Kanun Keseksaan
Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) ialah suatu akta yang digubal bagi memboleh seseorang ini diseksa atas kesabitan jenayah.
Ada dua perkara yang membolehkan kanun ini diguna pakai:-
1.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia.
Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan di bawah Kanun ini dan tidak di bawah mana-mana undang-undang lain bagi tiap-tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan peruntukannya yang dilakukannya di dalam Malaysia.
2.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia tetapi boleh di sisi undang-undang dibicarakan di dalam Malaysia.
Seseorang yang di sisi undang-undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah-olah perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia.
Pembahagian Akta
sunting(Hingga 15 Jan 2021)
Akta 574 ini dibahagikan kepada 23 Bab yang meliputi 511 seksyen:-
Bab I: Permulaan
sunting- 1. Tajuk ringkas
- 2. Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia
- 3. Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia tetapi boleh di sisi undang-undang dibicarakan dalam Malaysia
- 4. Peluasan Kanun kepada kesalahan-kesalahan di luar negeri
- 5. Setengah-tengah undang-undang tidak disentuh oleh Kanun ini
Bab II: Huraian Am
sunting- 6. Takrif-takrif dalam Kanun ini difahamkan tertakluk kepada kecualian-kecualian
- 7. Perkataan sekali dihuraikan adalah digunakan dengan makna yang sama pada seluruh Kanun ini
- 8. "Jenis"
- 9. "Bilangan"
- 10. "Lelaki" dan "perempuan"
- 11. "Orang"
- 12. "Awam"
- 13. (Dimansuhkan)
- 14-16. (Tidak ada)
- 17. "Kerajaan"
- 18. (Tidak ada)
- 19. "Hakim"
- 20. "Mahkamah"
- 21. "Penjawat awam"
- 22. "Harta alih"
- 23. "Kedapatan salah" dan "kehilangan salah"
- 24. "Dengan curang"
- 25. "Dengan tipuan"
- 26. "Sebab mempercayai"
- 27. "Harta dalam milik isteri, kerani atau orang gaji"
- 28. "Lancung"
- 29. "Dokumen"
- 30. "Cagaran berharga"
- 31. "Wasiat"
- 32. Perkataan yang berkenaan dengan perbuatan termasuklah ketinggalan yang menyalahi undang-undang
- 33. "Perbuatan" dan "ketinggalan"
- 34. Tiap-tiap seorang daripada beberapa orang bertanggung atas suatu perbuatan yang dilakukan oleh semuanya seolah-olah dilakukan olehnya seorang
- 35. Bila suatu perbuatan itu menjadi jenayah oleh sebab dilakukan dengan pengetahuan atau niat jenayah
- 36. Kejadian yang disebabkan sebahagiannya dengan perbuatan dan sebahagiannya dengan ketinggalan
- 37. Kerjasama dengan melakukan satu daripada beberapa perbuatan menjadi suatu kesalahan
- 38. Beberapa orang yang mengambil bahagian dalam melakukan suatu perbuatan jenayah boleh jadi melakukan kesalahan-kesalahan yang berlainan
- 39. "Dengan sengaja"
- 40. "Kesalahan"
- 41-42. (Tidak ada)
- 43. "Haram", "menyalahi undang-undang" dan "terikat di sisi undang-undang untuk membuat"
- 44. "Bencana"
- 45. "Nyawa"
- 46. "Kematian"
- 47. "Haiwan"
- 48. "Perahuan"
- 49. "Tahun" dan "bulan"
- 50. "Seksyen"
- 51. "Sumpah"
- 52. "Suci hati"
- 52A. "Kesalahan tidak berat"
- 52B. "Kesalahan berat"
Bab III: Hukuman
sunting- 53-55. (Dimansuhkan)
- 56. (Tidak ada)
- 57. Bahagian-bahagian tempoh seksaan
- 58. (Tidak ada)
- 59-60. (Dimansuhkan)
- 61-62. (Tidak ada)
- 63-64. (Dimansuhkan)
- 65. (Tidak ada)
- 66-70. (Dimansuhkan)
- 71. Had seksaan bagi kesalahan-kesalahan yang mengandungi beberapa kesalahan
- 72. Seksaan bagi seseorang yang didapati salah kerana melakukan satu daripada beberapa kesalahan, manakala hukuman menyatakan bahawa adalah waswas yang mana satu daripadanya
- 73-74. (Dimansuhkan)
- 75. Seksaan selepas sabitan yang dahulu bagi orang-orang yang disabitkan kesalahan yang boleh diseksa dengan tiga tahun penjara
- 75A. Seksaan pemenjaraan mandatori bagi pesalah berulang yang melakukan kesalahan berat
Bab IV: Kecualian Am
sunting- 76. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang terikat, atau oleh sebab silap faham nyataan percaya dirinya terikat, di sisi undang-undang
- 77. Perbuatan Hakim bila bertindak secara kehakiman
- 78. Perbuatan yang dilakukan menurut hukuman atau perintah Mahkamah
- 79. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang diwajarkan, atau oleh sebab silap faham nyataan percaya dirinya diwajarkan, di sisi undang-undang
- 80. Melakukan dengan tidak sengaja perbuatan yang sah di sisi undang-undang
- 81. Perbuatan yang mungkin menyebabkan kerosakan tetapi dilakukan dengan tiada niat jenayah, dan bagi menahan lain-lain kerosakan
- 82. Perbuatan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun
- 83. Perbuatan kanak-kanak yang berumur lebih daripada 10 tahun tetapi kurang daripada 12 tahun yang belum mencapai kematangan pemahaman yang mencukupi
- 84. Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal
- 85. Bila mabuk menjadi suatu pembelaan
- 86. Pembelaan mabuk bila dipastikan
