Pakatan Rakyat (Jawi: ڤاكتن رعية; bahasa Inggeris: People's Pact) merupakan satu perikatan parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat-Parti Tindakan Demokratik-Parti Islam Se-Malaysia (PKR-DAP-PAS)[1] yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia yang mula diumumkan pada 1 April 2008.[2] Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini, namun kemudiannya digantikan oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas beliau memenangi pilihan raya Permatang Pauh pada tahun 2008. Pakatan Rakyat menggantikan Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini.[3][4] Kewujudan pakatan ini dipertikaikan kerana DAP mengisytiharkan ia tidak lagi wujud pada 16 Jun 2015 kerana DAP tidak dapat bekerjasama dengan PAS. Namun, PAS pula menegaskan pakatan ini masih wujud tetapi hanya di antara PAS dan PKR. Pakatan ini dikatakan diganti dengan Pakatan Harapan.[5]

Pakatan Rakyat
Ketua UmumAnwar Ibrahim
Ketua PembangkangWan Azizah Wan Ismail
Ditubuhkan11 April 2008; 15 tahun yang lalu (2008-04-11)
Dibubarkan16 Julai 2015; 8 tahun yang lalu (2015-07-16) (Dalam pertikaian)
Didahului olehBarisan Alternatif (BA)
Digantikan olehPakatan Harapan (PH) and Gagasan Sejahtera (GS)
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
(PKR)
Kuala Lumpur
(DAP, PAS)
Kuching, Sarawak
(SNAP)
Keanggotaan (2014)
• 185,300 (PKR)
• 76,850 (DAP)
• 85,500 (PAS)
• 25,000 (SNAP) (20 April 2010 – 7 Mei 2011)
IdeologiIslam
Liberalisme sosial
Demokrasi sosial,
Negara kebajikan
Negara Berkebajikan
Dewan Negara Malaysia:
8 / 70
Dewan Rakyat Malaysia:
86 / 222
Dewan Undangan Negeri:
239 / 576
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Sejarah sunting

 
kerjasama antara parti PKR-PAS-DAP

Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya.[6]

Dalam pilihan raya umum 2008, gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP yang membentuk Barisan Rakyat[7] berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen Malaysia, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional (BN) sejak kemerdekaan negara itu. Momentum ini dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 apabila meningkatkan jumlah kerusi dari 82 ke 89 daripada 222 kerusi.

Pakatan membentuk Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan Selangor. Manakala di Kelantan, Pakatan mengekalkan Kerajaan Negeri.[8]

Proses membuat keputusan serta menetapkan dasar perikatan Pakatan Rakyat dikendalikan oleh satu Majlis Pimpinan dan Sekretariat Bersama. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ketua Umum dan Pengerusi Majlis Pimpinan.[6]

Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Pakatan Rakyat akan mewujudkan Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua ketiga-tiga parti, satu Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka Pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.[9]

Pada April 2010, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menyertai gabungan ini menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu yang diadakan pada 16 Mei 2010.[10] Namun ia hanya berkekalan selama setahun.[11]

Zaid telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai ideologi Pakatan Rakyat, menyatakan bahawa dalam kerajaan, ia akan memperkenalkan undang-undang anti-diskriminasi, menubuhkan jaring keselamatan sosial, mewujudkan dasar pendidikan baru yang bertujuan untuk menghasilkan graduan yang kompetitif, terutamanya di kalangan orang Melayu dan Bumiputra, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Pencetakan dan Penerbitan, meminda Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan untuk menghadkan kuasa kerajaan, dan pembaharuan institusi penguatkuasa undang-undang seperti mahkamah, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Zaid juga mengatakan bahawa undang-undang anti diskriminasi yang dicadangkan tidak akan memerlukan pemansuhan atau pindaan Perkara 153 Perlembagaan.[12] Zaid juga meminta Dato’ Nik Aziz untuk menjadi pengerusi Pakatan Rakyat dan bukannya Anwar Ibrahim (PKR) atau Hadi Awang (PAS). Pada November 2010, selepas cuti selama enam bulan dari PKR atas alasan yang tidak didedahkan, Zaid Ibrahim keluar dari PKR, menyebabkan Gabungan Rakyat kekal sebagai gabungan tidak rasmi.

