Subang Jaya

Bandar di Selangor, Malaysia

Subang Jaya ialah sebuah bandar raya dan juga bandar ketiga terbesar yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Kelang selepas Petaling Jaya dan Shah Alam (ibu negeri Selangor). Subang Jaya terdiri daripada kawasan yang merangkumi SS12 hingga SS19, PJS7 / PJS9 / PJS11 dari Bandar Sunway (yang juga sebahagian bidang kuasa dalam Petaling Jaya di bawah MBPJ seperti PJS8 dan PJS10), UEP Subang Jaya (USJ), Putra Heights dan Batu Tiga. Pada tahun 2010, Subang Jaya adalah bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di Malaysia dengan populasi 1,553,589 penduduk mengatasi Kuala Lumpur (1,475,337 penduduk) kerana berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang, Skypark Subang.

Subang Jaya
سوبڠ جاي
Pusat bandar Subang Jaya di SS16
Pusat bandar Subang Jaya di SS16
Mohor rasmi Subang Jaya سوبڠ جاي
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
Penubuhan1974
Taraf Perbandaran1997
Taraf Bandaraya20 Oktober 2020
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Bandaraya Subang Jaya
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman sesawanghttp://www.mpsj.gov.my/

Pembangunan bandar Subang Jaya bermula sekitar tahun 1974. Terdahulu, ia adalah merupakan kawasan ladang kelapa sawit, ladang getah, tanah bekas lombong bijih timah dan sebahagian hutan simpan yang telah dibangunkan untuk hartanah perindustrian, perniagaan. perumahan. kemudahan-kemudahan awam. infrastruktur dan utiliti.

Rentetan sejarah pembentukan bermula apabila Pihak Berkuasa Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengambil langkah untuk menyusun semula sempadan dan pentadbiran beberapa PBT iaitu Lembaga Bandaran Petaling, Lembaga Bandaran Serdang dan Lembaga Bandaran Subang dengan menubuhkan Majlis Daerah Petaling (MDP) pada 1 Januari 1977 sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada tarikh 2 Januari 1997, MDP dengan rasminya telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengikut Akta Kerajaan Tempatan1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26.

DYMM Sultan Selangor telah memberi perkenan mengisytiharkan naik taraf MPSJ sebagai bandar raya pada tarikh keramat 20 Oktober 2020. Naik taraf Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan pewartaan di bawah Seksyen 4 Warta Kerajaan Negeri Selangor.

Kawasan pentadbiran MBSJ seluas 161.8 km2 merangkumi Subang Jaya, Batu 3, Putra Height, Puchong, Kinrara. Serdang dan Seri Kembangan. Terdiri daripada enam (6) kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN), dua (2) kawasan Parlimen iaitu Subang dan Puchong serta dibahagikan kepada tujuh (7) Blok Pembangunan.

Sehingga tahun 2020, guna tanah sedia ada kawasan MBSJ adalah seluas 13,894.66 hektar, pembangunan komited seluas 1,799.06 hektar serta cadangan pembangunan seluas 486.28 hektar. Guna tanah MBSJ secara keseluruhannya adalah diperuntukkan bagi kawasan perumahan. perniagaan (termasuk tadika swasta), perindustrian pembangunanbercampur,institusi dan kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti, tanah lapang, hutan, badan air serta pengangkutan..

Sejarah

sunting

Subang Jaya dibangunkan oleh Sime UEP Berhad, bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad yang diketuai oleh Dato' Syed Abdul Bari Shahabudin. Dahulunya, tanah ini merupakan ladang kelapa sawit bernama Seafield Estate. Pihak berkuasa tempatan pada masa itu ialah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ). Kerja pembangunan Subang Jaya (terdiri daripada SS 12 - SS 19) bermula pada 21 Februari 1976 dan disiapkan pada tahun 1988. Selepas selesai, Sime UEP mula membersihkan tanah untuk pembangunan USJ. Pada tahun 1999, Sime UEP memulakan pembangunan Putra Heights.

Pada 2 Januari 1997, Subang Jaya dianugerahkan status perbandarannya sendiri (municipality), yang mana Subang Jaya telah dipindahkan daripada pihak berkuasa tempatan sebelumnya iaitu MPPJ ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MPSJ yang baru ditubuhkan, bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, iaitu USJ, Sungei Way-Subang(SS), Bandar Sunway tetapi juga mentadbir beberapa kawasan lain yang sebelumnya di bawah pentadbiran Majlis Daerah Petaling seperti sebahagian besar Puchong, sebahagian besar Serdang, Seri Kembangan dan tempat-tempat lain dalam daerah Petaling.