- 87. Perbuatan yang tidak dimaksud dan tidak diketahui sebagai mungkin menyebabkan kematian atau cedera parah, dilakukan dengan kerelaan
- 88. Perbuatan yang tidak dimaksud bagi menyebabkan kematian, dilakukan dengan kerelaan dengan suci hati untuk faedah seseorang
- 89. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan penjaga
- 90. Kerelaan yang diketahui diberi dalam keadaan takut atau salah faham dan kerelaan kanak-kanak atau seseorang yang tidak sempurna akal
- 91. Perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada kerosakan yang disebabkan kepada orang yang memberi kerelaan, tidak termasuk dalam kecualian dalam seksyen 87, 88 dan 89
- 92. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang dengan tiada kerelaan
- 93. Permakluman dibuat dengan suci hati
- 94. Perbuatan yang seseorang terpaksa melakukan oleh ugutan
- 95. Perbuatan yang menyebabkan kerosakan kecil
- Hak Pertahanan Persendirian
- 96. Apa-apa jua yang dilakukan dalam pertahanan persendirian tidak menjadi suatu kesalahan
- 97. Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh dan harta
- 98. Hak pertahanan persendirian terhadap perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal
- 99. Perbuatan yang tiada hak pertahanan persendirian terhadapnya
- 100. Bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh termasuk menyebabkan kematian
- 101. Bila hak itu menyebabkan apa-apa kerosakan yang lain daripada kematian
- 102. Bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula dan masih ada
- 103. Bila hak pertahanan persendirian mengenai harta termasuk menyebabkan kematian
- 104. Bila hak itu menyebabkan apa-apa kerosakan yang lain daripada kematian
- 105. Bila hak pertahanan persendirian mengenai harta bermula dan masih ada
- 106. Hak pertahanan persendirian terhadap serangan yang boleh menyebabkan kematian bila ada bahaya kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah
Bab V: Subahat
sunting- 107. Persubahatan sesuatu perkara
- 108. Pensubahat
- 108A. Persubahatan dalam Malaysia bagi kesalahan-kesalahan di luar Malaysia
- 109. Seksaan bagi persubahatan jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebabnya, dan jika tiada peruntukan yang nyata dibuat bagi seksaannya
- 110. Seksaan bagi persubahatan jika orang yang disubahati itu melakukan perbuatan dengan niat yang lain daripada niat pensubahat
- 111. Tanggungan pensubahat bila suatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan yang lain dilakukan
- 112. Bila pensubahat bertanggung seksaan terkumpul bagi perbuatan disubahati dan bagi perbuatan yang dilakukan
- 113. Tanggungan pensubahat kerana suatu kesalahan yang disebabkan oleh perbuatan yang disubahati itu lain daripada yang dimaksudkan oleh pensubahat
- 114. Pensubahat ada hadir manakala kesalahan dilakukan
- 115. Persubahatan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian atau penjara seumur hidup
- 116. Persubahatan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
- 117. Bersubahat bagi suatu kesalahan yang dilakukan oleh orang awam, atau oleh seramai lebih daripada sepuluh orang
- 118. Menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian atau penjara seumur hidup
- 119. Penjawat awam menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang mana adalah kewajipannya mencegah
- 120. Menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
Bab VA: Pakat Jahat Jenayah
sunting- 120A. Takrif konspirasi jenayah
- 120B. Seksaan bagi konspirasi jenayah
Bab VI: Kesalahan-Kesalahan terhadap Negara
sunting- 121. Melancarkan atau cuba untuk melancarkan perang atau bersubahat dalam melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
- 121A. Kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
- 121B. Kesalahan-kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
- 121C. Bersubahat bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 121A dan 121B
- 121D. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai kesalahan-kesalahan terhadap seksyen 121, 121A, 121B atau 121C oleh seseorang yang terikat untuk memberitahu
- 122. Mengumpulkan senjata, dsb., dengan niat hendak melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
- 123. Menyembunyikan dengan niat hendak menyenangkan rancangan bagi melancarkan perang
- 124. Menyerang Ahli Parlimen, dsb., dengan niat hendak memaksa atau menghalang apa-apa kuasa yang sah di sisi undang-undang dijalankan
- 124A. (Dimansuhkan)
- 124B. Aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen
- 124C. Cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen
- 124D. Percetakan, penjualan, dsb., suratan dan penerbitan yang menjejaskan demokrasi berparlimen
- 124E. Mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya suratan dan penerbitan yang menjejaskan demokrasi berparlimen
- 124F. Membawa masuk suratan dan penerbitan yang menjejaskan demokrasi berparlimen
- 124G. Pengeposan plakad, dsb.
