Buka menu utama

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Ahli politik dan aktivis Malaysia
"Syed Saddiq" dilencongkan di sini.

Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Jawi: سيد صديق بن سيد عبدالرحمن; lahir 6 Disember 1992) merupakan ahli politik Malaysia dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga ialah Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Selain itu, Syed Saddiq juga ialah bekas Juara Debat Asia. Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Undang-undang dan juga bekas pensyarah di universiti itu.[2] Beliau ialah menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak pada usia 28 tahun.

Yang Berhormat Tuan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
AP
سيد صديق بن سيد عبدالرحمن
Syed Saddiq (cropped).jpg
Menteri Belia dan Sukan
Memegang jawatan
2 Julai 2018
Raja(1) Sultan Muhammad V
(2) Sultan Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
TimbalanSteven Sim Chee Keong
Didahului olehKhairy Jamaluddin
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P146 Muar, Johor
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Razali Ibrahim
Majoriti6,953 (2018)
Ketua ARMADA BERSATU
Memegang jawatan
7 September 2016
TimbalanBen Ali
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Ketua Pemuda Pakatan Harapan
Memegang jawatan
13 Disember 2018
Didahului olehNik Nazmi bin Nik Ahmad
Butiran peribadi
LahirSyed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
(1992-12-06) 6 Disember 1992 (umur 26)
Pulai, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Parti politikPakatan Harapan Logo.svg Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.png PH-PPBM
HubunganSharifah Amani Syed Abdul Rahman (kakak)
Syed Salleh Syed Abdul Rahman (abang)
Syed Abdullah Syed Abdul Rahman (abang)
IbuSharifah Mahani binti Syed Abdul Aziz[1]
BapaSyed Abdul Rahman bin Syed Abdullah Al-Sagoff
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maktab Tentera Diraja
PekerjaanAhli politik
KabinetKabinet Malaysia 2018
Laman sesawangsyedsaddiq.my

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik, tiga lelaki dan seorang perempuan. Bapanya merupakan seorang buruh binaan warga Singapura yang sering berulang dari Johor ke Singapura untuk bekerja. Ibunya merupakan seorang guru Inggeris yang mengadakan kelas tuisyen sehingga lewat malam bagi mendapatkan wang tambahan.[3] Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semasa beliau menuntut di UIAM, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia.[4]

Pada September 2017, beliau menolak tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England untuk terus aktif dalam politik.[5] Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 tahun, Syed Saddiq sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain, kali ini menolak tawaran Biasiswa Chevening untuk meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.[6]

PolitikSunting

Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Atas kepercayaan pemimpin atasan parti, beliau telah dilantik sebagai Ketua Armada, satu sayap Pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).[7][8][9]

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum ke-14 bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen.[10][11] Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, menggantikan Khairy Jamaluddin yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.[12] Pelantikan ini menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia, sekaligus membenamkan rekod yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.[13]

Sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ingin menolak umur pengundian yang lebih rendah, atau kelayakan untuk mengundi di Malaysia, dari 21 hingga 18 tahun. Beliau mahu ia dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15. Walau bagaimanapun, beliau telah bersetuju bahawa perlu mempunyai program pendedahan politik untuk golongan muda di Malaysia.[14][15] Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, bersetuju dengan Syed Saddiq bahawa individu yang berusia 18 tahun cukup dewasa untuk mengambil bahagian dalam proses politik.[16]

Beliau pernah muncul dalam filem dokumentari M for Malaysia (2019).

IsuSunting

Syed Saddiq mempertahankan tindakan empat ahli akademik yang didakwa menyerahkan satu rumusan eksekutif mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Majlis Raja-Raja dan menegaskan tindakan mereka ialah sebahagian daripada kebebasan akademik yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam meraikan demokrasi dan perbezaan pandangan.[17]

Beliau menafikan berada dalam "perang terbuka" dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail. Beliau memberi respons di Twitternya kepada Tunku Ismail, bahawa terdapat beberapa pihak telah dianggap sebagai "perisytiharan perang".[18]

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia[19][20][21]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keputusan
2018 P146 Muar, Johor Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) 22,341 53.09% Razali Ibrahim (UMNO) 15,388 36.57% 42,719 6,953 84.02%
Abdul Aziz Talib (PAS) 4,354 10.34%

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Keluarga reda dengan keputusan Syed Saddiq Sinar Harian.
  2. ^ "10 Things About Syed Saddiq Abedul Rahman, Asia's Top Debater". themalaymailonline.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-09-03. 
  3. ^ 10 things about: Syed Saddiq Abdul Rahman, Asia’s top debater Channel NewsAsia. Dicapai pada 28 September 2018.
  4. ^ IIUM debate team is Asia's best The Star Online (12 Jun 2015). Dicapai pada 24 Oktober 2017.
  5. ^ "Syed Saddiq turns down Oxford for politics". www.nst.com.my. Dicapai 2017-09-03. 
  6. ^ "Syed Saddiq turns down Oxford a second time". Free Malaysia Today. 2 Jun 2018. Dicapai 14 Jun 2018. 
  7. ^ "Malaysia: Mahathir-led Group Files Paperwork for New Party". BenarNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-09-03. 
  8. ^ "Critics of Malaysian PM submit papers to register new political party". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-09-03. 
  9. ^ "Bersatu". pribumibersatu.org.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 3 September 2017. 
  10. ^ "PH's Syed Saddiq Syed Abdul Rahman wins Muar". Free Malaysia Today. 10 Mei 2018. Dicapai 14 Jun 2018. 
  11. ^ Amar Shah Mohsen and Haikal Jalil (10 Mei 2018). "Syed Saddiq: Thank you Muar, Malaysia". The Sun Daily. Dicapai 14 Jun 2018. 
  12. ^ Lim Teik Huat (2 Julai 2018). Syed Saddiq is Youth and Sports Minister, Malaysia's youngest-ever Cabinet member The Star Online (2 Julai 2018). Dicapai pada 3 Julai 2018.
  13. ^ Luqman Arif Abdul Karim (2 Julai 2018). "Rekod Najib dipadam Syed Saddiq". Harian Metro. Dicapai 7 Julai 2018. 
  14. ^ "Voting age should be lowered to 18, says Syed Saddiq - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai 2018-08-02. 
  15. ^ "Gov't aims to lower voting age to empower youth: Syed Saddiq". New Straits Times. 23 July 2018. Dicapai 2 Aug 2018. 
  16. ^ "Umno leader back Syed Saddiq's push for lower voting age". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-26. Dicapai 2018-08-02. 
  17. ^ Ahmad Suhael Adnan (9 April 2019). "Syed Saddiq pertahan tindakan 4 ahli akademik". Free Malaysia Today. Dicapai 14 April 2019. 
  18. ^ Elly Fazaniza (10 April 2019). "Syed Saddiq denies 'open warfare' with TMJ". The Sun Daily. Dicapai 14 April 2019. 
  19. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2018.  Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
  20. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 17 May 2018.  Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  21. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai 24 May 2018.  Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.

Pautan luarSunting