YB Tuan Mohd Rafizi bin Ramli (lahir 14 September 1977) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10 YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang portfolio sebagai Menteri Ekonomi Malaysia dan Ahli Parlimen Pandan buat Penggal Kedua. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat[1].


Rafizi Ramli
Menteri Ekonomi Malaysia
Memegang jawatan
3 Disember 2022
Raja Pahang Darul Makmur Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Dato Hanifah Hajar Taib
Didahului oleh Dato Sri Mustapa Mohamed
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pandan, Selangor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Wan Azizah Wan Ismail
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Ong Tee Keat
Digantikan oleh Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat ke-5
Memegang jawatan
17 Julai 2022
PresidenAnwar Ibrahim
Didahului olehAzmin Ali
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan
Memegang jawatan
4 Ogos 2022
Didahului olehZahir Hassan
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor
Memegang jawatan
4 Ogos 2022
Didahului olehSyed Ibrahim Syed Noh
Ketua PKR Cabang Pandan
Memegang jawatan
2022
Butiran peribadi
LahirMohd. Rafizi bin Ramli
(1977-09-14) 14 September 1977 (umur 46)
Besut, Terengganu, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik KEADILAN (1999-2003)
PKR (2003-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Alternatif (1999-2008)
Pakatan Rakyat (2008-2015)
Pakatan Harapan (2015-kini)
PasanganAfizsa Ashak
Anak-anak2
PendidikanKolej Melayu Kuala Kangsar
Alma materUniversity of Leeds (BEng)
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAkauntan
Laman web rasmirafiziramli.com

Latar belakang peribadi dan pendidikan sunting

Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990–1994) sebelum melanjutkan pelajaran di University of Leeds, England (1996–1999).[2][3]

Kerjaya sunting

Selepas belajar, Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) pada 2003 dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.

Rafizi bekerja di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant.

Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia).

Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa).

Pada 2009 beliau bertukar kerja ke Pharmaniaga Berhad sebagai pengurus besar, sebelum menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)[4]

Politik sunting

Beliau bertanding untuk kawasan parlimen Pandan pada pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2013 dan menang dengan jumlah undi 48,183.[5]Selepas Tewas Pada Pemilihan PKR 2018 Dengan Bertanding Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR dengan Penyandang Ketika itu iaitu Dato' Seri Azmin Ali Dengan Mendapat undian 68,730 Berbanding Azmin Ali iaitu sebanyak 71,635.Selepas Dari Tewas Pemilihan Tersebut Beliau Mengumumkan Mahu "Bercuti" Daripada Politik.Pada Tahun 2022 Beliau Mengumumkan Mahu Kembali Politik Sekaligus Mengumumkan Mahu Bertanding Jawatan Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR sekali lagi pada Pemilihan PKR 2022 Dan Memenangi Jawatan Tersebut Dengan Undian Sebanyak 59,678 Berbanding Pencabarnya iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Sebanyak 43,010.

Debat Sinar : Rafizi vs Khairy 2012 sunting

Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin menerima jemputan berdebat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 22 Mei 2012. Mereka membicarakan tentang isu PTPTN, pendidikan percuma, IPTA dan kelangsungan IPTS dan beban hutang mahasiswa di Malaysia. Kira-kira 400 orang hadir mendengar perdebatan selama 1.30 jam itu. Moderator ialah Dr Maszlee Malik.[perlu rujukan]

Debat Model Ekonomi Baru : Rafizi vs Muhammed Syahir Sulaiman 2023 sunting

Isu dan kontroversi sunting

Pendedahan Isu NFC dan Saman daripada Shahrizat sunting

Pada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat Abdul Jalil.[6] Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memburukkan nama beliau. Jika gagal mempertahankan diri dan membuktikan kebenaran tuduhan beliau, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yakin Shahrizat tidak bersalah. [7][8]

Memenjarakan Rosmah dan Najib sunting

Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Najib dan Rosmah akan terus dipenjarakan.[9].

Keputusan pilihan raya sunting

Parliament Malaysia: P100 Pandan, Selangor[10][11][12][13]
Tahun Votes Pct Lawan Undi Peratus Buang undi Majoriti Keluar mengundi
2013 Rafizi Ramli (PKR) 48,183 66.73% Lim Chin Yee (MCA) 21,454 29.71% 73,225 26,729 87.32%
2022 Rafizi Ramli (PKR) 74,002 63.98% Muhammad Rafique Zubir Albakri (PAS) 25,706 22.23% 115,656 48,296 77.76%
Leong Kok Wee (MCA) 11,664 10.09%
Ong Tee Keat (WARISAN) 3,323 2.87%
Nadia Hanafiah (PEJUANG) 961 0.83%

Buku sunting

Reformasi 2.0 (harga RM 10.00) - [14]

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2022/05/rafizi-timbalan-presiden-pkr-baharu/#:~:text=PETALING%20JAYA%3A%20Rafizi%20Ramli%20memenangi,dalam%20pemilihan%20parti%20pada%202018.
  2. ^ Biodata-Rafizi Ramli
  3. ^ Interview with Rafizi Ramli, PKR Strategic Director: The debate of the year.
  4. ^ Rafizi Ramli lepas jawatan Ketua Eksekutif.
  5. ^ Selangorku.com
  6. ^ "Pendedahan Skandal NFC: Ada Unsur-unsur Penyelewengan Wang Rakyat", Rafiziramli.com, 8 November 2011.
  7. ^ Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta
  8. ^ "Shahrizat fail saman RM100j", Utusan Online. 2 Januari 2012.
  9. ^ Politik."Utusan Malaysia", Utusan Malaysia. 30 April 2013. Retrieved on 30 April 2013.
  10. ^ "P100: Pandan, Selangor". Utusan. Dicapai pada 19 October 2014. Independent and third party candidates are not included. Percentage figures are based on total turnout.
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  13. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  14. ^ Buku Reformasi 2.0

Pautan luar sunting