Bukit Besar, Kuala Terengganu

Bukit Besar merupakan sebuah mukim dan juga nama sebuah bukit yang terdapat di daerah Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bukit Besar terkenal kerana di sinilah terletaknya tulisan ikonik di Terengganu iaitu ‘Allah Peliharakanlah Terengganu.’ Bukit Besar merupakan satu destinasi untuk berekreasi dengan cara berjalan mendaki ke atas bukit ini yang dibuka pada orang ramai, untuk menikmati keindahan Terengganu dari puncaknya. Dari puncak Bukit Besar, pengunjung dapat melihat Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan Sungai Terengganu.[1]


RujukanSunting

Pautan luarSunting