Pada pilihan raya umum 2013 (Pilihan Raya Umum ke-13), Pakatan Rakyat yang masih tidak berdaftar memenangi majoriti popular di seluruh negara, tetapi disebabkan oleh banyak variasi dalam jumlah pemilih di kerusi parlimen yang berbeza, kalah kepada Barisan Nasional, yang memenangi 133 daripada 222 kerusi persekutuan dan 275 daripada 505 kerusi negeri.[13][14]

Pada 16 Jun 2015 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan kepada media mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata tindakan parti itu untuk mengenali realiti politik semasa. Beliau menambah terdapat keperluan untuk gabungan politik baru berdasarkan prinsip, dan bukannya kuasa.[15] Sebaliknya, PAS menegaskan gabungan itu masih hidup sehingga hari ini.

Dasar sunting

Dasar rangka kerja Pakatan Rakyat adalah:

  • Demokrasi telus dan tulen
  1. Negara berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang
  2. Pengasingan kuasa
  3. Sistem pilihan raya yang bebas, bersih dan adil
  • Memacu prestasi tinggi, mampan, dan ekonomi yang saksama
  1. Ekonomi berkemahiran tinggi
  2. Pengentalan dan pemberdayaan pengurusan ekonomi negeri
  3. Dasar afirmatif berdasarkan keperluan
  4. Buruh
  5. Rangkaian perlindungan sosial
  6. Perumahan
  7. Infrastruktur dan kemudahan awam
  8. Alam Sekitar
  • Keadilan sosial dan pembangunan manusia
  1. Perpaduan dan keadilan sosial
  2. Agama
  3. Pendidikan
  4. Wanita dan institusi keluarga
  5. Pemuda
  6. Keselamatan
  7. Kesihatan
  8. Budaya
  • Hubungan Persekutuan dan Dasar Luar Negara
  1. Sistem Persekutuan
  2. Sabah dan Sarawak
  3. Dasar luar

Pakatan Rakyat meneruskan dasar mereka menerusi pengenalan "Buku Jingga", juga dikenali sebagai Buku Jingga, yang menggariskan dasar bersama Pakatan.

Belanjawan alternatif sunting

Mengikut tahun (versi bahasa Melayu)

2012 · 2013 · 2014 · 2015

Mengikut tahun (versi bahasa Inggeris)

2012 · 2013 · 2014 · 2015

Isu-isu utama sunting

Ideologi sunting

Ketiga-tiga parti politik utama - PKR, PAS dan DAP - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mempunyai ideologi politik yang berbeza dengan DAP yang lebih ke arah sekularisme kepada PAS dengan konsep Negara Islam. PKR pula dilihat sebagai penghubung kepada kedua-dua parti PAS dan DAP.

Bagaimanapun, pemerhati berpendapat, berbeza dengan PAS dan DAP yang mempunyai ideologi yang jelas dan ahli parti yang memahami perjuangan parti masing-masing, PKR menghadapi masalah dalam menentukan ideologi teras. Ini berdasarkan kepada latar belakang pemimpin dan ahli PKR yang terdiri dari pelbagai pandangan politik daripada mereka yang berfahaman pro-pasaran bebas (kapitalisme) kepada golongan sosialis.