Prasarana

sunting

Setelah sekian lama, Subang Jaya berjaya dibangunkan sebagai satu komuniti yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang baik. Dalam perbandaran ini terdapat banyak sekolah, kolej, hospital Pusat Perubatan Subang Jaya, tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks membeli-belah seperti Subang Parade dan ÆON BiG menjadi tumpuan utama pembeli tempatan. Di USJ pula, The Summit, Mydin dan Giant turut disediakan pusat membeli-belah alternatif kepada penduduk UEP Subang Jaya.

Subang Jaya dihubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta Bandar Sunway dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Subang Jaya juga dihubungkan oleh KTM Komuter. Oleh sebab pencapaian yang tinggi, kemudahan yang terbanyak dan lokasi yang strategik, permintaan untuk hartanah di Subang Jaya meningkat, mengakibatkan kenaikan harga.

Subang Jaya juga dikenali sebagai kawasan institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Tayor's, Kolej Inti, Kolej Metropolitan, Universiti Monash, Kolej Segi serta Kolej Universiti Sunway. Ini merupakan punca utama perumahan di kawasan itu, terutamanya di SS15, dijadikan penginapan bagi para penuntut. Pejabat-pejabat yang menawarkan perkhidmatan penuntut juga didirikan di situ.

Pada Mei 2007, terdapat satu cadangan untuk meluaskan liputan landasan LRT ke kawasan Subang Jaya dengan menyambungkan Aliran Kelana Jaya ke kawasan-kawasan stesen KTM Komuter Subang Jaya, SS14, SS15, SS16, Bandar Sunway, USJ 1 dan USJ 8 sebagai peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.[1]

Rekreasi

sunting

Kompleks Majlis Perbandaran Subang Jaya (Stadium MPSJ) adalah ibu pejabat pejabat perbandaran yang terletak di USJ 5. Ia terdiri daripada padang bola sepak besar dan padang larian yang berolahraga. Manakala, perpustakaan hipermedia, zoo peliharaan dan galeri seni boleh didapati di Kompleks 3C MPSJ di SS13.

Selain itu, terdapat banyak pusat bola sepak dalaman, skuasy, tenis dan gelanggang badminton di bandar. Kelab-kelab golf termasuk Subang Racquet dan Kelab Golf, Kelab Golf Subang National Golf & Country Club Glenmarie dan Kelab Golf dan Desa Saujana. Terdapat banyak pusat kecergasan di USJ dan Subang Jaya.

MinNature adalah salah satu tempat rekreasi terkini yang akan ditubuhkan di Subang Jaya. Terletak di Aras 4, Summit USJ, MinNature didakwa sebagai dunia ajaib bercetak 3D terbesar di dunia.

Ekonomi

sunting

Subang Jaya terkenal sebagai hab industri ringan di Lembah Klang. Kawasan perindustrian utama di Subang Jaya ialah Subang Jaya Industrial Estate di SS13, Taman Perindustrian Sime UEP, Taman Perindustrian Subang Hi-Tech dan USJ 1 melalui USJ 8, yang melibatkan industri ringan dan berat.

Ibu pejabat di seluruh dunia, PROTON Holdings, Pusat Kecemerlangan; Lotus Cars, Faber-Castell dan banyak syarikat antarabangsa utama yang lain terletak di Sime UEP Industrial Park. [4]

Pendidikan

sunting

Subang Jaya adalah hab pendidikan tinggi, yang terdiri daripada banyak kolej dan universiti swasta antarabangsa yang besar. Khususnya di daerah komersial SS15, terdapat Kolej Universiti Taylor, Kolej Inti, Kolej Metropolitan, Kolej Antarabangsa ALFA dan Kolej Taylor.

Perindustrian

sunting
  • Taman Industri PJS 11
  • Taman Subang Industri SS13
  • Taman Industri Sime UEP
  • Taman Industri Subang (USJ 1)
  • Taman Industri Sungai Penaga (USJ 1)
  • Taman Industri Ultramine (USJ 1)
  • Taman Industri Subang Mewah (USJ 1)
  • Taman Industri USJ 7
  • Taman Industri USJ 19
  • Taman Industri Subang Hi-Tech
  • Taman Industri USJ 20

Ribut 2006

sunting

Pada 10 Mac 2006 satu ribut hujan batu seakan-akan taufan melanda di Subang Jaya. Ini merupakan bencana ribut terburuk pernah dialami oleh penduduk kawasan tersebut, terutamanya SS13, SS14, SS15 dan SS17 yang teruk terjejas.

Nota dan rujukan

sunting

Pautan luar

sunting