luas dalam dunia pendidikan SBP kerana pernah menabur bakti di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub, Pahang dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang. Beliau turut dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan iaitu Encik Zulkarnain Bin Zainal Abidin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Asma Azmin Rashid Bin Mohd Nawawi sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Zulkipli Bin Abd. Latip sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Sehingga bulan Mac 2010, sekolah ini telah menerima kehadiran guru seramai 35 orang.

Sekolah ini telah menerima kemasukan pertama murid tingkatan 1 pada pertengahan April 2010. Oleh kerana masalah kekurangan kakitangan dan alatan, pengambilan murid tingkatan 4 hanya dapat dijalankan pada tahun seterusnya.

Walaupun merupakan sebuah sekolah menengah berasrama yang masih baru, sekolah ini telah mencatatkan kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perubahan Pentadbiran sunting

Pada tahun 2012, telah berlaku perubahan dalam barisan pentadbiran sekolah ini. En. Asma Azmin Rashid, Penolong Kanan HEM telah bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng pada penghujung Julai, lantas menyaksikan En. Safarim memangku jawatan berkenaan sebelum memegangnya secara rasmi tidak lama kemudian. Cik Ainun Marziah Abdul Rahman (kemudiannya Hajah) daripada Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) mengisi pula kekosongan jawatan Penolong Kanan Kokurikulum pada bulan Oktober tahun yang sama. Pada 1 November tahun yang sama juga menyaksikan pengetua, En. Hadi telah bertukar ke SMK Sri Bahagia, Temerloh, Pahang. Pertukaran ini hanya diumumkan kepada umum melalui SMS beliau kepada En. Zulkarnain, Penolong Kanan Pentadbiran yang dibacakan ketika Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM pada 31 Oktober. Pada 1 Oktober 2015, Tuan Haji Sulaiman bin Haji Samsudin telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah di Pejabat Pendidikan Hilir Perak menyaksikan Tuan Haji Mohd Rezazali bin Ahmad Ansar, Penolong Kanan Pentadbiran dari SBPI Gombak menggantikan tempat Tuan Haji Sulaiman sebagai Pengetua SESTA yang baharu berkuatkuasa 1 Disember 2015.

Rezazali telah digantikan dengan Shaharuddin bin Mohd Daud yang bertukar dari SMK Hamid Khan pada Oktober 2017. Beliau juga turut ditemani barisan pentadbiran yang baru apabila Safarim Salim menjadi Penolong Kanan Pentadbiran, Ahmad Thanusi bin Shaaban (bertukar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh) sebagai PK Pentadbiran, dan Mohd Ridzuan bin Mahad mengisi jawatan PK Kokurikulum padatahun yang sama, berikutan Zulkarnain dan Ainun Mardziah yang bersara dari jawatan mereka masing-masing sebagai PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum.

Perubahan yang besar sekali lagi berlaku sekitar 2020 dan 2021. Safarim dilantik pengetua di SM Sains Pokok Sena, maka Ridzuan Mahad menggantikan beliau dalam jawatan PK Pentadbiran yang dikosongkan. Ahmad Thanusi bertukar pula ke SMK Buntong pada awal 2021 maka tempatnya diisi oleh Murniza binti Md. Jidin. PK Kokurikulum yang kosong akibat perubahanan jawatan Ridzuan diisi oleh Mior Muhammad Fadzil bin Mohd Yusoff.

Shaharuddin bersara wajib dari perkhidmatan perguruannya pada 18 September 2021. Lanjutan daripada itu, Safarim bin Salim menggantikan tempat beliau sebagai Pengetua SESTA yang kelima, bertukar kembali dari SM Sains Pokok Sena. Ini merupakan kali pertama pengetua yang dilantik merupakan bekas guru SESTA yang terdahulu, dan pernah menyandang jawatan pentadbiran dalam sekolah itu sendiri.

Perasmian sunting

Pada 14 Oktober 2019, Sekolah Menengah Sains Tapah selamat dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Dewan Seri Bitara (dahulunya dikenali sebagai Dewan SESTA). Acara ini juga bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak.[3]

Majlis ini turut dihadiri Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah disamping Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam ucapan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik yang disampaikan Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Dr. Ahmad Rafee Che Kassim, beliau banyak menyebut mengenai sejarah umum SESTA serta pencapaian yang sangat membanggakan sepanjang 10 tahun operasi dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Antara acara yang diadakan adalah acara perasmian utama, lawatan ke reruai aktiviti pelajar dan majlis santapan. Acara ini turut dijayakan pelbagai agensi kerajaan serta sekolah-sekolah berasrama penuh negeri Perak lain.

