Maszlee Malik
Dr. Maszlee Malik (Jawi: مصلي ملک ; Cina: 马智礼; pinyin: Mǎzhìlǐ[1] lahir 15 Julai 1974) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan ahli parlimen bagi Simpang Renggam dan Menteri Pendidikan Malaysia dari tahun 2018 sehingga tahun 2020.[2] Beliau pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah menulis beberapa buku.[3]
Maszlee Malik مزلي بن مالک 马智礼 | |
---|---|
![]() | |
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dipilih) | |
Dalam jawatan 2022–2022 | |
Ketua PKR cabang Simpang Renggam | |
Memegang jawatan 2022 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Simpang Renggam, Johor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 3 Januari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Mohd Radzi Md Jidin (Pendidikan) Noraini Ahmad (Pengajian Tinggi) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 15 Julai 1974
Parti politik | ![]() Bebas (28.05.2020 - 07.08.2020) ![]() Bebas (02.11.2020 - 27.11.2021) ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Dr. Hamidah Mat |
Anak-anak | 4 |
Pendidikan | Ph.D (Sains Politik) |
Alma mater | Universiti Durham |
Pekerjaan | Ahli politik, Pelakon |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Laman web rasmi | maszlee |
Kehidupan awalSunting
Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, beliau berketurunan Cina Hakka di sebelah ibunya manakala bapanya berketurunan Melayu Bugis. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Melayu Johor Bahru, SK Temenggong Abdul Rahman 2, Kolej Inggeris (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) dan Maahad Johor.
PendidikanSunting
Beliau menerima ijazah sarjana muda di dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di University Al-Bayt, Jordan dan kemudian memerima ijazah sarjana di dalam bidang yang sama di University Malaya, Malaysia. Beliau menamatkan ijazah kedoktorannya dalam sains politik dari Universiti Durham dengan tesis kedoktorannya yang bertajuk "Membina Arkitek dan Merumuskan Artikulasi Tadbir Islam: Satu Percubaan Percubaan dalam Epistemologi Islam".[4] Sebelum dipilih, beliau mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan belajar Islam dan Timur Tengah. Selain bercakap bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, beliau juga fasih bahasa Parsi, Perancis, Jerman, Cina dan Hokkien yang sederhana.[5]
Penglibatan politikSunting
Bahagian ini perlu dikemas kini. |
Maszlee menyertai parti komponen utama Pakatan Harapan (PH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Mac 2018 dan mengalahkan penyandang Liang Teck Meng untuk kawasan pilihan raya Simpang Renggam pada pilihan raya umum ke-14.
Menteri Pendidikan Malaysia (2018—2020)Sunting
Beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia pada 21 Mei 2018.[6]
Pada 6 Januari 2019, Maszlee mengumumkan telah melepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[7][8]
Pada 2 Januari 2020, beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuat kuasa pada keesokan harinya iaitu 3 Januari 2020.[6][9]
Pengguguran keahlian BERSATUSunting
Pada hari Khamis 28 Mei 2020, Maszlee bersama empat orang ahli BERSATU yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[10][11]
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Simpang Renggam | Maszlee Malik (BERSATU) | 18,157 | 49.61% | Liang Teck Meng (Gerakan) | 14,682 | 40.11% | 36,601 | 3,475 | 83.19% | ||
Mohd Jubri Selamat (PAS) | 2,983 | 8.15% | ||||||||||
2022 | Maszlee Malik (PKR) | 16,491 | 37.37% | Hasni Mohammad (UMNO) | 18,312 | 41.49% | 44,131 | 1,821 | 74.76% | |||
Mohd Fazrul Kamat (PPBM) | 9,077 | 20.57% | ||||||||||
Kamal Kusmin (PEJUANG) | 251 | 0.57% |
Penglibatan pendidikanSunting
Sejurus selepas menarik diri daripada Parti Pejuang Tanah Air pada November 2020, Maszlee menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan pendidikan, Untuk Malaysia yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan pendidikan negara.[15] Pada Januari 2021, beliau melancarkan sebuah laman sesawang akses percuma khusus untuk warga pendidikan sekolah Malaysia yang memiliki kumpulan video subjek-subjek seperti dalam sukatan pelajaran negara.[16]
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Taruh | Diri sendiri | Filem pendek berperanan watak antagonis | |
2022 | Kudeta | Jamal Banna | Astro Ria | Drama bersiri berperanan watak antagonis |
BibliografiSunting
RujukanSunting
- ^ 马智礼:任教长首要任务·让师生教学快乐 [Main task as Education minister - to make teachers and students' teaching happy] (dalam bahasa Cina). Sin Chew Daily. 19 Mei 2018. Dicapai pada 2018-09-25.
- ^ "Senarai Menteri Pendidikan". MOE. Dicapai pada 4 September 2017.
- ^ "Dr Maszlee Malik menteri pelajaran baru". Malaysiakini.
- ^ Malik, Maszlee (2011). "Constructing the Architectonics and Formulating the Articulation of Islamic Governance: A Discursive Attempt in Islamic Epistemology" (PDF). etheses.dur.ac.uk.
- ^ "会说简单华语福建话‧教长马智礼有华人血统 (Able to speak simple Chinese and Hokkien language, Education Minister Maszlee have Chinese Descent)".
- ^ a b Siti A’isyah Sukaimi (2 Januari 2020). "Maszlee Malik letak jawatan". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2020. Dicapai pada 2 Januari 2020. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Mohamed Farid Noh (6 Januari 2019). I have resigned as IIUM president New Straits Times. Dicapai pada 7 Januari 2019.
- ^ Dr. Maszlee: I’m no longer IIUM president The Star Online (6 Januari). Dicapai pada 7 Januari 2019.
- ^ "Maszlee sah letak jawatan menteri pendidikan". Malaysiakini. 2 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2020. Dicapai pada 2 Januari 2020.
- ^ "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu". Astro Awani. 28 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ Mohd Nasaruddin Parzi (28 Mei 2020). "BERSATU gugurkan keahlian Tun M, empat yang lain". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ Joseph Kaos Jr (11 November 2020). "Maszlee launches education movement 'Untuk Malaysia'". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2021.
- ^ Akmal Hakim (2 Januari 2021). "Former Education Minister Launches Free Education Portal Accessible To Everyone" Check
|url=
value (bantuan). The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2021.