Contohnya, Agenda Ekonomi Malaysia yang mahu diperjuangkan oleh PKR nampak seperti menyokong perjanjian perdagangan bebas termasuk liberalisasi industri kewangan dan telekomunikasi negara. Tetapi di dalam PKR sendiri terdapat pemimpin dan ahli yang datang dari organisasi bukan kerajaan yang bersifat anti-kapitalis. Ahli Parlimen PKR seperti Charles Anthony Santiago (Klang dan bertanding atas tiket DAP) adalah aktivis kritikal terhadap globalisasi dan pasaran bebas sementara Dr Jeyakumar Devaraj adalah seorang sosialis dari Sungai Siput.[16]

Negara Islam sunting

Kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai negara Islam dalam media sama ada media arus perdana atau media alternatif lain menampakkan pandangan yang bercanggah. Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh misalnya amat menentang negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.[17] PAS pula tidak boleh berkompromi dalam hal negara Islam kerana pengikutnya mendakwa objektif untuk menegakkan negara Islam terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS. Satu komentar dalam laman web berkaitan dengan PAS Johor dilaporkan menulis amaran untuk membunuh Karpal.[18] Sebelum ini, Presiden PKR Wan Azizah berkata, untuk menubuhkan negara Islam dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah satu yang tidak praktikal[19].

Pendaftaran sunting

Tidak seperti Barisan Nasional yang telah didaftarkan sebagai sebuah parti dengan pelbagai parti komponen di dalamnya, Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan. Hal ini telah menjadi buah mulut di kalangan penyokong BN yang melabelkan Pakatan Rakyat sebagai "Pakatan Haram". Di antara cabaran utama mendaftarkan Pakatan Rakyat ialah menetapkan satu matlamat yang dapat dipersetujui oleh semua pihak. DAP tidak mahu dilihat Islamik, manakala PAS pula tidak mahu dilihat sebagai sekular. Maka gesaan untuk mendaftar Pakatan Rakyat telah diabaikan oleh pemimpin-pemimpin utama parti-parti tersebut. Di antara cabaran yang lain pula ialah untuk menentukan pembentukan jawatan kuasa Pakatan Rakyat. Kesemua parti tidak mahu dilihat berada pada kedudukan yang kurang dari lain. Hal ini akan memberikan persepsi yang tidak menyenangkan dikalangan penyokong parti-parti komponen. Sama ada Pakatan Rakyat akan terus menjadi pertubuhan tidak berdaftar terus menjadi tanda tanya.

Pakatan Rakyat telah mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2010 namun menghadapi halangan ROS yang mengkehendaki ia didaftar sebagai ‘Pakatan Rakyat Malaysia’.[20]

Senarai parti komponen sunting

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sunting

Parti Tindakan Demokratik (DAP) sunting

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sunting

Wakil rakyat sunting

Dewan Negara Malaysia sunting

Kelantan 1. Johari Mat (PAS) 2. Khairiah Mohamed (PAS)

Pulau Pinang 1. Ariffin Omar (DAP) 2. Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)

Selangor 1. Syed Husin Ali (PKR) 2. Chandra Mohan S. Thambirajah (DAP)

Dewan Rakyat Malaysia sunting

Kedah Darul Aman sunting

Kelantan Darul Niam sunting

Terengganu Darul Iman sunting

  • P035 – Kuala Nerus – Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS)
  • P036 – Kuala Terengganu – Raja Kamarul Bahrin Shah (PAS)
  • P037 – Marang – Abdul Hadi Awang (PAS)
  • P039 – Dungun – Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)

Pulau Pinang Pulau Mutiara sunting

Perak Darul Ridzuan sunting

  • P057 – Parit Buntar – Mujahid Yusof Rawa (PAS)
  • P059 – Bukit Gantang – Idris Ahmad (PAS)
  • P060 – Taiping – Nga Kor Ming (DAP)
  • P062 – Sungai Siput – Michael Jeyakumar Devaraj (PKR/PSM)
  • P064 – Ipoh Timur – Su Keong Siong (DAP)
  • P065 – Ipoh Barat – Kulasegaran Murugeson (DAP)
  • P066 – Batu Gajah – Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP)
  • P068 – Beruas – Ngeh Koo Ham (DAP)
  • P070 – Kampar – Ko Chung Sen (DAP)
  • P071 – Gopeng – Lee Boon Chye (PKR)
  • P074 – Lumut – Mohamad Imran Abd Hamid (PKR)