Fasiliti dan Pemandangan sunting

 
Pelan asal pemandangan SESTA
 
Pemandangan yang dapat dilihat di SESTA. Berikut adalah Dewan SESTA dan bulatan dihadapnnya.

Sekolah ini telah dibina sesuai dengan gaya semasa pada tahun-tahun pembinaannya, canggih dan ringkas strukturnya. Bentuk jalan sekolah ini dikatakan menyerupai struktur raket tenis dan kunci. Hal ini kerana apabila sampai ke pintu pagar, terdapat sebatang jalan yang lurus sehingga menghampiri sebuah bulatan di hadapan Dewan SESTA. Selepas itu terdapat sebatang lagi jalan, berlekuk membentuk bulatan yang mengelilingi blok akademik sekolah ini. Dikiri dan kanannya adalah blok kediaman guru,staf dan juga asrama.

Kawasan Akademik sunting

Kawasan Akademik terdiri daripada dua bahagian utama:

  • Wisma Iltizam yang menempatkan 30 buah bilik-bilik darjah.
  • Wisma Cendekiawan menempatkan bilik khas untuk eksperimen atau aktiviti pembelajaran yang khusus untuk satu-satu pembelajaran. Segala peralatan untuk pembelajaran disimpan dan digunakan di sini.
 
Panorama Blok Blik Darjah/Blok Akademik.

Terdapat juga beberapa blok-blok lain, seperti:

  • Wisma Pendidik

Blok ini menempatkan bilik-blik khas untuk pengurusan sekolah dan pentadbiran sekolah.

  • Wisma Inovatif

Blok ini menempatkan bengkel teknikal untuk pembelajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Ada tiga bengkel kesemuanya.

  • Wisma Intelektual

Blok ini adalah gabungan Pusat Sumber di aras satu dan pusat ICT di aras dua.

  • Dewan Seri Bitara dan Dataran Ilmu

Dewan SESTA merupakan ruang utama bagi sebarang acara rasmi sekolah dan juga kelas-kelas berskala besar. Dewan ini boleh juga digunakan untuk tujuan awam atas kelulusan pihak atasan. Dewan ini selalu juga digunakan sebagai ruang aktiviti badminton pada waktu riadah.

Dataran Ilmu memisahkan antara Dewan SESTA dengan Blok Bilik Darjah. Disini, perhimpunan juga boleh dilakukan dan selalu digunakan untuk tujuan tersebut.

  • Anjung Selera

Merupakan kantin sekolah. Dibuka pada setiap hari dari awal sesi persekolahan

Kawasan Asrama sunting

Kawasan asrama merupakan kawasan utama untuk pelajar menjalankan aktiviti peribadi mereka dan juga merupakan salah satu pusat sosial dan ibadah. Kawasan ini terdiri daripada beberapa tempat.

  • Villa Putera dan Puteri

Asrama-asrama ini hanya ada satu blok untuk setiap jantina, dan mempunyai ciri-ciri yang sangat serupa kecuali di beberapa kawasan.

  • Surau At-Taqwa

Surau untuk aktiviti keagamaan dan sosial pelajar. Turut dibuka kepada umum untuk solat Jumaat. Surau ini diberikan taraf Surau Diri Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Perak pada 2014, maka turut dibuka kepada umum untuk solat Jumaat.

Barisan Pentadbir sunting

Pengetua sunting

Seperti sekolah-sekolah lain, sekolah ini diketuai oleh seorang pengetua yang melaksanakan peranannya seperti apa yang telah digariskan. Sehingga 2019, sekolah ini mempunyai empat orang pengetua. Berikut adalah senarai pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di SESTA.