- 124H. Penyebaran maklumat
- 124I. Penyebaran laporan palsu
- 124J. Penerimaan suratan dan penerbitan yang menjejaskan demokrasi berparlimen
- 124K. Sabotaj
- 124L. Cubaan untuk melakukan sabotaj
- 124M. Pengintipan
- 124N. Cubaan untuk melakukan pengintipan
- 125. Melancarkan perang terhadap mana-mana kuasa yang dalam perikatan dengan Yang di-Pertuan Agong
- 125A. Melindungi atau cuba melindungi mana-mana orang dalam Malaysia atau orang yang menetap di luar Negeri berperang atau bermusuh dengan Yang di-Pertuan Agong
- 126. Melakukan penjarahan dalam wilayah mana-mana kuasa yang berdamaian dengan Yang di-Pertuan Agong
- 127. Menerima harta yang diambil dengan jalan perang atau penjarahan yang tersebut dalam seksyen 125 dan 126
- 128. Penjawat awam dengan sengaja membiarkan orang tawanan Negara atau tawanan perang di bawah jagaannya lari
- 129. Penjawat awam dengan cuai membiarkan orang tawanan Negara atau tawanan perang di bawah jagaannya lari
- 130. Membantu orang tawanan itu lari, melepaskan atau melindunginya
- 130A. Tafsiran Bab ini
Bab VIA: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Keganasan
sunting- 130B. Tafsiran berkenaan Bab ini
- Penindasan kepada Perbuatan Keganasan dan Sokongan kepada Perbuatan Keganasan
- 130C. Melakukan perbuatan keganasan
- 130D. Menyediakan peranti kepada kumpulan pengganas
- 130E. Merekrut orang supaya menjadi anggota kumpulan pengganas atau mengambil bahagian dalam perbuatan keganasan
- 130F. Menyediakan latihan dan tunjuk ajar kepada kumpulan pengganas dan orang yang melakukan perbuatan keganasan
- 130FA. Menerima latihan dan tunjuk ajar daripada kumpulan pengganas dan orang yang melakukan perbuatan keganasan
- 130FB. Kehadiran di sesuatu tempat yang digunakan bagi latihan keganasan
- 130G. Mengapikan, menggalakkan atau meminta harta bagi melakukan perbuatan keganasan
- 130H. Menyediakan kemudahan bagi menyokong perbuatan keganasan
- 130I. Mengarahkan aktiviti kumpulan pengganas
- 130J. Mencari atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas atau perbuatan keganasan
- 130JA. Membuat perjalanan ke, menerusi atau dari Malaysia untuk melakukan perbuatan keganasan di sesuatu negara asing atau mana-mana bahagian sesuatu negara asing
- 130JB. Mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya, mengadakan, mempamerkan, mengagihkan atau menjual apa-apa barang yang dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau perbuatan keganasan
- 130JC. Kesalahan membina, melengkapkan atau menghantar mana-mana kenderaan, atau mengeluarkan atau menghantarserahkan apa-apa tempahan bagi mana-mana kenderaan, dengan niat atau pengetahuan atau dengan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu akan digunakan dalam atau oleh suatu kumpulan pengganas untuk memajukan aktiviti sesuatu kumpulan pengganas atau untuk melakukan sesuatu perbuatan keganasan
- 130JD. Melibatkan diri dalam apa-apa kelakuan sebagai persediaan bagi melakukan sesuatu perbuatan keganasan atau untuk membantu seseorang yang lain untuk melakukan sesuatu perbuatan keganasan
- 130K. Melindungi orang yang melakukan perbuatan keganasan
- 130KA. Anggota suatu kumpulan pengganas
- 130L. Konspirasi jenayah
- 130M. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan dengan perbuatan keganasan
- Penindasan kepada Pembiayaan Perbuatan Keganasan
- 130N. Menyediakan atau mengumpul harta untuk perbuatan keganasan
- 130O. Menyediakan perkhidmatan bagi maksud keganasan
- 130P. Menyusun atur untuk pembendungan atau kawalan harta pengganas
- 130Q. Berurus niaga dengan harta pengganas
- 130QA. Menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan perbuatan keganasan
- 130R. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan dengan harta pengganas
- 130S. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaaan dengan kesalahan pembiayaan keganasan
- 130T. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
- 130TA. Bukan pemakaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 dan seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara Jenayah
Bab VIB: Jenayah Terancang
sunting- 130U. Tafsiran berkenaan Bab ini
- 130V. Anggota suatu kumpulan jenayah terancang
- 130W. Membantu suatu kumpulan jenayah terancang
- 130X. Melindungi anggota suatu kumpulan jenayah terancang
- 130Y. Bergaul dengan suatu kumpulan jenayah terancang
- 130Z. Merekrut orang supaya menjadi anggota suatu kumpulan jenayah terancang
- 130ZA. Mengambil bahagian dalam suatu kumpulan jenayah terancang
- 130ZB. Menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan aktiviti jenayah terancang
- 130ZC. Menambahkan seksaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh suatu kumpulan jenayah terancang atau anggota suatu kumpulan jenayah terancang
Bab VII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Angkatan Tentera
sunting- 131. Bersubahat dalam dahagi, atau cuba untuk menggoda askar atau kelasi daripada kewajipannya
- 132. Persubahatan bagi dahagi, jika dahagi dilakukan oleh sebab persubahatan itu
- 133. Persubahatan bagi suatu serangan yang dilakukan oleh askar atau kelasi ke atas pegawai atasannya, manakala ia menjalankan jawatannya
- 134. Persubahatan bagi sesuatu serangan jika serangan itu dilakukan
- 135. Persubahatan dalam tinggal-tugas oleh askar, kelasi atau penerbang
- 136. Melindungi orang tinggal-tugas
- 137. Orang tinggal-tugas bersembunyi dalam perahuan dagangan oleh sebab kecuaian nakhoda
- 138. Persubahatan bagi perbuatan ingkar-perintah oleh askar, kelasi atau penerbang
- 139. Orang-orang yang tertakluk undang-undang Angkatan Tentera tidaklah boleh diseksa di bawah Kanun ini
- 140. Memakai pakaian askar, kelasi atau penerbang
- 140A. "Melindungi"
- 140B. Pemakaian Bab VII
Bab VIII: Kesalahan-Kesalahan terhadap Ketenteraman Awam
sunting- 141. Perhimpunan yang menyalahi undang-undang
- 142. Menjadi seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang
- 143. Seksaan
- 144. Memiliki senjata-senjata atau misil-misil di perhimpunan yang menyalahi undang-undang
- 145. Masuk atau masih berada dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan mengetahui bahawa perhimpunan itu telah diperintah bersurai
- 146. Kekerasan digunakan oleh seseorang anggota pada menjalankan tujuan bersama
- 147. Seksaan kerana merusuh
- 148. Memiliki senjata-senjata atau misil-misil dalam rusuhan
- 149. Tiap-tiap anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang disifat melakukan kesalahan yang dilakukan pada menjalankan tujuan bersama
- 150. Mengupah atau membiarkan orang-orang diupah supaya masuk perhimpunan yang menyalahi undang-undang
- 151. Dengan mengetahui masuk atau masih berada dalam mana-mana perhimpunan seramai lima orang atau lebih selepas perhimpunan itu diperintah bersurai
- 152. Menyerang atau menggalang penjawat awam manakala ia memadamkan rusuhan, dsb.
