Hari Malaysia

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Hari Malaysia
هاري مليسيا
Nama rasmiHari Malaysia
Juga dikenali sebagai
Malaysia
Diraikan oleh/di
Rakyat Malaysia
Jeniskebangsaan
KepentinganTanda simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia
Tarikh16 September 1963; 60 tahun yang lalu (1963-09-16)
Akta Malaysia 1963 (dokumen)
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6 Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,[2] namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

Dalam budaya masyhur sunting

Malaysia Selamanya adalah lagu yang dikarang oleh Bobby Gimby untuk meraikan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bobby Gimby menerima nama panggilan "The Pied Piper of Canada" selepas Perdana Menteri menamakan Gimby sebagai "Pied Piper dari Kanada". Lagu itu dirakamkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Ia adalah lagu rakyat dengan panjang 2 minit dinyanyikan oleh Choir of Marymount Vocational School (Singapura). Pada hari-hari sebelum penggabungan itu, ia telah diajar kepada kanak-anak sekolah sebelum penggabungan dan menjadi lambakan segera apabila disiarkan melalui gelombang udara di seluruh bahagian Malaysia.

Tuan Rumah sunting

2015 Sabah

2016 Sarawak

2017 Sarawak

2018 Sabah

2019 Sarawak

2020 Sarawak

2021 Sabah

2022 Melaka

2023 Sarawak

2024 Sabah

Lihat juga sunting

Rujukan sunting