Sungai Batang Padang

Sungai Batang Padang (Bahasa Semai: Tééw Gòòl[1]) terletak di daerah Batang Padang, negeri Perak dan membahagikan bandar Tapah kepada dua . Sungai ini penting kerana mengairi kawasan pertanian di sekitarnya. Airnya mengalir dari puncak Tanah Tinggi Cameron di negeri Pahang dan bercantum dengan Sungai Bidor seterusnya bergabung dengan Sungai Perak di Teluk Intan.

Sungai Batang Padang

Sungai Batang Padang cetek, tidak lagi dalam kerana stesen janakuasa hidro elektrik telah dibina di ulu sungai ini.Skim Hidro Elektrik Batang Padang dibinas di Tanah Tinggi Cameron, Pahang pada 1967 bagi membekalkan elektrik ke seluruh negeri Perak dan mengairi kawasan pertanian di kawasan Cameron Highland.

Salah seorang jurutera yang bertanggungjawab membina empangan ini ialah Peter Shallow . Beliau menjadi jurutera di Tenaga Nasional Berhad (TNB yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara (LLN) Persekutuan Tanah Melayu.Empangan ini adalah projek rintis bagi membuktikan faedah yang bakal dinikmati hasil daripada pembangunan janakuasa hidroelektrik di Tanah Melayu .[2]

Skim ini menjangkau sehingga ke negeri Kelantan, Pahang dan Perak. Empat daripada tujuh stesen di bawah skim ini, yang dikenali sebagai Stesen Janakuasa Sultan Yussuf, Stesen Janakuasa Sultan Idris II, Stesen Janakuasa Habu dan Stesen Janakuasa Odak, beroperasi secara kawalan penyeliaan jauh dari Pusat Kawalan Kumpulan Cameron Highlands.

Empangan Chenderoh dibina pada 1932 adalah stesen jana kuasa hidro elektrik yang pertama di Malaysia.

Rujukan sunting