- 153. Dengan buasnya mendatangkan bangkitan-marah dengan niat menyebabkan rusuhan
- 153A. (Dimansuhkan)
- 154. Empunya atau penghuni tanah di mana suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang diadakan
- 155. Tanggungan orang yang untuk faedahnya rusuhan dilakukan
- 156. Tanggungan wakil empunya atau penghuni yang untuk faedahnya rusuhan dilakukan
- 157. Melindungi orang-orang yang diupah untuk sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang
- 158. Diupah bagi mengambil bahagian dalam perhimpuan yang menyalahi undang-undang atau rusuhan, atau bersenjata
- 159. Gaduh-gempar
- 160. Seksaan kerana melakukan gaduh-gempar
Bab IX: Kesalahan-Kesalahan oleh Penjawat-Penjawat Awam atau yang Berkenaan dengan Mereka
sunting- 161. Penjawat awam menerima suapan kecuali bayaran di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu perbuatan rasmi
- 162. Menerima suapan dengan cara tak jujur atau menyalahi undang-undang bagi mempengaruhi seseorang penjawat awam
- 163. Menerima suapan bagi menjalankan pengaruh peribadi atas seseorang penjawat awam
- 164. Seksaan bagi penjawat awam kerana persubahatan bagi kesalahan yang ditakrifkan di atas
- 165. Penjawat awam menerima benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu
- 166. Penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada seseorang
- 167. Penjawat awam membentuk suratan yang tidak betul dengan niat hendak menyebabkan bencana
- 168. Penjawat awam mengambil bahagian dalam perniagaan dengan menyalahi undang-undang
- 169. Penjawat awam membeli atau menawar membeli harta dengan menyalahi undang-undang
- 170. Menyamar sebagai penjawat awam
- 171. Memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat hendak menipu
Bab X: Menghinakan Kuasa yang Sah di Sisi Undang-Undang bagi Penjawat-Penjawat Awam
sunting- 172. Melarikan diri bagi mengelakkan daripada disampaikan saman atau lain-lain surat perintahan daripada penjawat awam
- 173. Menahan daripada disampaikan saman atau lain-lain surat perintahan atau menahannya daripada disiarkan
- 174. Tidak menurut perintah seseorang penjawat awam bagi menghadirkan diri
- 175. Seseorang yang terikat di sisi undang-undang mengemukakan suratan itu kepada penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian itu
- 176. Seseorang yang terikat di sisi undang-undang memberi pengetahuan atau maklumat kepada penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian itu
- 177. Memberi maklumat palsu
- 178. Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki oleh penjawat awam
- 179. Enggan menjawab soalan penjawat awam yang berkuasa menyoal
- 180. Enggan menandatangani kenyataan
- 181. Membuat kenyataan palsu dengan sumpah kepada penjawat awam atau kepada orang yang diberi kuasa mentadbirkan sumpah
- 182. Maklumat palsu, dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain
- 183. Tentangan terhadap pengambilan harta atas kuasa yang sah di sisi undang-undang daripada seseorang penjawat awam
- 184. Menggalang jualan harta yang ditawarkan untuk jualan atas kuasa yang sah di sisi undang-undang daripada seseorang penjawat awam
- 185. Membeli atau menawar membeli dengan menyalahi undang-undang harta yang ditawarkan untuk jualan atas kuasa seseorang penjawat awam
- 186. Menggalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
- 187. Meninggalkan daripada menolong penjawat awam manakala terikat di sisi undang-undang supaya memberi pertolongan
- 188. Mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam
- 189. Ugutan bencana kepada penjawat awam
- 190. Ugutan bencana bagi mendorong seseorang supaya jangan membuat permintaan untuk perlindungan kepada penjawat awam
Bab XI: Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan terhadap Keadilan Awam
sunting- 191. Memberi keterangan palsu
- 192. Mereka keterangan palsu
- 193. Seksaan bagi keterangan palsu
- 194. Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan hukum bunuh
- 195. Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
- 196. Menggunakan keterangan yang diketahui sebagai palsu
- 197. Mengeluarkan atau menandatangani perakuan palsu
- 198. Menggunakan perakuan palsu tentang sesuatu perkara mustahak sebagai perakuan yang benar
- 199. Kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang boleh diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan
- 200. Menggunakan sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu yang diketahui sebagai palsu
- 201. Menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan, atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu, bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
- 202. Seseorang yang terikat memberi maklumat mengenai sesuatu kesalahan dengan sengaja meninggalkan daripada berbuat demikian itu
- 203. Memberi maklumat palsu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan
- 203A. Mendedahkan maklumat
- 204. Membinasakan suratan bagi mengelakkannya daripada dikemukakan sebagai keterangan
- 205. Menyamar dengan palsunya bagi maksud sesuatu perbuatan atau prosiding dalam sesuatu guaman
- 206. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan tipuan bagi mengelakkan ia daripada diambil sebagai rampasan atau diambil bagi melaksanakan sesuatu dikri
- 207. Tuntutan tipuan atas harta bagi mengelakkan ia daripada diambil sebagai rampasan atau bagi melaksanakan sesuatu dikri
- 208. Dengan tipuan membiarkan dikri kerana tuntutan sesejumlah wang yang tidak terhutang
- 209. Membuat tuntutan palsu dengan curang di hadapan Mahkamah
- 210. Mendapat dengan tipuan suatu dikri kerana tuntutan sesejumlah wang yang tidak terhutang
- 211. Membuat pertuduhan palsu atas kesalahan dengan niat hendak membencana
- 212. Melindungi pesalah
- 213. Mengambil hadiah, dsb., bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
- 214. Menawarkan hadiah atau pemulangan harta sebagai balasan bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
- 215. Mengambil hadiah kerana menolong mendapatkan balik harta curi, dsb.
- 216. Melindungi pesalah yang telah lari dari jagaan, atau yang telah diperintah supaya ditangkap
- 216A. Melindungi perompak-perompak atau kumpulan perompak, dsb.
