Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM

Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM atau nama ringkasnya SK Pangkalan TLDM, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pangkalan TLDM.

Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM
Lokasi
Pangkalan TLDM, 32100, Lumut,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1980
Nombor sekolah6056835890
Kod sekolahABA1027
Faks6056838527


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM memiliki 384 pelajar lelaki dan 414 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 798 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah

sunting

TAHUN PERISTIWA

1980

Pembinaan peringkat pertama

2 blok bangunan : 13 bilik darjah, pejabat, bilik guru, pusat sumber, kantin, setor dan tandas. Keluasan: 4 hektar dalam kawasan Pangkalan TLDM, Lumut.

1981

Mula beroperasi pada 3 Januari 1981

13 orang guru dan 340 orang murid dengan 10 aliran kelas

1982

Pembinaan peringkat kedua:

Satu blok bangunan: 14 bilik darjah

Jumlah murid: 1139 orang. 2 sesi persekolahan: Pagi& petang

1985

Pembinaan peringkat ketiga: 3 blok bangunan tambahan dan sebuah tandas murid secara gotong-royong

1986

Perasmian Bilik Pusat Sumber Sekolah oleh Yang Berusaha Tan Sri Dato’ Hj. Abdul Malik, KSU Kem. Pembelajaran Malaysia.

1988

Bilik Komputer diwujudkan oleh PIBG sekolah dengan 20 buah komputer secara kerjasama dengan syarikat NEC

1991

Perlaksanaan Program PBK (Pembelajaran berbentuk Komputer) murid Tahun 1-6 dengan kerjasama Media Tek (NEC)

1993-1995

SK Pangkalan TLDM 11 diwujudkan. Berkongsi bangunan dan infrastruktur

1999

Program BESTARI (Bersama Tingkatkan Aras IT) dilancarkan.

Bekerjasama dengan PIBG mengaktifkan semula Program PBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbentuk Komputer) melalui pembelian 7 buah komputer dan memasang rangkaian di antara komputer. Perisian dibuat bersama dengan syarikat CIE.

2000

Penambahan 10 buah komputer di Makmal Komputer PIBG dan Program PBK diaktifkan secara meluas dari tahun 1-6.

2001

• Kelas Pemulihan Khas berbentuk Komputer (K-PEKA) dilaksanakan.

• Pn. Normah bt Musa (Guru Pemulihan Khas) menghasilkan Perisian Pemulihan Bahasa Melayu berasaskan komputer dan memenangi Naib Johan Guru Inovasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan sempena Haari Guru.

• Pemeriksaan Jemaah Nazir Persekutuan kerana menjadi calon Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Peringkat Negeri Perak Kategori Sekolah Bandar.

• Pn. Normah Musa muncul sebagai Johan Guru Inovasi Peringkat Negeri Perak sempena AGA anjuran JPN Perak.

2002

• Pemeriksaan Jemaah Nazir kerana dicalonkan sebagai sebuah Sekolah Harapan Negara peringkat Negeri Perak kategori Sekolah Bandar.

• Johan Inovasi Hari Guru Peringkat Negeri Perak: Pn. Normah bt Musa.

• Johan Pertandingan Mengarang Cerita Kategori Guru (BM)- Pn. Zurina bt. Shaari.

• Naib Johan 3K Daerah Manjung.

2003

• Makmal Komputer (Plan C) anjuran KPM mula beroperasi

• Perisian Asas membaca untuk Prasekolah, kelas pemulihan khas dan murid Tahun 1 yang dibangunkan oleh SK Pangkalan TLDM (Guru Besar dan Pn. Normah Musa) diterbitkan oleh bahagian Teknologi Pendidikan , Kementerian pendidikan Malaysia akan diedarkan ke sekolah-sekolah seluruh Negara.

• Johan 3K Daerah Manjung dan Tempat Ketiga Zon Perak Selatan.

2004

• Sebagai calon SEKOLAH BESTARI oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

• Sebagai sekolah perintis melaksanakan program Literasi Komputer untuk murid Tahun 1 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Dipilih dalam program memperkasakan Sekolah Kebangsaan peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan peringkat Jabatan Pendidikan Perak.

• Dipilih sebagai sekolah projek 40/100 jpn Perak.

Pn. Normah Musa : Peratama- Guru Dinamaik Daerah Manjung.

Kedua: Perak

Musholla- 5 Bintang

Bilik Sains – Kedua Daerah Manjung

UPSR- Sijil Cemerlang daerah Manjung

2005

• AGA:

Pn. Rahimah Banun: Pertama-Guru Inovatif Daerah Manjung dan Negeri Perak, calon Peringkat Kebangsaan

• Johan 3K Daerah Manjung

• Kedua Pertandingan Lanskap Hari Kebangsaan Daerah Manjung anjuran Majlis Perbandaran Manjung.

2006

• Johan Penglibatan Sekolah dalam Program NILAM anjuran Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak (PSPN) Kategori Tahap Rakan Membaca Sekolah Rendah Daerah Manjung

• Naib Johan ”Unit Perkhemahan Terbaik” Perkhemahan PBSM Daerah Manjung.

2007

• Naib Johan Pertandingan Koir Kelab Pencegahan Jenayah Daerah Manjung.

• Johan Nasyid Peringkat Zon Lumut Pangkor dan Daerah Manjung

2008

• Menjadi sekolah 1 sesi sahaja

• Calon Sekolah Kluster, Jabatan Pelajaran Perak.

• Sijil Penghargaan Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, Kategori cemerlang UPSR 2007 (Melebihi 30% 5A dan GPS bawah 2.0)


2011

• 16.7.2011 En Ramlan Bin Hussin ditugaskan sebagai Guru Besar di sekolah ini.


2012

• Lagu sekolah Versi Baru ciptaan Pn Juridah dan Bendera sekolah yang baru dilancarkan.


2014

• Bilangan murid bertambah menjadikan dan bilangan kelas sebanyak 24 kelas. Surau dan bilik JQAF terpaksa ditutup. Surau sementara dibina- 2 buah kanopi dgn menggunakan wang dana surau. Derma surau baru mula dikutip.


2016

• Pertambahan murid Sekolah sesi Petang untuk semua Tahun 1- 9 kelas – Penolong Kanan Petang Pn Nor Faazila Bt Hamzah


2016 (Nov)

• Sebuah Surau Sumbangan YB Menteri Besar Perak didirikan atas inisiatif Tn. Guru Besar En.Ramlan Bin Hussin dan usaha seluruh warka SK Pangkalan TLDM


2017

• Sekolah sesi petang Thn 2 dan 3 – 14 Kelas dan sesi Pagi 20 Kelas


2018

• En. Ramlan Bin Hussin Bersara dan jawatan Guru Besar digantikan oleh En. Rohaizan Bin Mohamed Hanif.


Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM
Pangkalan TLDM
32100, Lumut
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056835890
Fax = 6056838527

Pautan luar

sunting