Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Ahli Politik Malaysia

YB Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (lahir 16 September 1986) ialah seorang ahli politik Malaysia. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya menawan kawasan parlimen P160 Johor Bahru, salah satu bandaraya terbesar di Malaysia atas tiket Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat.[1] Beliau lebih dikenali sebagai YB Akmal Nasir dan kini telah bergelar sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru.


Akmal Nasir

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
Memegang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriFadillah Yusof
Didahului olehJawatan Diwujudkan
Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
10 Disember 2022 – 12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriNga Kor Ming
Didahului olehIsmail Abd Muttalib
Digantikan olehAiman Athirah Sabu
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P160 Johor Bahru, Johor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehTan Sri Sharil @ Shahrir Ab Samad
Majoriti19,782 (PRU-14)
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
2018–2021
TimbalanHilman Idham
Didahului olehNik Nazmi bin Nik Ahmad
Digantikan olehAdam Adli
Butiran peribadi
LahirAkmal Nasrullah bin Mohd Nasir
(1986-09-16) 16 September 1986 (umur 37)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik PKR
PasanganNorhannaz Mohd
Alma materUniversiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat (BSc)
PekerjaanAhli politik

Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat setelah memenangi jawatan itu semasa pemilihan PKR 2018 dan menewaskan dua orang calon lain.[2] Beliau dikenali sebagai salah seorang ahli kem Rafizi Ramli, calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.[3][4]

Sebelum bergelar Ahli Parlimen, beliau merupakan pengasas dan pengarah satu pertubuhan NGO yang dikenali sebagai National Oversight and Whistleblower (NOW) bersama-sama dengan Rafizi Ramli. NOW bertanggunjawab dalam mendedahkan skandal-skandal kewangan negara yang besar ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Antara skanda-skandal yang telah dibongkarkan yang mencetuskan fenomena dalam negara adalah seperti skandal NFC[5], yang melibatkan Shahrizat Abdul Jalil, dan penyalahgunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Latar Belakang pendidikan sunting

Akmal Nasir mendapat pendidikan rendah daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar dan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. Beliau kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay College Kuala Kangsar) dari tahun 1999 - 2003. Sepanjang berada di MCKK, beliau telah memegang beberapa jawatan persatuan dan mendapat beberapa anugerah akademik. Antaranya adalah:

  • Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2003.
  • Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2001 (Agama Islam).
  • Johan Kebangsaan Pertandingan Esei Keusahawanan
  • Pengawas.
  • Presiden, Kadet Bomba dan Penyelamat
  • Presiden, Kelab Matematik
  • Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, Sabah (sampai ke puncak).
  • Penerima biasiswa Skim Pelajar Cemerlang selepas SPM

Selepas tamat persekolahan, beliau telah menerima tawaran biasiswa untuk menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Pada tahun 2004, beliau mengambil masa selama satu tahun untuk program persediaan di International Education College (INTEC) di Shah Alam.

Setelah selesai program persediaan, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat selama empat tahun (2005-2009). Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Aktuari dan juga Ekonomi, serta turut menerima anugerah Dean's List pada tahun ketiga pengajian.

Karier politik sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P160 JOHOR BAHRU Johor". Utusan Online. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 17 November 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Firdaus Azil (16 November 2018). "Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan". Astro Awani. Dicapai pada 17 November 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Mohd. Hafiz Abd. Mutalib (11 Ogos 2018). "Calon dari kumpulan Rafizi punya kelebihan di Perlis". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 25 November 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Fadzil Zainol (21 September 2018). "Kesetiaan kem Azmin dipertikai". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 25 November 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ https://rafiziramli.com/2012/02/skandal-nfc-keluarga-dato-seri-shahrizat-jalil-mengumpul-aset-mewah-di-singapura/