Keretapi Sarong

acara bertemakan kebudayaan sempena Hari Malaysia

Keretapi Sarong ialah sebuah acara aksi rasa kilas tahunan yang dianjurkan seluruh Malaysia dengan mengenakan pakaian tradisional sarung sebagai bahan utama menaiki kereta api pada hari-hari tertentu bagi menyambut kepelbagaian dan keharmonian budaya di sana.[1] Ia mula dianjurkan pada 2012, dan terhenti selama tiga tahun sebelum dianjurkan semula dan menjadi semakin berkembang selepas peralihan penganjur utama acara bermula 2017.[2]

Keretapi Sarong
Sebahagian peserta Keretapi Sarong 2023
TempatStesen-stesen keretapi utama di Lembah Klang, Malaysia; dan negara-negara lain
Dianjurkan olehRandom Alphabet (2012-2016)
LOCCO (2017-kini)
Dianjurkan sempenaMeraikan kebudayaan dan kepelbagaian di Malaysia pada Hari Malaysia (sejak 2017)
KaedahMemakai kain tradisional Malaysia, sarung menaiki kereta api di tempat-tempat berkumpul tertentu

Sejarah

sunting

Keretapi Sarong mula diperkenalkan pada 2012 diilhamkan pelangsungan No-Pants Subway di Bandar Raya New York pada 2002 di mana orang ramai berkereta api tanpa berseluar selama sehari.[1][3][4] Ia dianjurkan oleh Random Alphabets, sebuah kumpulan seni gerila bukan untung .[1]

Pada 2013, Keretapi Sarong turut dianjurkan lanjut di bandar-bandar luar negara selain Malaysia termasuk London, Melbourne, Washington DC, Boston dan Philadelphia untuk perkhidmatan kereta api masing-masing.[3] Pada penganjuran 2014 pula, 12 buah bandar raya seluruh dunia telah terlibat dalam acara ini seperti Tokyo, Dublin, Amsterdam dan London.[1]

Selepas tiga tahun tidak dianjurkan, Keretapi Sarong memulakan semula penganjurannya bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta memartabatkan busana asli iaitu sarung pada 2017. Ia dianjurkan sempena Hari Malaysia oleh Local Companion (LOCCO), sebuah komuniti pertubuhan bukan kerajaan. Lima stesen telah dijadikan tempat berkumpul orang ramai yang ingin mengikuti acara iaitu Stesen LRT Subang, Puchong Prima, Gombak (laluan Kelana Jaya), Ampang (laluan Ampang) dan Bandar Utama[2] dan berkumpul beramai-ramai di MRT Muzium Negara.[5]

Penganjuran 2020-an

sunting

Keretapi Sarong tidak dianjurkan pada 2020 dan 2021 berikutan wabak COVID-19 pada tahun-tahun itu.[6] Ia dianjurkan semula pada 2022 dengan tema "Malaysia zaman retro", dengan kawasan Pavilion Kuala Lumpur sebagai tempat himpunan akhir didatangi kira-kira 5,000 orang hadirin.[7] Temasya ini juga menyaksikan peluasan penganjuran ke luar Lembah Klang, dengan penganjuran pertama kali di stesen Ipoh.[8]

Pada penganjuran 2023, penganjuran diadakan di beberapa buah bandar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru (di sepanjang Sungai Segget), Ipoh (Dataran KTM Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta penganjuran rasmi luar negara di bandar raya London, United Kingdom (Stesen Janakuasa Battersea) melalui jaringan London Underground. Peserta di Lembah Klang berkumpul di Putrajaya Sentral, KL Sentral, Stesen LRT Subang Jaya, Ampang dan Gombak; Stesen MRT Bandar Utama dan Kajang, dan berkumpul beramai-ramai di Dataran Merdeka.[9]

Maklum balas

sunting

Program ini turut mendapat sambutan daripada penyedia perkhidmatan kereta api di Malaysia, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) sejak awal penganjurannya.[3] Pada penganjuran 2017, ia turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai penganjur bersama.[5] Pada penganjuran 2023, lebih 20 kumpulan daripada pelbagai latar kehidupan turut bekerjasama dengan penganjur seperti Baba Nyonya Selangor, Pertubuhan Suara Hindu Bersatu Malaysia, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Anugerah Fesyen Kreatif Malaysia dan KL Sketch Nation.[10]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Roshinee Mookaiah; Tam Xueh Wei (2014-05-06). "Sarong party time". R.AGE (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 2023-09-20.
  2. ^ a b Asri, Suliati (2017-09-14). "Naik kereta api pakai sarung". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
  3. ^ a b c "Program 'Keretapi Sarong' Diadakan di Enam Bandar Raya Esok - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2013-02-22. Dicapai pada 2023-09-20.
  4. ^ CHRISTINA LOW. "Keretapi Sarong sees a successful ride". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
  5. ^ a b "KERETAPI SARONG KEMBALI DENGAN #SAYANGMALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE-54 - Tourism Malaysia Corporate Site". www.tourism.gov.my. Dicapai pada 2023-09-20.
  6. ^ "HARI MALAYSIA: KERETAPI SARONG 2023 UMUM LOKASI PERTEMUAN RAHSIA DI DATARAN MERDEKA". www.ruby.my. Dicapai pada 2023-09-20.
  7. ^ Afiq Ariffin (16 September 2022). "5,000 peserta meriahkan Keretapi Sarong 2022 di ibu negara". Astro Awani. Dicapai pada 2023-09-20.
  8. ^ "Program Keretapi Sarong simbolik perpaduan antara kaum". Harian Metro. 2022-09-16. Dicapai pada 2023-09-20.
  9. ^ SUMALI, NURUL IRDINA (2023-09-17). "Lebih 10,000 meriahkan Keretapi Sarong 2023 di Dataran Merdeka". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-20.
  10. ^ "Keretapi Sarong flash mob back to jazz up Malaysia Day celebrations". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.

Pautan luar

sunting