Bil. Gambar Nama Mula perkhidmatan Tamat perkhidmatan Tempoh berkhidmat
1   Hadi bin Mat Dain 1 Februari 2010

(bertukar dari SBPI Temerloh)

31 Oktober 2012

(bertukar ke SMK Seri Bahagia, Temerloh)

2 tahun 9 bulan
2   Sulaiman bin Samsudin 27 Disember 2012

(bertukar dari SMK Behrang 2020)

1 Oktober 2015

(menggalas jawatan ketua PPD Hilir Perak)

2 tahun 10 bulan
3   Mohd Rezazali bin Ahmad Ansar 1 Disember 2015

(naik pangkat daripada PK SBPI Gombak)

September 2017

(bertukar)

1 tahun 9 bulan
4
 
Shaharuddin bin Mohd Daud Oktober 2017

(bertukar dari SMK Hamid Khan)

18 September 2021

(bersara dari perkhidmatan)

3 tahun 11 bulan
5 Safarim bin Salim 20 September 2021

(Bertukar dari SM Sains Pokok Sena)

- Dalam Perkhidmatan

Pencapaian sunting

Pencapaian Sesta R&D semenjak penubuhannya pada tahun 2010:

2010 sunting

  • Saguhati MPOB , menerima RM 500 daripada MPOB dalam Pameran Sains MPOB

2011 sunting

  • Pingat Perak Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan Dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
  • Pingat Perak Pertandingan Rekacipta Penyelidikan Dan Inovasi di Universiti Putra Malaysia (UPM)

2012 sunting

  • Anugerah Khas dari AIA Korea, pingat emas serta pingat perak dalam Olimpiad Pencipta Muda Antarabangsa Malaysia dan I-Envex
Fail:Innosesta.jpg
Kontinjen Inovasi SESTA, 2014.
  • Juara Simposium Hijau UPSI
  • -Pingat Perak dan Gangsa Pertandingan Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi di UPM
  • Pingat Perak dan Gangsa Citrawarna Inovasi Universiti Teknologi Petronas
  • Saguhati Anugerah Harta Intelek Negara
  • Pingat Gangsa dan Perak dalam SEDEX UTP
  • Pingat Emas dan anugerah khas dari AIA Korea dalam Karnival Pencipta Pintar Siber Korea


2013 sunting

  • Pingat Emas Olimpiad Pencipta Muda Antarabangsa Muda Malaysia dan I-Envex
  • Anugerah Khas dari Yayasan Inovasi Malaysia
  • Tempat Ketiga Ekspo Perak untuk Saintis Muda

2014 sunting

  • Sekolah Kluster Kecemerlangan
  • Pingat emas I-ENVEX di Universiti Malaysia Perlis
  • Pingat emas Olimpiad Pencipta Muda Antarabangsa Di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Syeh Shahabudin, Pulau Pinang
  • Pingat Emas dalam AYIE
  • Pingat Emas dalam MYIE
  • Juara dalam MYIC
  • Tempat kedua Anugerah Harta Intelek Negara Zon Utara.
  • Anugerah Perak dan Gangsa InnoFest 2014 di Melaka.

Kontroversi sunting

Keracunan Makanan sunting

2013 sunting

 
Laporan keracunan makanan ini menjadi paparan muka hadapan akhbar Berita Harian, 4 Oktober 2013.

Sebanyak lebih 200 orang murid mengalami keracunan makanan pada 3 Oktober 2013, dipercayai berpunca daripada lauk ayam kurma yang disediakan pihak pengurusan dewan makan sekolah ini untuk makan malam sehari sebelumnya dan dikejarkan ke klinik kerajaan terdekat untuk rawatan serta beberapa orang terpaksa dirujuk ke Hospital Tapah akibat masalah keracunan yang terlalu kritikal. Kejadian ini berlaku sewaktu peperiksaan PMR sedang diadakan, memaksa calon yang menghadapi masalah tersebut terpaksa menjawab pula peperiksaan itu di hospital.[perlu rujukan]

2016 sunting

Pada 2 April 2016, Dewan SMS Tapah telah diarahkan untuk tutup selepas 43 orang pelajar dan seorang guru mengalami keracunan makanan. 33 orang pelajar telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-08-08.
  2. ^ Sejarah Sekolah
  3. ^ [1]
  4. ^ "43 pelajar, seorang guru SM Sains Tapah alami keracunan makanan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2021. Dicapai pada 6 April 2021.
  5. ^ "Dewan Makan SMS Tapah Ditutup Sementara Akibat Keracunan Makanan". mSTAR. 5 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2021. Dicapai pada 6 April 2021.

Pautan luar sunting