Gagasan Sejahtera
Gagasan Sejahtera (GAGASAN) (Jawi: ݢاݢسن سجهترا) merupakan sebuah gabungan parti-parti politik di Malaysia. Gabungan tersebut pada mulanya dikenali sebagai Blok Kuasa Ketiga pada 16 Mac 2016, terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)[1][2][3]. Pada 13 Ogos 2016, pakatan politik tersebut diumumkan secara rasminya dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.[4][5][6][7]. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) telah menghantar penyertaan pada 23 September 2016 dan diisytiharkan menyertai Gagasan pada 30 September 2017.[8][9][10]
Gagasan Sejahtera Harmonious Might GAGASAN ݢاݢسن سجهترا | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | GS |
Ditubuhkan | 16 Mac 2016 |
Disahkan | - |
Dibubarkan | Juny 2020 |
Didahului oleh | Pakatan Rakyat (PR) Angkatan Perpaduan Ummah (APU) |
Digantikan oleh | Perikatan Nasional (PN) Gerakan Tanah Air (GTA) |
Ibu pejabat | Pasir Puteh Kelantan |
Sayap belia | Pemuda Gagasan Sejahtera |
Keanggotaan |
|
Ideologi | Demokrasi Islam, Perpaduan Negara, Keadilan Sosial, Politik Matang & Sejahtera |
Kedudukan politik | Kanan tengah |
Warna | Hijau |
Slogan | Membina Malaysia Sejahtera" |
Dewan Negara: | 4 / 70 |
Dewan Rakyat: | 18 / 222 |
Dewan Undangan Negeri: | 91 / 576 |
Simbol pilihan raya | |
![]() | |
Laman sesawang | |
gagasansejahtera | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Pendekatan Sunting
Pendekatan yang diambil oleh Gagasan Sejahtera ialah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Pendakatan budaya politik ini menjadikan agenda perjuangan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok kepartian tertentu; menyokong kebaikan semua pihak secara matang, serta menolak keburukan mana-mana pihak juga secara matang; politik berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata; politik damai dan diplomasi yang mana pertentangan ideologi perjuangan tidak boleh membawa kepada pertentangan fizikal, pergaduhan dan seumpamanya; dan politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan.
Parti anggota dan rakan strategik Sunting
Gagasan Sejahtera dianggotai oleh parti-parti politik iaitu PAS, IKATAN[11] dan BERJASA; serta sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan antaranya 200 NGO di bawah Kongres Rakyat, dan individu perseorangan seperti mantan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim [12] dan menjadi satu gagasan baru kepada landskap politik negara yang menekankan budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya[13].
Bendera | Nama | Ideologi | Pemimpin | kerusi ditandingi | Keputusan 2018 | Kerusi semasa | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undian (%) | Kerusi | Komposisi | ||||||||
Parti anggota | ||||||||||
PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Islamisme | Abdul Hadi Awang | 155 | 16.642% | 18 / 222
|
18 / 18
| |||
IKATAN | Parti Ikatan Bangsa Malaysia | Demokrasi sosial | Abdul Kadir Sheikh Fadzir | 1 | 0.45% | 0 / 222
|
0 / 18
| |||
BERJASA | Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia | Demokrasi Islam | Zamani bin Ibrahim | 3 | 0.177% | 0 / 222
|
0 / 18
|
Pemuda Gagasan Sejahtera Sunting
Selepas setahun PAS dan IKATAN menjalinkan kerjasama politik dalam Gagasan Sejahtera, pada 18 November 2017 gabungan itu mengumumkan pergerakan sayap pemudanya yang dikenali sebagai Pemuda Gagasan Sejahtera [14] dan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Rujukan Sunting
- ^ http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysia-s-pas-ikatan/2608018.html
- ^ http://www.theborneopost.com/2016/03/17/pas-announces-pact-with-ikatan/
- ^ http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/16/pas-ikatan-seal-formal-third-force-pact/
- ^ Syed Jaymal Zahiid (13 Ogos 2016). "PAS and Ikatan To Form Gagasan Sejahtera". The Malay Mail.
- ^ Hafiz Marzukhi (13 Ogos 2016). "Kerjasama PAS-Ikatan: Blok ketiga diberi nama Gagasan Sejahtera". Astro Awani.
- ^ Shakira Buang (13 Ogos 2016). "Kerjasama PAS-IKATAN lahirkan Gagasan Sejahtera". Malaysiakini.
- ^ Shakira Buang (13 Ogos 2016). "PAS now part of 'Gagasan Sejahtera', to wait and see on Bersatu". Malaysiakini.
- ^ AIDCNEWS (23 September 2016). "BERJASA Sertai Gagasan Sejahtera Bersama PAS & Ikatan". Wordpress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-29.
- ^ NAZIRAH NASRUN (24 September 2016). "PRU14: Berjasa sertai Gagasan Sejahtera". Harakah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-29.
- ^ ISMA WEB (2 Oktober 2016). "Hanya Gagasan Sejahtera, parti lain belum: Takiyudin". themalaysianmirror.com.
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/352159
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada 2018-04-18.
- ^ https://berita.pas.org.my/gagasan-sejahtera-pengisytiharan-nama-pendekatan-dan-teras-perjuangan/
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/402474