Taufan adalah suatu siklon tropika matang yang berkembang di antara 180° dan 100°T di Hemisfera Utara. Rantau ini dirujuk sebagai Lembangan Barat Laut Pasifik[1] dan ia merupakan lembagan siklon tropika teraktif di Bumi, dengan hampir satu pertiga siklon tropika tahunan dunia terletak di situ. Bagi tujuan organisasi, utara Lautan Pasifik dibahagikan kepada tiga rantau iaitu timur (Amerika Utara hingga 140°B, tengah (140°B hingga 180°) dan barat (180° hingga 100°T). Pusat Meteorologi Khusus Serantau (PMKS) untuk ramalan-ramalan siklon tropika terletak di Jepun dengan pusat-pusat amaran siklon tropika lain untuk barat laut Pasifik di Hawaii, Amerika Syarikat (Pusat Amaran Taufan Bersama), Filipina dan Hong Kong. Walaunpun, PMKS menamakan setiap sistem, senarai nama utamanya sendiri diselaraskan dalam kalangan 18 buah negara di mana wilayah-wilayah mereka diancam oleh taufan pada setiap tahun.

Tiga siklon tropika aktif berbeza di barat Lautan Pasifik pada 7 Ogos 2006. Siklon-siklon di bahagian bawah dan kanan atas merupakan taufan.

Asal istilah taufan sunting

Terdapat dua kemungkinan mengenai asal-usul istilah "taufan" dalam Bahasa Melayu serta istilah "typhoon" dalam Bahasa Inggeris. Pendapat pertama mengatakan istilah tersebut diambil daripada istilah Cina iaitu 大風 (Bahasa Kantonis: daaih fūng; Bahasa Mandarin: dà fēng) yang bermaksud "angin kencang". Satu lagi pendapat mengatakan istilah tersebut diambil daripada perkataan Urdu, Parsi dan Arab ţūfān (طوفان) "banjir besar"[2] sama ada diterbitkan daripada kata kerja Arab: طاَفَ, rumi: ṭāfa "mengelilingi" (seakar "tawaf")[2] atau diserap daripada tuphōn (Τυφών), raksasa dipercayai dalam mitos Yunani Purba yang bertanggungjawab membawa angin panas. Para penduduk kepulauan Filipina yang sering mengalami fenomena ini mengungkapkan dalam pelbagai bahasa serumpun turunan kata akar Proto-Austronesia *baRiuS termasuk:[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Chris Landsea (1 Jun 2010). "Subject: F1) What regions around the globe have tropical cyclones and who is responsible for forecasting there?". Journal of Geophysical Research: Atmospheres (dalam bahasa Inggeris): D06108. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2012. Dicapai pada 30 Mac 2011.
  2. ^ a b Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 234–235. ISBN 967-65-7321-3.
  3. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*baRius: typhoon". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 17 November 2022.