Daerah Baling

daerah di Kedah, Malaysia
(Dilencongkan dari Baling)

Baling (Jawi: باليڠ) ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, Kuala Muda di sebelah barat, Sik di utara, negeri Perak di sebelah tenggara dan negara Thailand di sebelah timur laut. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 1,530 kilometer persegi dan menjadi daerah yang kedua terbesar di Kedah selepas daerah Sik.

Daerah Baling
باليڠ
Lokasi Daerah Baling di Kedah
Lokasi Daerah Baling di Kedah
Daerah Baling is located in Bumi
Daerah Baling
Daerah Baling (Bumi)
Koordinat: 5°40′N 100°55′E / 5.667°N 100.917°E / 5.667; 100.917Koordinat: 5°40′N 100°55′E / 5.667°N 100.917°E / 5.667; 100.917
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatBaling
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Baling
Pentadbiran
 • Pegawai daerahMohd Shahadan Abdullah
Keluasan
 • Jumlah1,530 km2 (590 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah142,643
 • Kepadatan93/km2 (240/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
09xxx
Kod panggilan+6-044
Nombor plat kenderaanK

Sejarah sunting

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong yang telah dikepung oleh rakyat kerana tabiatnya yang gemar memakan darah manusia. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Nama Baling juga dikaitkan dengan orang Siam dan Burma yang berhijrah ke daerah ini kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka juga telah menjalankan aktiviti pertanian di kawasan ini. Namun pada suatu hari, kebun mereka telah diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka lalu kembali ke Gunung Balik. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".

Mukim sunting

 
Peta daerah Baling

Terdapat lapan mukim di daerah Baling iaitu:[3]

  1. Mukim Siong
  2. Mukim Bongor
  3. Mukim Baling
  4. Mukim Pulai
  5. Mukim Kupang
  6. Mukim Tawar
  7. Mukim Teloi Kanan
  8. Mukim Bakai

Pihak berkuasa tempatan sunting

Daerah Baling ditadbir oleh Majlis Daerah Baling yang berpusat di Bandar Baling.

Kawasan persekutuan dan negeri sunting

Daerah Baling dirangkumi satu kawasan persekutuan iaitu Baling dan tiga kawasan negeri iaitu Bayu, Kupang dan Kuala Ketil.

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Baling ialah seramai 142,643 orang dengan kepadatan penduduk 93 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Baling merupakan Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.[2]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[2]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 128,748
Cina 4,218
India 4,517
Lain-lain 2,265
Bukan warganegara - 2,895
Jumlah 142,643

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Baling. Terdapat sebanyak 78 buah sekolah di daerah ini, iaitu 44 buah sekolah kebangsaan (SK), 18 sekolah jenis kebangsaan (SJK), 12 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), dua buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sebuah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sebuah sekolah model khas.[4] Daerah Baling juga mempunyai 11 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan sunting

  1. ^ "JPS Kominiti Baling Profil" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2016-07-29.
  2. ^ a b c Malaysia, Department of Statistics. "Baling Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ "Profil Daerah" (PDF). Dicapai pada 23 Julai 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Sekolah di PPD Baling | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar sunting