Minnal FM
Minnal FM (Tamil: மின்னல் எப்.எம் ) (radio ini dikenali sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Tamil, Rangkaian Merah, Radio 6 dan Radio Malaysia Saluran 6) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio nasional Bahasa Tamil tertua di Malaysia untuk masyarakat India Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Moto utamanya adalah இளமை புதுமை இனிமை (Muda Baharu Kemanisan).
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Semenanjung Malaysia |
Slogan | இளமை புதுமை இனிமை (Muda Baharu Kemanisan) |
Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan. |
Tarikh siaran pertama | 24 Ogos 1934ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang | sebagai
Format | Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Tamil |
Pengenal terdahulu | Radio 6 (atau Radio Enam) |
Sekutu | Radio Klasik Nasional FM TraXX FM Ai FM |
Pemilik | |
Saluran kembar | Radio Klasik Nasional FM TraXX FM Ai FM |
Siaran web | https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/minnalfm |
Tapak web | minnalfm |
Minnal FM utamanya ialah di Tingkat 4, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk digital seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Radio 4.
Sejarah sunting
Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang) telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang. Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah ZHJ. Siaran ZHJ dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7:00 malam hingga 10:00 malam pada tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil. Pada hari yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British.
Apabila Jepun memasuki Malaya pada tahun 1941, Kelab C.R.C di Jalan Burma telah dijadikan stesyen radio sementara.
Bersama dengan tiga bahasa lain, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Pada mulanya siarannya disiarkan dari Singapura, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Penyiar terkenal En. Tanjai Thomas menyelia siaran Bahasa Tamil dari Kuala Lumpur.
Semasa pemerintahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945, siarannya dikenali sebagai JMPK. En.T.S. Shanmugam merupakan ketua siaran Bahasa Tamil. Bangunan Oriental di Jalan Montbatten (kini Jalan Tun Razak) merumahkan stesen penyiaran.
Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).
Pada tahun 1951 sebuah wad di Hospital Tang Ling bertukar menjadi sebuah studio rakaman. Rumah Persekutuan di Kuala Lumpur menjadi Rumah Radio rasmi pada tahun 1956. Apabila daurat diistyharkan semasa ancaman komunis di Tanah Melayu, sebuah rancangan istimewa dikenali sebagai Daurat disiarkan sepanjang siaran biasa. Rancangan dihadapan penonton diperkenalkan apabila Kalappadam memulakan siarannya. Format rancangan itu kini dikekalkan sehingga ke hari ini. Siaran Kalappadam pertama telah disiarkan dari Dewan Bandar Kuala Lumpur (kini Dewan Bandaraya).
Sebuah rancangan pentas istimewa mengingati Bapa Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah diadakan di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Berita disiarkan dari Singapura, manakala rancangan seperti berita tempatan, muzik klasik, main radio telah diterbitkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Pada 19 Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Cina (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:
- Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
- Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
- Rangkaian Hijau (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
- Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
Pada 6 September 1989, Rangkaian Merah yang dikenali sebagai Radio 6.
Pada 1 Julai 1997, Minnal FM rasmi menjadi gelombang FM sepenuhnya dan menjadi stesen radio pertama bersiaran 24 jam dalam Bahasa Tamil pada stesen itu menjadi semakin popular oleh pendengar-pendengar dan penaja-penajanya.
Pada 1 September 1998, Radio 6 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 6.
Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Saluran 6 yang dikenali sebagai Minnal FM.
Hari ini Minnal FM ialah sebuah stesen radio popular bersiaran 24 jam, hanya sahaja orang India Malaysia dan orang India di seluruh dunia.
Sejarah nama Minnal FM sunting
- ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (24 Ogos 1934-31 Mac 1946) (rasmi tanda panggil)
- Perkhidmatan Bahasa Tamil (1 April 1946-5 September 1989)
- Rangkaian Merah (1 April 1946-5 September 1989)
- Radio 6 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Saluran 6 (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Minnal FM (1 April 2005-kini)
Penyampai sunting
- Sathya
- Tresa
- Theyvekgan
- Suganya
- Kunasundary
- Prema
- Mogan
- Kishan Raj
- Ashwinniie
- Paruvin
Rancangan-utama sunting
Rancangan Harian sunting
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Kaalai Kathir | 06:00 - 10:00 |
Ullaasam Urchagam | 10:00 - 14:00 |
Ennangal Vannagal | 14:00 - 17:00 |
Aanantha Thenkatru | 17:00 - 20:00 |
Natchathira Megam | 20:00 - 00:00 |
Lagu kebangsaan sunting
Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Frekuensi sunting
Radio sunting
Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
92.3 MHz | Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
96.3 MHz | Shah Alam, Selangor | Gunung Ulu Kali |
96.7 MHz | Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang | Gunung Jerai |
107.9 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
98.9 MHz* | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
90.5 MHz | Seremban Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
103.3 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang |
Kuantan Pahang | Bukit Pelindung | |
101.1 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
87.9 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar |
106.7 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Telipot |
*Minnal FM 98.9MHz dari Gunung Kledang diganggu oleh 988 FM 98.8MHz dari Gunung Ulu Kali di Perak Selatan. Boleh dengar secara alternatif di 96.3MHz Gunung Ulu Kali atau 107.9MHz Bukit Larut.
Televisyen sunting
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 873 |
MYTV | 703 |
Rujukan sunting
- http://www.maraz.us/minnal/history.htm Diarkibkan 2006-12-14 di Wayback Machine