Buka menu utama

Yang Berhormat Datuk Seri[2] Razali Ibrahim (lahir 14 Oktober 1970) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan bekas Ahli Parlimen Muar, Johor dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Johor.[3] adalah seorang ahli politik Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Muar di Negeri Johor selama tiga penggal (2004-2018).[4] Beliau adalah ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di dalam gabungan parti pembangkang Malaysia Barisan Nasional. Sebelum ini, beliau adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2013 hingga 2018.[5][6]

Yang Berhormat Datuk Seri
Razali Ibrahim
DIMP, DCSM, SMW[1]
Razaliedit.jpg
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
10 April 2009 – 3 April 2013
Didahului olehLiow Tiong Lai
Digantikan olehDato' M. Saravanan
Timbalan Menteri Pelajaran
Dalam jawatan
13 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehNoh Omar
Digantikan olehMohd Puad Zarkashi
Ahli Parlimen
untuk P146 Muar, Johor
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 10 Mei 2018
Didahului olehDr Robia Kosai
Digantikan olehSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Majoriti13,415(2004)
4,661(2008)
1,646(2013)
Butiran peribadi
Lahir (1970-10-14) 14 Oktober 1970 (umur 49)
Seri Menanti, Muar, Johor
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Seri Melissa Shireen Munshir
PekerjaanPeguam
Laman sesawangBlog YB Razali Ibrahim

PendidikanSunting

YB mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru dan kemudian di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Beliau kemudiannya meneruskan persekolahan menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak, Melaka. Selepas Peperiksaan SPM yang cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya memperolehi Ijazah (Sarjana muda Undang-Undang) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994.

Bekas aktivis pelajar dan pernah dilantik memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) selama dua penggal iaitu dari 1991-1992 dan 1992-1993. Aktif Bermain Ragbi semasa zaman pelajar dan pernah menjadi Kapten Bangi Bandit dari tahun 1990-1993. Beliau sekarang aktif bermain badminton. Beliau telah berkahwin dengan seorang peguam iaitu Datin Melissa Shireen Munshir dan telah mendapat dua orang cahaya mata iaitu Razmel Razali (16 tahun) dan Myra Alissa Razali (14 tahun).

PolitikSunting

Pada tahun 1999, Datuk Seri Razali menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Cawangan Seri Impian, Bahagian UMNO Muar. Setelah itu pada tahun 2004, beliau menjadi Pengerusi Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Muar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar dan Johor. Setelah YB Khairy Jamaluddin memegang Ketua Pemuda UMNO, beliau dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008.

Pilihan raya MalaysiaSunting

2004Sunting

Beliau memenangi kerusi Muar dengan majoriti 13,415 undi pada pilihan raya umum ke-11 menewaskan calon Pas, Mohamad Taib.[7][8][9]

2008Sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Razali Bin Ibrahim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Muar , negeri Johor. Razali Bin Ibrahim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16986.

Calon lawan ialah Nah binti Budin dari PKR, mendapat 12,325 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 73.8%. Undi rosak sebanyak 902.

Ahli ParlimenSunting

Beliau menjadi Ahli Parlimen Muar di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 setelah mengalahkan Mohamad Taib dari PAS dengan majoriti ssebanyak 13,415 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi ahli parlimen Muar setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Nah Budin dengan majoriti sebanyak 4,661 undi. Beliau memperolehi 16,986 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 12,325 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 beliau menjadi ahli parlimen Muar sekali lagi setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Norhizwan Ahmad dengan majoriti sebanyak 1,646 undi. Beliau memperolehi 20,867 undi berbanding dengan lawannya yang memperolehi hanya 19,221 undi.

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia: P146 Muar, Johor[7][8][9][10][11][12][13][14]
Tahun Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 Razali Ibrahim (UMNO) 21,116 73.28% Mohamad Taib (PAS) 7,701 26.72% 29,770 13,415 70.66%
2008 Razali Ibrahim (UMNO) 16,986 57.95% Nah Budin (PKR) 12,325 42.05% 30,275 4,661 73.81%
2013 Razali Ibrahim (UMNO) 20,867 52.05% Nor Hizwan Ahmad (PKR) 19,221 47.95% 40,992 1,646 85.03%
2018 Razali Ibrahim (UMNO) 15,388 36.57% Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) 22,341 53.09% 42,083 6,953 84.02%
Abdul Aziz Talib (PAS) 4,354 10.34%

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ 370 dapat pingat sempena Hari Wilayah
  2. ^ YB DATUK SERI HAJI RAZALI BIN HAJI IBRAHIM
  3. ^ Razali serah nasib kepada pengundi, Utusan Malaysia. 1 Februari 2008.
  4. ^ "Hindraf's Waytha Moorthy, Maybank CEO & Khairy all appear in Najib's new Cabinet". Yahoo Newsroom. 15 May 2013. Dicapai 29 October 2014. 
  5. ^ "Four to contest Umno deputy Youth chief post". The Star. 5 September 2013. Dicapai 29 October 2014. 
  6. ^ Irwan Muhammad Zain (20 October 2013). "Three UMNO Youths in supreme council". Astro Awani. Dicapai 29 October 2014. 
  7. ^ a b "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). Dicapai 28 January 2010.  Angka peratusan dikira berdasarkan jumlah pemilih. Termasuk hasil daripada pilihan raya umum 2004. * menunjukkan penyandang terkini.
  8. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 11 March 2017.  Keputusan hanya boleh didapati pada pilihan raya umum 2004.
  9. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 17 March 2010.  Angka peratusan dikira berdasarkan jumlah pemilih.
  10. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 
  11. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Salinan diarkibkan)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 31 March 2014. Dicapai 9 April 2014. 
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai 26 October 2014. 
  13. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 17 May 2018.  Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  14. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai 24 May 2018.  Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.

Pautan luarSunting