Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Tan Sri Dato' Sri Haji Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir (lahir 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Baling, Kedah) merupakan seorang ahli politik dari Kulim, Kedah, Malaysia.[1] Beliau mantan Menteri Penerangan (2004 - 2006) dalam Jemaah Kabinet , Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang bertanding kawasan parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah sejak Pilihan raya 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan tidak bertanding pada 2008.

YBhg Tan Sri Dato' Sri Haji

Abdul Kadir Sheikh Fadzir

PSM; SJMK (Kel); SSAP (Phg); SPDK (Sbh); DGSM (Mel); DSDK, AMK (Kdh)
Presiden
Parti Ikatan Bangsa Malaysia
Memegang jawatan
2015
TimbalanDr. Samaruddin Md Rejab
Didahului olehPenyandang pertama
Setiausaha Parlimen
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
1982–1983
Didahului olehMuhyiddin Yassin
Digantikan olehZainal Abidin Osman
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kulim-Bandar Baharu
Dalam jawatan
1978–2008
Didahului olehAzhari Md Taib
Digantikan olehZulkifli Noordin
Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan
Dalam jawatan
7 Januari 1999 – 26 Mac 2004
Didahului olehSabbaruddin Chik
Digantikan olehLeo Michael Toyad
Butiran peribadi
Lahir (1939-06-04) 4 Jun 1939 (umur 84)
Parti politik GS-IKATAN (2012-)
BN-UMNO (-2012)
PasanganPuan Sri Soraya Mohd Noah
Anak-anakErman
Erwan
SaudaraAbdul Aziz Sheikh Fadzir (adik)
Haidar Ali Sheikh Fadzir (adik)
Musa Sheikh Fadzir (adik)

Pendidikan sunting

Bersekolah di Sekolah Melayu Tawar (1946-1949) ,Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim (1950-1957). Pada 1968 belajar di Lincoln's Inn, London jurusan undang-undang pada 1970.

Kerjaya sunting

Abdul Kadir menjadi guru di Sekolah Inggeris Serdang (1958), di Sekolah Kebangsaan Baling (1958-1960), kerani di Jabatan Kerja Raya, Alor Star ( 1960-1963).

Kemudian bekerja sebagai Pegawai Kerja Am di Kementerian Luar Negeri (1963-1964), Setiausaha Ketiga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Karachi, Pakistan (1964-1965), Setiausaha Ketiga di Kedutaan Besar Malaysia, Saigon, Vietnam (1966-1968) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Am (1971-1974)

Beliau menjadi peguam dalam firma Guaman "Hisham, Sobri dan Kadir" (1974-1982). Selepas menang pilihan raya 1978, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri (1982), Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999).


Keluarga sunting

Abdul Kadir mengahwini Suraya Mohd Noah dan pasangan tersebut mempunyai sepasang anak lelaki kembar; Erman Abdul Kadir dan Erwan Abdul Kadir.[2]

Keluarga beliau mendapat tempat dalam politik Kedah. Abdul Kadir sendiri pernah menjadi Menteri kabinet. Adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menjadi bekas ADUN Kuala Ketil dan kini Ahli Pahlimen Kulim-Bandar Baharu. Adiknya pemimpin Pemuda UMNO Malaysia.

Adiknya ,Datuk Haidar Ali Syed Fadzir menjadi Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan tetapi telah meninggal dunia akibat akibat jangkitan kuman pada hati dan paru-paru. Pejabat Haidar Ali terletak di di Lot 18 & 19, Jalan Memanda 5, Ampang Point , Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Datuk Musa Sheikh Fadzir menjadi ketua UMNO Bukit Mertajam dan dilantik menjadi Senator Dewan Negara.

Politik UMNO sunting

Abdul Kadir terlibat dalam UMNO sejak 1969 lagi. Beliau menjadi Presiden Kelab UMNO, United Kingdom (1969-1970), Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah (1970 - 1976), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai (1978), Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (1978), Ketua Pemuda UMNO Kedah (1978 - 1980), Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu (1984 - 1987).

Apabila UMNO diharamkan angkara UMNO 11, Abdul Kadir setia bersama Dr Mahathir Mohamad menubuhkan UMNO baru.Beliau menyertai Ahli UMNO Baru (1988) dan terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1988).

Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sesi 2000 - 2003.Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 beliau tidak terpilih dalam senarai 25 MKT yang menng.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sunting

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melantik beliau sebagai menteri penuh iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999-2004). Beliau juga menjadi Pengerusi, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (1999).