Pahang Darul Makmur sunting

  • P080 – Raub – Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP)
  • P082 – Indera Mahkota – Fauzi Abdul Rahman (PKR)
  • P083 – Kuantan – Fuziah Salleh (PKR)
  • P088 – Temerloh – Nasrudin Hassan (PAS)

Selangor Darul Ehsan sunting

  • P097 – Selayang – William Leong Jee Keen (PKR)
  • P098 – Gombak – Mohamed Azmin Ali (PKR)
  • P099 – Ampang – Zuraida Kamaruddin (PKR)
  • P100 – Pandan – Rafizi Ramli (PKR)
  • P101 – Hulu Langat – Che Rosli Che Mat (PAS)
  • P102 – Serdang – Ong Kian Ming (DAP)
  • P103 – Puchong – Gobind Singh Deo (DAP)
  • P104 – Kelana Jaya – Wong Chen (PKR)
  • P105 – Petaling Jaya Selatan – Hee Loy Sian (PKR)
  • P106 – Petaling Jaya Utara – Tony Pua Kiam Wee (DAP)
  • P107 – Subang – Sivarasa Rasiah (PKR)
  • P108 – Shah Alam – Khalid Samad (PAS)
  • P109 – Kapar – G. Manivannan Gowindasamy (PKR)
  • P110 – Klang – Charles Santiago (DAP)
  • P111 – Kota Raja – Siti Mariah Mahmud (PAS)
  • P112 – Kuala Langat – Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
  • P113 – Sepang – Mohamed Hanipa Maidin (PAS)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sunting

  • P114 – Kepong – Tan Seng Giaw (DAP)
  • P115 – Batu – Chua Tian Chang (PKR)
  • P116 – Wangsa Maju – Tan Kee Kwong (PKR)
  • P117 – Segambut – Lim Lip Eng (DAP)
  • P120 – Bukit Bintang – Fong Kui Lun (DAP)
  • P121 – Lembah Pantai – Nurul Izzah Anwar (PKR)
  • P122 – Seputeh – Teresa Kok Suh Sim (DAP)
  • P123 – Cheras – Tan Kok Wai (DAP)

Negeri Sembilan Darul Khusus sunting

  • P128 – Seremban – Loke Siew Fook (DAP)
  • P130 – Rasah – Teo Kok Seong (DAP)
  • P132 – Teluk Kemang – Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Melaka Bandaraya Bersejarah sunting

Johor Darul Takzim sunting

  • P145 – Bakri – Er Teck Hwa (DAP)
  • P150 – Batu Pahat – Mohd Idris Jusi (PKR)
  • P152 – Kluang – Liew Chin Tong (DAP)
  • P162 – Gelang Patah – Lim Kit Siang (DAP)
  • P163 – Kulai – Teo Nie Ching (DAP)

Sabah Di Bawah Bayu sunting

Sarawak Bumi Kenyalang sunting

  • P195 – Bandar Kuching – Chong Chieng Jen (DAP)
  • P196 – Stampin – Julian Tan Kok Ping (DAP)
  • P208 – Sarikei – Wong Ling Biu (DAP)
  • P211 – Lanang – Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
  • P212 – Sibu – Oscar Ling Chai Yew (DAP)
  • P219 – Miri – Michael Teo Yu Keng (PKR)

Ketua kerajaan negeri sunting

Pembubaran sunting

Pada 16 Jun 2015, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik, Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah dibubarkan atas tiada kerjasama antara satu parti (PAS) dengan satu parti komponen yang lain.