- 216B. "Melindungi"
- 217. Penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan, atau harta daripada dirampas
- 218. Penjawat awam membentuk suatu rekod atau tulisan yang tidak betul dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan, atau harta daripada dirampas
- 219. Penjawat awam membuat dalam prosiding kehakiman suatu perintah, laporan, dsb., dengan cara tak jujur yang ia ketahui berlawanan dengan undang-undang
- 220. Hukuman supaya dibicarakan atau hukuman supaya dikurung yang dibuat oleh seseorang yang berkuasa yang ketahui bahawa ia berbuat hukuman itu berlawanan dengan undang-undang
- 221. Penjawat awam yang terikat di sisi undang-undang menangkap seseorang dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu
- 222. Penjawat awam yang terikat di sisi undang-undang menangkap orang yang telah dijatuhkan hukum oleh Mahkamah dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu
- 223. Penjawat awam dengan cuainya membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan memudahkan atau membolehkan apa-apa perbuatan keganasan, dsb.
- 224. Tentangan atau galangan oleh seseorang terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang atas dirinya
- 225. Tentangan atau galangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang atas seseorang lain
- 225A. Penjawat awam meninggalkan daripada menangkap atau membiarkan orang-orang lari dalam hal-hal yang tidak ada diperuntukkan
- 225B. Kesalahan terhadap undang-undang Malaysia jika tiada seksaan khas diperuntukkan
- 226. (Dimansuhkan)
- 227. Melanggar syarat pengurangan seksaan
- 228. Dengan sengaja memberi aib atau gangguan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan prosiding kehakiman pada mana-mana peringkat
- 229. Menyamar sebagai juri atau pengapit hakim
Masliana binte mohd nazar
Bab XII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Setem Kerajaan dan Duit
sunting- 230. Interpretasi
- 231. (Dimansuhkan)
- 232. Melancung duit
- 233. (Dimansuhkan)
- 234. Membuat atau menjual alat bagi melancung duit
- 235. Memiliki alat atau benda untuk digunakan bagi melancung duit
- 236. Bersubahat dalam Malaysia duit dilancung di luar Malaysia
- 237. (Dimansuhkan)
- 238. Mengimport atau mengeksport lancungan duit
- 239. (Dimansuhkan)
- 240. Menyerahkan duit, yang dimiliki dengan mengetahuinya sebagai lancung
- 241. Menyerahkan kepada seseorang lain duit sebagai tulen yang pada mula-mula dimiliki, orang yang menyerahkan itu tidak ketahui sebagai lancung
- 242. (Dimansuhkan)
- 243. Seseorang memiliki duit dengan mengetahuinya sebagai lancung pada waktu ia mula-mula memilikinya
- 244-245. (Tidak ada)
- 246. (Dimansuhkan)
- 247. Dengan tipuan atau dengan curangnya mengurangkan berat atau mengubah campuran duit
- 248. (Dimansuhkan)
- 249. Mengubah rupa duit dengan niat supaya duit itu laku sebagai duit jenis yang lain
- 250. (Dimansuhkan)
- 251. Menyerahkan duit yang dimiliki dengan mengetahuinya telah diubah
- 252. (Dimansuhkan)
- 253. Seseorang memiliki duit dengan mengetahuinya sebagai telah diubah pada waktu ia mula-mula memilikinya
- 254. Menyerahkan kepada seseorang lain sebagai tulen duit yang pada mula-mula dimiliki, orang yang menyerahkan itu tidak ketahui telah diubah
- 255. Melancung setem Kerajaan
- 256. Memiliki alat atau benda bagi melancung setem Kerajaan
- 257. Membuat atau menjual alat bagi melancung setem Kerajaan
- 258. Menjual lancungan setem Kerajaan
- 259. Memiliki suatu lancungan setem Kerajaan
- 260. Menggunakan sebagai tulen setem Kerajaan yang diketahui sebagai lancung
- 261. Memadamkan apa-apa tulisan daripada benda yang bersetem dengan setem Kerajaan, atau menanggalkan daripada suratan suatu setem yang digunakan untuknya, dengan niat hendak menyebabkan kerugian kepada Kerajaan
- 262. Menggunakan setem Kerajaan yang diketahui telah digunakan dahulu
- 263. Memadamkan tanda yang menunjukkan bahawa setem telah digunakan
Bab XIII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Alat Penimbang dan Sukat
sunting- 264. Menggunakan dengan tipuan alat penimbang palsu
- 265. Menggunakan dengan tipuan batu penimbang atau sukat palsu
- 266. Ada memiliki alat penimbang atau sukat palsu
- 267. Membuat atau menjual alat penimbang atau sukat palsu
Bab XIV: Kesalahan-Kesalahan mengenai Kesihatan, Keselamatan, Kemudahan, Kesopanan dan Akhlak Awam
sunting- 268. Kacau-ganggu awam
- 269. Perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa
- 270. Perbuatan jahat yang mungkin menyebabkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa
- 271. Mengingkari aturan kuarantin
- 272. Mencampur makanan atau minuman yang dimaksud untuk jualan dengan benda yang kurang baik
- 273. Menjual makanan atau minuman yang berbahaya
- 274. Mencampur dadah dengan benda yang kurang baik
- 275. Menjual dadah yang bercampur dengan benda yang kurang baik
- 276. Menjual apa-apa dadah sebagai suatu dadah atau ubatan yang lain
- 277. Mengotorkan air sesuatu mata air atau kolam air awam
- 278. Menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan
- 279. Memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam
- 280. Menjalankan perahuan dengan gopoh
- 281. Menunjukkan api isyarat, tanda atau boya palsu
- 282. Membawa orang dengan jalan air untuk mendapat sewa dalam perahuan yang berlebih muatan atau yang tidak selamat
- 283. Bahaya atau galangan di jalan awam atau di haluan pelayaran awam
- 284. Kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun
- 285. Kelakuan cuai berkenaan dengan api atau benda yang mudah terbakar
- 286. Kelakuan cuai berkenaan dengan apa-apa benda letupan
- 287. Kelakuan cuai berkenaan dengan pesawat yang ada dalam milik atau di bawah jagaan pesalah
- 288. Kecuaian manakala meruntuhkan atau membaiki bangunan-bangunan
- 289. Kecuaian berkenaan dengan haiwan
- 290. Seksaan bagi kacau-ganggu awam
- 291. Meneruskan kacau-ganggu selepas ditegah-arah supaya jangan meneruskannya
- 292. Menjual, dsb., buku-buku, dsb., yang lucah
- 293. Menjual, dsb., benda-benda lucah kepada orang muda
- 294. Nyanyian lucah
Bab XV: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Agama
sunting- 295. Membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan
- 296. Mengganggu perhimpunan yang menjalankan sembahyang
- 297. Pencerobohan di tempat-tempat perkuburan, dsb.