Menteri Penerangan sunting

Pada tahun 2004, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula melantik beliau sebagai Menteri Penerangan (2004) menggantikan Datuk Mohd Khalil Yaakob. Selepas beliau meletakan jawatan beliau daripada kabimet pada 2006, Datuk Zainuddin bin Maidin pula menjadi Menteri Penerangan.

Pada 12 November 2005, siaran 24 jam Kedah FM dilancarkan oleh Sultan Kedah.Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku menteri penerangan turut hadir.Malah Siaran 24 jam ini merupakan cetusan idea beliau.

Abdul Kadir menjadi 'pelakon tambahan' dalam drama Mahligai Gading.Turut berlakon ialah Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.[3]

Saluran Jia Yu dirasmikan oleh Abdul Kadir selaku Menteri Penerangan pada 17 November 2005. 70% kandungan diimport dari China dan Hong Kong dikawal oleh Cosmos Discovery.

Pada 1 April 2005, Radio 6 dijenamakan semula sebagai Minnal FM dan dirasmikan oleh Datuk Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Penerangan pada tahun 2006.[2]

Keluar dari UMNO sunting

Pada 19 Mac 2012, Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir telah membuat pengumuman untuk keluar parti dari parti UMNO yang dianggotainya lebih 56 tahun. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.[4]

Dalam perkembangan yang sama, PAS menyifatkan pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti UMNO sebagai tamparan hebat kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Kadir itu untuk menebus maruah negara yang digadai oleh BN. Mahfuz percaya tindakan Tan Sri Abdul Kadir merupakan satu tamparan kepada Najib yang baru-baru ini berkata rakyat jangan cuba menggadaikan masa depan negara untuk memberikan sokongan kepada pembangkang.

Mahfuz juga melakarkan ucapan tahniah kepada Kadir yang disifatkannya telah membuat keputusan yang tepat, Mahfuz juga berkata, tindakan kadir itu merupakan satu 'signal' kepada masyarakat untuk menolak Umno.

Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana tindakan berani dan ini satu keputusan demi untuk masa depan negara kita. Memang sesuai dengan apa yang pernah dikatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bahawa kekalahan Umno dalam pilihan raya akan datang baik untuk negara.

- Mahfuz Omar.[5]

Aktviti sosial sunting

Abdul Kadir seorang yang ramah, tahan uji dan aktif dalam persatuan. Antaranya beliau menjadi Setiausaha Agong Pertubuhan Setiakawan rakyat Afro-Asia (Malaysia), Pengerusi, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Cawangan Wilayah Persekutuan / Selangor dan Penaung, Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Kulim.

Dia menjadi pemimpin veteran UMNO yang membentuk Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.

Pilihan raya sunting

Abdul Kadir merupakan pemimpin berkaliber dan pemimpin pelapis sejak 1978 lagi. Dia menang di Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah dalam Pilihan raya 1978 lagi.Dalam pilihan raya 1999 menang dengan majoriti 8,067 undi.

Pilihan raya 2004 , Abdul Kadir mendapat 22,556 undi manakala Alwi Mohd Yusof (Keadilan) mendapat 14,558 undi.

Pada 2008, kawasan ini diwakili oleh adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Pengundi kawasan itu tidak menyokong adiknya tetapi memilih Zulkifli Nordin dari Parti Keadilan Rakyat. Peguam Zulkifli Nordin telah di pecat dari parti PKR dan menjadi calon Bebas.

Garis masa sebagai Ahli Parlimen sunting

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Pingat dan anugerah sunting

Atas jasanya,Abdul Kadir menerima pingat Ahli Mangku Negara (A.M.K.) (1992), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh Sultan Kedah (1986) yang membawa gelaran Dato.Pingat Gagah Darjah Kinabalu (P.G.D.K) dan Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah oleh Sultan Kedah.

Beliau turut dianugerahkan 'Tokoh Pelancongan Terbaik bagi tahun 2001' oleh Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) di Berlin.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Anak-Anak Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-17. Dicapai pada 2011-10-30.
  2. ^ a b "More time with family". The Star. 15 February 2006. Dicapai pada 22 May 2015.
  3. ^ KHADIJAH IBRAHIM (8 September 2004). "Mahligai Gading drama RTM pertama 1,000 episod". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-14. Dicapai pada 5 Februari 2017.
  4. ^ "HarakahDaily - Kadir pun keluar Umno, ahli biasa bila lagi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-23. Dicapai pada 2012-03-20.
  5. ^ "HarakahDaily - Kadir beri signal Umno perlu ditolak pada PRU-13". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-25. Dicapai pada 2012-03-20.