Keputusan pilihan raya umum sunting

Pemilihan Jumlah tempat duduk yang dimenangi Jumlah undi Bahagian undi Keputusan pilihan raya Pemimpin pilihan raya
2008
82 / 222
3,796,464 46.75% 82 kerusi; Pakatan pembangkang Wan Azizah Wan Ismail
Anwar Ibrahim (de facto)
2013
89 / 222
5,623,984 50.87% 7 kerusi; Pakatan pembangkang Anwar Ibrahim

Keputusan pilihan raya negeri sunting

Pilihan raya negeri Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri Perlis Dewan Undangan Negeri Kedah Dewan Undangan Negeri Kelantan Dewan Undangan Negeri Terengganu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Dewan Undangan Negeri Perak Dewan Undangan Negeri Pahang Dewan Undangan Negeri Selangor Dewan Undangan Negeri Sembilan Dewan Undangan Negeri Melaka Dewan Undangan Negeri Johor Dewan Undangan Negeri Sabah Dewan Undangan Negeri Sarawak Jumlah menang / Jumlah yang dipertandingkan
2008
1 / 15
21 / 36
39 / 45
8 / 32
29 / 40
31 / 59
4 / 42
36 / 56
15 / 36
5 / 28
6 / 56
1 / 60
196 / 510
2011
15 / 71
15 / 69
2013
2 / 15
15 / 36
33 / 45
15 / 32
30 / 40
28 / 59
12 / 42
44 / 56
14 / 36
7 / 28
18 / 56
11 / 60
229 / 511

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Lim Kit Siang. Pakatan Rakyat – logical next step of March 8 political tsunami. Dicapai 2 April 2008
  2. ^ Farouq Johari (18 June 2015). "Kisah 7 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan". Says.com. Dicapai pada 19 June 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Jack Wong (6 May 2011). "SNAP quits Pakatan". The Star. Dicapai pada 16 June 2015.
  4. ^ Peter Sibon (7 May 2011). "SNAP quits Pakatan". The Borneo Post. Dicapai pada 16 June 2015.
  5. ^ "Pakatan Rakyat no longer exists, says DAPs Lim Guan Eng". Astro Awani. 16 June 2015. Dicapai pada 16 June 2015.
  6. ^ a b PKR, DAP dan Pas mahu dikenali sebagai Pakatan Rakyat[pautan mati kekal] Berita Harian.
  7. ^ Usah tiru kaedah BN untuk bentuk Pakatan Rakyat, Maulana Purnama, 23 Apr 2008, Harakah Daily
  8. ^ "ROS: Pakatan can register as a single party". Malaysiakini. 8 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-23. Dicapai pada 8 October 2009.
  9. ^ "Pakatan Rakyat to register as a coalition". The Malaysian Insider. 9 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2009. Dicapai pada 9 October 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Christine Chan, Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat, 20 Apr 2010, Malaysiakini
  11. ^ "SNAP Finally Snaps Off from Pakatan". Malaysian Digest. 7 Mei 2011. Dicapai pada 18 April 2013.
  12. ^ Leslie Lau (10 August 2009). "Zaid outlines blueprint for Pakatan government". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2009. Dicapai pada 10 August 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "What's Malay for gerrymandering?". The Economist. 9 August 2014. Dicapai pada 14 October 2014.
  14. ^ "Home [PRU13]". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2013. Dicapai pada 6 May 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "Malaysia's opposition Pakatan Rakyat alliance ceases to exist: DAP". Channel News Asia. 16 June 2015. Dicapai pada 16 June 2015.
  16. ^ Is Pakatan Rakyat moving left, right or centre? Diarkibkan 2008-04-05 di Wayback Machine oleh Kevin Tan, The Edge Malaysia, 3 April 2008
  17. ^ DAP desak PAS gugur negara Islam, Malaysiakini, 22 April 2008
  18. ^ Karpal: I didn't insult Islam, Malaysiakini, 28 April 2008
  19. ^ Impractical to turn Malaysia into Islamic State, IANS, 25 April 2008
  20. ^ RoS prefers ‘Pakatan Rakyat Malaysia’, 20 Feb 2010, Malaysian Insider[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting