Stesen LRT Subang Alam

Sebuah stesen LRT Laluan Kelana Jaya yang terletak di Subang Alam, Shah Alam, Selangor.

Stesen LRT Subang Alam ialah stesen LRT di selatan Shah Alam, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena kawasan perumahan Subang Alam yang berhampiran di Shah Alam, Selangor. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Kelana Jaya daripada Stesen LRT Kelana Jaya ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]

Subang Alam Rapid KL
LokasiStesen Subang Alam, Persiaran Putra Perdana, 40400 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Koordinat3°00′35″N 101°34′20″E / 3.00972°N 101.57222°E / 3.00972; 101.57222Koordinat: 3°00′35″N 101°34′20″E / 3.00972°N 101.57222°E / 3.00972; 101.57222
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T758
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan115 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ36 
Sejarah
Dibuka30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
Stesen terakhir
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen

sunting

Lokasi

sunting

Stesen ini terletak di Alam Megah, Shah Alam, Selangor. Di sebelah barat stesen adalah SK Alam Megah 2 dan Taman Alam Megah dan di sebelah timur stesen adalah kawasan perumahan elit The Glades.

Susunan stesen

sunting
L2
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Alam Megah)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 115 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas

sunting

Bas RapidKL laluan T758 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.