- 298. Menyebut perkataan-perkataan, dsb., dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang
- 298A. Menyebabkan, dsb., di atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan, dsb., pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan
Bab XVI: Kesalahan-Kesalahan mengenai Tubuh Manusia
sunting- Kesalahan-Kesalahan mengenai Nyawa
- 299. Mematikan orang dengan salah
- 300. Membunuh orang
- 301. Mematikan orang dengan salah dengan menyebabkan kematian seseorang yang lain daripada orang yang kematiannya dimaksudkan
- 302. Seksaan bagi kesalahan membunuh orang
- 303. (Tidak ada)
- 304. Seksaan bagi kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang
- 304A. Menyebabkan kematian dengan cuai
- 305. Persubahatan bagi kanak-kanak atau orang gila membunuh diri
- 306. Persubahatan bagi kesalahan membunuh diri
- 307. Mencuba membunuh orang
- 308. Mencuba melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah
- 309. Mencuba melakukan kesalahan membunuh diri
- 309A. Kesalahan membunuh anak
- 309B. Seksaan bagi kesalahan membunuh anak
- 310-311. (Tidak ada)
- Menyebabkan Keguguran; Menyebabkan Bencana kepada Anak yang Belum Lahir; Mendedahkan Anak; dan Menyembunyikan Kelahiran
- 312. Menyebabkan keguguran
- 313. Menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan perempuan
- 314. Kematian disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan dengan niat hendak menyebabkan keguguran. Jika perbuatan dilakukan dengan tiada kerelaan perempuan
- 315. Perbuatan dilakukan dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan
- 316. Menyebabkan kematian anak yang belum lahir yang telah bersifat dengan suatu perbuatan boleh terjumlah kepada kesalahan mematikan orang dengan salah
- 317. Ibu bapa atau orang yang bertanggung menjaga kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak itu
- 318. Menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit
- Cedera
- 319. Cedera
- 320. Cedera parah
- 321. Dengan sengaja menyebabkan cedera
- 322. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah
- 323. Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera
- 324. Dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya
- 325. Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah
- 326. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya
- 326A. Seksaan kerana menyebabkan cedera oleh pasangan
- 327. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras harta atau bagi memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
- 328. Menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan racun, dsb., dengan niat hendak melakukan kesalahan
- 329. Dengan sengaja parah menyebabkan cedera bagi memeras harta atau bagi memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
- 330. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan
- 331. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan
- 332. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
- 333. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
- 334. Dengan sengaja menyebabkan cedera atas bangkitan-marah
- 335. Menyebabkan cedera parah atas bangkitan-marah
- 336. Seksaan bagi perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
- 337. Menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
- 338. Menyebabkan cedera parah dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
- Halangan Salah dan Pengurungan Salah
- 339. Halangan salah
- 340. Pengurungan salah
- 341. Seksaan bagi halangan salah
- 342. Seksaan bagi pengurungan salah
- 343. Pengurungan salah selama tiga hari atau lebih
- 344. Pengurungan salah selama sepuluh hari atau lebih
- 345. Pengurungan salah mengenai orang yang mana writ untuk pembebasannya telah dikeluarkan
- 346. Pengurungan salah dalam sulit
- 347. Pengurungan salah bagi maksud hendak memeras harta atau hendak memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
- 348. Pengurungan salah bagi maksud hendak memeras pengakuan bersalah atau hendak memaksa supaya harta dipulangkan
- Kekerasan Jenayah dan Serangan
- 349. Kekerasan
- 350. Kekerasan jenayah
- 351. Serangan
- 352. Seksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah kecuali atas bangkitan-marah yang besar
- 352A. Seksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah oleh pasangan
- 353. Menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
- 354. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan
- 355. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak menjatuhkan kehormatan seseorang kecuali atas bangkitan-marah yang besar
- 356. Serangan atau kekerasan jenayah pada mencuba hendak mencuri harta yang ada dibawa oleh seseorang
- 357. Serangan atau kekerasan jenayah pada mencuba hendak mengurung seseorang dengan salah
- 358. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah atas bangkitan-marah yang besar
- Penculikan, Melarikan Orang, Keabdian dan Kerja Paksa
- 359. Penculikan
- 360. Menculik dari Malaysia
- 361. Menculik dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang
- 362. Melarikan orang
- 363. Seksaan bagi penculikan
- 364. Menculik atau melarikan orang dengan tujuan hendak membunuh
- 365. Menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan dengan salah
- 366. Menculik atau melarikan perempuan bagi memaksa ia berkahwin, dsb.
- 367. Menculik atau melarikan orang dengan tujuan hendak mengenakannya cedera parah, atau menjadikannya abdi, dsb.
- 368. Menyembunyikan atau mengurung dengan salah seseorang yang diculik
- 369. Menculik atau melarikan kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun dengan niat hendak mencuri harta yang boleh dialih dari tubuh kanak-kanak itu
- 370. Membeli atau memberikan mana-mana orang sebagai abdi
- 371. Lazim memperniagakan abdi
- 372. Menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan
- 372A. Seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangkan persundalan
- 372B. Mencari langganan bagi maksud persundalan
- 373. Pengawalan rumah-rumah persundalan
- 373A. (Dimansuhkan)
- 374. Kerja paksa yang menyalahi undang-undang
- Penyanderaan tebusan
- 374A. Penyanderaan tebusan
- Rogol
- 375. Rogol
- 375A. Suami menyebabkan cedera bagi tujuan mengadakan hubungan seks
- 375B. Rogol secara berkumpulan
- 376. Seksaan bagi rogol
- Sumbang mahram
- 376A. Sumbang mahram
- 376B. Seksaan bagi sumbang mahram
- Kesalahan-Kesalahan Luar Tabii
- 377. Persetubuhan luar tabii dengan haiwan
- 377A. Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
- 377B. Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
- 377C. Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.
- 377CA. Rogol yang menggunakan apa-apa objek
- 377D. Melanggar kesopanan
- 377E. Merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau
- Kesalahan Mencuri
- 378. Kesalahan mencuri
- 379. Seksaan bagi kesalahan mencuri
- 379A. Seksaan bagi kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor
- 380. Mencuri dalam rumah kediaman, dsb.
- 381. Kerani atau orang gaji mencuri harta dalam milik tuannya
- 382. Mencuri setelah dibuat persiapan bagi menyebabkan kematian atau cedera dengan tujuan hendak melakukan kesalahan itu
- 382A. Orang yang telah disabitkan suatu kesalahan di bawah seksyen 379, 380 atau 382 kemudiannya melakukan kesalahan di bawah seksyen itu juga
- Pemerasan
- 383. Pemerasan
- 384. Seksaan bagi pemerasan
- 385. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
- 386. Pemerasan dengan mendatangkan kepada seseorang ketakutan pembunuhan atau cedera parah
- 387. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan pembunuhan atau cedera parah dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
- 388. Pemerasan dengan jalan mengugut hendak menuduh yang seseorang telah melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh, atau penjara, dsb.
- 389. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan dituduh kesalahan, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
- Rompak dan Rompak-Berkumpul
- 390. Rompak
- 391. Rompak-berkumpul
- 392. Seksaan bagi rompak
- 393. Mencuba melakukan rompak
- 394. Dengan sengaja menyebabkan cedera pada melakukan rompak
- 395. Seksaan bagi rompak-berkumpul
- 396. Rompak-berkumpul serta membunuh orang
- 397. Rompak dengan bersenjata atau rompak serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah
- 398. (Dimansuhkan)
- 399. Membuat persiapan bagi melakukan rompak-berkumpul
- 400. Seksaan kerana menjadi seorang daripada kumpulan perompak
- 401. Seksaan kerana menjadi seorang daripada kumpulan pencuri-pencuri yang merayau
- 402. Berhimpun bagi maksud hendak melakukan rompak-berkumpul
- Menyalahgunakan Harta Secara Jenayah
- 402A. Takrif "ejen", "syarikat", "pengarah", "pegawai"
- 403. Menyalahgunakan harta dengan curang
- 404. Dengan curangnya menyalahgunakan harta yang dimiliki oleh si mati pada waktu matinya
- Pecah Amanah Jenayah
- 405. Pecah amanah jenayah
- 406. Seksaan bagi pecah amanah jenayah
- 407. Pecah amanah jenayah oleh pembawa, dsb.
- 408. Pecah amanah jenayah oleh kerani atau orang gaji
- 409. Pecah amanah jenayah oleh penjawat awam atau ejen
- 409A. Pembelaan tidak boleh digunakan
- 409B. Anggapan
- Menerima Harta Curi
- 410. Harta curi
- 411. Menerima harta curi dengan curang
- 411A. Menerima faedah yang diperoleh daripada aktiviti jenayah kumpulan jenayah terancang
- 412. Menerima dengan curangnya harta yang dicuri dalam rompak-berkumpul
- 413. Dengan lazimnya berniaga harta curi
- 414. Menolong menyembunyikan harta curi
- Tipu
- 415. Tipu
- 416. Menipu dengan jalan samaran
- 417. Seksaan kerana menipu
- 418. Menipu dengan mengetahui bahawa kehilangan salah mungkin dengan jalan demikian itu disebabkan kepada seseorang yang kepentingannya pesalah itu terikat melindungi
- 419. Seksaan kerana menipu dengan jalan samaran
- 420. Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan
- Surat-ikatan Tipuan dan Melepaskan Harta dengan Tipuan
- 421. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan curangnya atau tipuan bagi mengelakkan pembahagian antara sipiutang-sipiutang
- 422. Dengan curangnya atau dengan tipuan mengelakkan daripada dapat digunakan untuk sipiutang sesuatu piutang atau tuntutan yang pesalah berhak
- 423. Dengan curangnya atau dengan tipuan menyempurnakan surat-ikatan memindah-milik, yang mengandungi kenyataan palsu tentang balasan
- 424. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan curangnya atau dengan tipuan
- Khianat
- 425. Khianat
- 426. Seksaan kerana melakukan khianat
- 427. Melakukan khianat dan dengan jalan demikian itu menyebabkan kerugian yang berharga sebanyak dua puluh lima ringgit
- 428. Khianat dengan membunuh atau mencacatkan mana-mana haiwan
- 429. (Dimansuhkan)
- 430. Khianat dengan membencanakan perjalanan tali air atau dengan menyimpangkan haluan air dengan salah
- 430A. Khianat mengenai mana-mana pengangkutan awam
- 431. Khianat dengan membencanakan jalan awam, jambatan atau sungai
- 431A. Khianat dengan membencanakan kabel, kawat telegraf, dsb.
- 432. Khianat dengan menyebabkan banjir atau galangan kepada parit awam, yang mendatangkan kerosakan
- 433. Khianat dengan membinasakan atau mengalih atau menjadikan kurang berguna rumah api atau tanda laut atau dengan menunjukkan api-api isyarat palsu
- 434. Khianat dengan membinasakan atau mengalih, dsb., tanda yang dipasang oleh pihak berkuasa awam
- 435. Khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan yang berharga sebanyak lima puluh ringgit
- 436. Khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah, dsb.
