Rapid Bus
Rapid Bus merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat 179 laluan bas penumpang yang dikendali Rapid Bus, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006. Bas-bas Rapid Bus terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2003 dan dialihkan operasinya ke Rapid KL tahun berikutnya.
Jenis/bentuk sah | Sendirian berhad |
---|---|
Industri | Pengendali bas awam |
Ditubuhkan | Januari 2006 |
Ibu pejabat | Lot 1499, Jalan KB 2/15, Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor. |
Kawasan perkhidmatan | Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuantan |
Tokoh penting | Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin (CEO) |
Perkhidmatan | Perkhidmatan bas |
Pemilik | Prasarana Malaysia |
Syarikat induk | Prasarana Malaysia |
Tapak web | www.myrapid.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Slogan | Menghubungkan Kita Semua |
---|---|
Syarikat induk | Prasarana Malaysia |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Laluan | 113 + 69 (bas ulang-alik MRT) + 8 (Nadi Putra) |
Laman Web | Rapid Bus |
Pembaharuan Perkhidmatan Bas
suntingPada Januari 2006, Rapid KL memulakan pembaharuan menyeluruh bagi laluan-laluan bas bekas Intrakota dan Cityliner yang diwarisi Rapid KL. Sewaktu Rapid KL mengambil alih pengendalian bas daripada kedua-dua syarikat tersebut pada Oktober 2003, terdapat 98 laluan stage bus dan 39 laluan feeder bus.
Pembaharuan tersebut melibatkan melakar semula kesemua laluannya dan mengaturkannya semula berdasarkan konsep "hub and spoke". Empat jenis perkhidmatan dihasilkan, iaitu laluan Ekspres, Bandar, Utama dan Tempatan.
Perkhidmatan laluan Ekspres beroperasi dari suatu tempat ke suatu tempat tanpa atau dengan sedikit hentian di tengah laluan. Perkhidmatan bandar beroperasi dalam pusat niaga Kuala Lumpur yang menghubungkan lima hab utama bandar. Bas laluan utama melalui perjalanan dari hab-hab ini ke hab-hab subbandar atau setempat di luar pusat bandaraya dan cuma berhenti di hentian bas tertentu di sepanjang perjalanan. Perkhidmatan tempatan pula beroperasi dari hab subbandar/setempat ke kawasan perumahan.
Bas tempatan mengambil penumpang dari pelbagai kawasan perumahan dan membawa mereka ke hab subbandar/setempat. Perkhidmatan utama seterusnya membawa mereka ke hab bandar di mana perkhidmatan bandar akan menamatkan perjalanan mereka di destinasi mereka. Ini akan diulang dalam perjalanan balik ke arah yang lain.
Menurut RapidKL, terdapat 3 laluan ekspres, 15 laluan pengantara bandar, 19 laluan utama dan 140 laluan tempatan secara keseluruhannya. Pada September 2006, Rapid KL mengendali 849 buah bas yang berkhidmat di laluan-laluan tersebut.
RapidKL juga membahagikan Lembah Kelang kepada enam kawasan dan sistem penomboran bas banyak menuruti nombor zon masing-masing.
Pembaharuan ini menerima reaksi bercampur-campur dari para pengguna.
Menggunakan Bas RapidKL
suntingTerdapat empat jenis perkhidmatan bas yang disediakan (diikuti istilah bahasa Inggeris dan tanda warnanya), iaitu:
- Perkhidmatan bandar (City Shuttle, merah)
- Perkhidmatan utama (Trunk Routes, biru)
- Perkhidmatan tempatan (Local Shuttle, hijau)
- Perkhidmatan ekspres (Express Route, jingga)
Rangkaian bas dibahagi kepada enam kawasan (diikuti dengan tarikh pelancaran):
- Kawasan 1: Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (16 Januari)
- Kawasan 2: Utara dan Barat Laut - Kepong, Selayang, Gombak, Batu Caves, Segambut dan Bandar Manjalara (Mac)
- Kawasan 3: Timur dan Timur Laut - Setapak, Ulu Klang, Wangsa Maju, Keramat, Ampang dan Pandan (30 April)
- Kawasan 4: Selatan dan Tenggara - Cheras, Serdang, Kajang, Balakong, Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi (1 Julai)
- Kawasan 5: Barat Daya - Subang Jaya, Puchong, dan bahagian Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang di selatan Lebuhraya Persekutuan (23 September)
- Kawasan 6: Barat - Damansara, Bandar Utama, Kota Damansara dan bahagian Petaling Jaya, Shah Alam di utara Lebuhraya Persekutuan (23 September)
Mulai 21 April 2007, seiring dengan satu langkah peningkatan mutu perkhidmatan bas, kini nombor-nombor laluan disertakan satu huruf antara berikut yang menandakan jenis laluan:
- B:Bandar (cth: B103)
- U:Utama (cth: U209)
- T:Tempatan (disusuli angka kawasan, cth: T301 berkhidmat di Kawasan Tiga)
- E:Ekspres (cth: E1)
Sesetengah penumpang RapidKL perlu menaiki lebih daripada satu bas untuk melengkapkan perjalanan. Beberapa perhentian bas disediakan berdekatan dengan stesen LRT sebagai ciri-ciri utama kemudahan integrasi RapidKL.
Tambang
suntingMulai 1 September 2009, pas harian yang digunakan sejak Janurai 2006 dimansuhkan, oleh itu hanya tiket sehala akan dijual di semua bas. Tambang konsesi dikenakan kepada pelajar sekolah kerajaan yang berpakaian seragam, golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan warga emas yang memiliki Kad Warga Emas RapidKL.
Isteri/suami dan sejumlah empat orang anak bawah umur 15 tahun boleh mengiringi pemegang pas secara percuma pada hujung minggu dan cuti umum.
Penjadualan
suntingMeskipun tiada jadual kehadiran bas yang tetap, namun terdapat maklumat kekerapan (headway) dan waktu operasi. Kekerapan bas adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan bandar: 10–20 minit
- Perkhidmatan utama: 15–30 minit
- Perkhidmatan tempatan: 15–30 minit
- Perkhidmatan ekspres: 30–60 minit
Terdapat perjalanan berjadual yang tidak tertakluk kepada kekerapan tersebut. Maklumat lanjut mengenai kekerapan bas boleh diperoleh di laman web RapidKL.
RapidBET
suntingBET ialah sistem yang mana bas menggunakan lebuh raya yang kurang sesak untuk menghubungkan pusat bandaraya dengan kawasan jauh yang sangat ramai penduduk. Perkhidmatan ini hanya berhenti di hentian-hentian yang tertentu dan bergantung pada bas penyuap dan kemudahan park-n-ride demi penumpang yang mencukupi. Perkhidmatan RapidBET hanya disediakan pada waktu kemuncak pagi dan petang hari bekerja sahaja.
Laluan-laluannya adalah seperti berikut:
- RapidBET1: Kota Damansara, PJ — Pasar Seni melalui Penchala Link
- RapidBET2: Bandar Sungai Long — Pasar Seni melalui Lebuhraya Grand Saga
- RapidBET3: Subang Mewah — Pasar Seni melalui Lebuhraya Baru Pantai
- RapidBET4: Taman Sri Muda — Pasar Seni melalui Lebuhraya Baru Pantai
- RapidBET7: Sri Nilam — Lebuh Ampang melalui Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
- RapidBET8: Semenyih Sentral — Pasar Seni
Armada
suntingSehingga Januari 2014 armada terdiri daripada 500+ kenderaan.