- 437. Khianat dengan niat hendak membinasakan atau menjadikan tidak selamat perahuan yang bertingkat atau muatannya 20 tan
- 438. Seksaan bagi khianat yang diterangkan dalam seksyen yang akhir bila dilakukan dengan api atau apa-apa benda letupan
- 439. Seksaan kerana dengan sengaja mengandas atau menghamparkan perahuan dengan niat hendak melakukan kesalahan mencuri, dsb.
- 440. Khianat berlaku dalam kekacauan, dsb.
- Pencerobohan Jenayah
- 441. Pencerobohan jenayah
- 442. Pencerobohan rumah
- 443. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi
- 444. (Dimansuhkan)
- 445. Pecah rumah
- 446. (Dimansuhkan)
- 447. Seksaan bagi pencerobohan jenayah
- 448. Seksaan bagi pencerobohan rumah
- 449. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian
- 450. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara seumur hidup
- 451. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
- 452. Pencerobohan rumah setelah persiapan dibuat bagi menyebabkan cedera kepada seseorang
- 453. Seksaan bagi pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau bagi pecah rumah
- 454. (Dimansuhkan)
- 455. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah setelah persiapan dibuat bagi menyebabkan cedera kepada seseorang
- 456. (Dimansuhkan)
- 457. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi pada waktu malam bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
- 457A. Kesalahan yang kemudian di bawah seksyen 453 atau 457 boleh diseksa dengan sebat selepas kesalahan yang pertama
- 458. (Dimansuhkan)
- 459. Cedera parah disebabkan manakala melakukan pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah
- 460. Semua orang yang bersesama menyertai pada melakukan pecah rumah, dsb., boleh diseksa kerana kematian, atau cedera parah yang disebabkan oleh seorang daripada mereka
- 461. Dengan curangnya memecahkan apa-apa bekas tertutup yang berisi atau disangkai berisi harta
- 462. Seksaan bagi kesalahan itu jika dilakukan oleh orang yang diamanahkan menjaga
Bab XVIII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Suratan, Mata Wang Kertas dan Surat Janji Bayaran Bank
sunting- 463. Pemalsuan
- 464. Membuat suatu suratan palsu
- 465. Seksaan bagi pemalsuan
- 466. Pemalsuan rekod Mahkamah atau Daftar Beranak awam, dsb.
- 467. Pemalsuan suratan cagaran berharga atau wasiat
- 468. Pemalsuan bagi maksud hendak menipu
- 469. Pemalsuan bagi maksud hendak merosakkan nama baik seseorang
- 470. "Suratan pemalsuan"
- 471. Menggunakan suratan pemalsuan sebagai tulen
- 472. Membuat atau memiliki meteri, pelit lancung, dsb., dengan niat hendak melakukan pemalsuan yang boleh diseksa di bawah seksyen 467
- 473. Membuat atau memiliki meteri, pelit lancung, dsb., dengan niat hendak melakukan pemalsuan yang boleh diseksa di bawah seksyen lain
- 474. Ada memiliki suratan cagaran berharga atau wasiat yang diketahui sebagai pemalsuan, dengan niat hendak menggunakannya sebagai tulen
- 475. Melancungkan alamat atau tanda yang digunakan bagi mengesahkan suratan yang tersebut dalam seksyen 467, atau memiliki benda yang bertanda lancungan
- 476. Melancungkan alamat atau tanda yang digunakan bagi mengesahkan suratan lain daripada suratan yang tersebut dalam seksyen 467, atau memiliki benda yang bertanda lancungan
- 477. Dengan tipuan memadamkan, membinasakan, dsb., wasiat
- 477A. Memalsukan kira-kira
- 478-489. (Tidak ada)
- Mata Wang Kertas dan Surat Janji Bayaran Bank
- 489A. Pemalsuan atau pelancungan mata wang kertas atau surat janji bayaran bank
- 489B. Menggunakan sebagai tulen mata wang kertas atau surat janji bayaran bank yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan atau pelancungan
- 489C. Memiliki mata wang kertas atau surat janji bayaran bank yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan atau pelancungan
- 489D. Membuat atau memiliki alat atau benda bagi pemalsuan atau pelancungan mata wang kertas dan surat janji bayaran bank
Bab XIX: Kemungkiran Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah
sunting- 490. (Dimansuhkan)
- 491. Kemungkiran kontrak melayani dan membekalkan keperluan orang-orang yang tidak berupaya
- 492. (Dimansuhkan)
Bab XX: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Perkahwinan
sunting- 493. Bersekedudukan disebabkan oleh seorang lelaki mendorong dengan perdayaan seorang perempuan supaya percaya yang mereka telah berkahwin dengan sah di sisi undang-undang
- 494. Berkahwin lagi dalam masa suami atau isteri masih hidup
- 495. Kesalahan itu juga dengan menyembunyikan perkahwinan yang dahulu daripada orang yang dengannya seseorang berkahwin pada kali yang kemudian
- 496. Upacara perkahwinan dilangsungkan dengan niat tipuan manakala perkahwinan itu tidak sah di sisi undang-undang
- 497. (Tidak ada)
- 498. Memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah
Bab XXI: Fitnah
sunting- 499. Fitnah
- 500. Seksaan bagi fitnah
- 501. Mencetak atau mengukir perkara yang diketahui sebagai fitnah
- 502. Menjual benda yang bercetak atau yang berukir yang mengandungi perkara fitnah
Bab XXII: Menakutkan Secara Jenayah, Aib dan Kegusaran
sunting- 503. Kesalahan menakutkan secara jenayah
- 504. Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan
- 505. Kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam
- 506. Seksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah
- 507. Kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama
- 508. Perbuatan yang disebabkan dengan mendorong seseorang supaya percaya bahawa ia akan dijadikan seorang yang dimurkai Tuhan
- 509. Perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang
- 510. Salah laku di tempat awam oleh seorang yang mabuk
Bab XXIII: Percubaan Hendak Melakukan Kesalahan
sunting- 511. Seksaan kerana mencuba melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara