Kuala Lumpur Sentral

Kuala Lumpur Sentral (Jawi: كوالا لومڤور سينترال), juga dikenali sebagai KL Sentral ialah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja.[1] KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.

KL Sentral
کوالا لومڤور سينترل

Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter Rapid KL KLIA Ekspres
Dataran Stesen Sentral.
LokasiJalan Stesen Sentral, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°08′02″N 101°41′10″E / 3.134°N 101.686°E / 3.134; 101.686
Dimiliki olehMRCB
Laluan1 Laluan Seremban
2 Laluan Pelabuhan Klang
5 Laluan Kelana Jaya
6 KLIA Ekspres
7 KLIA Transit
8 KL Monorail
10 Laluan Skypark
 ETS  Laluan ETS
Platform8: 4 Platform tengah, 4 Platform sisi
Trek17
Pengendali kereta api1 2 10  ETS  Keretapi Tanah Melayu
5 8 Prasarana Malaysia
6 7 Express Rail Link
Sambungan KG15  Muzium Negara
 MR1  KL Sentral
Pembinaan
Templat letak kenderaanAda dan berbayar. 1257 tempat letak kenderaan disediakan oleh Semasa Parking.[Label 1]
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ15   MR1 
Sejarah
Dibuka1 2 5 2001[1]
6 14 April 2002[2]
7 24 Jun 2002[2]
8 2003[3]
 ETS  12 Ogos 2010[4]
10 1 Mei 2018[5]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Kuala Lumpur
menghala ke Batu Caves
Laluan Seremban Mid Valley
Kuala Lumpur
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang Abdullah Hukum
menghala ke Pelabuhan Klang
Terminal Laluan Skypark Subang Jaya
menghala ke Terminal Skypark
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Kuala Lumpur
menghala ke Ipoh
KL Sentral–Ipoh (Gold) Terminal
KL Sentral–Ipoh (Silver)
Kuala Lumpur
menghala ke Padang Besar
KL Sentral–Padang Besar (Platinum)
Kuala Lumpur
menghala ke Butterworth
KL Sentral–Butterworth (Platinum)
Butterworth–Gemas (Gold) Bandar Tasik Selatan
menghala ke Gemas
Kuala Lumpur
menghala ke Padang Besar
Padang Besar–Gemas (Gold)
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Pasar Seni
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya Bangsar
menghala ke Putra Heights
Stesen sebelumnya Express Rail Link Stesen seterusnya
Terminal KLIA Transit Bandar Tasik Selatan
menghala ke klia2
KLIA Ekspres KLIA
menghala ke klia2
Lokasi
Map

KL Sentral direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan). Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenuhnya, biar pun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap menjelang tahun 2015.[6]

 
Dekorasi atap kerawang di lobi utama KL Sentral

KL Sentral meliputi seluruh kawasan pembangunan berkeluasan 290,000 meter persegi yang dibina atas bekas tempat melangsir Keretapi Tanah Melayu di Brickfields. Pembangunan KL Sentral merangkumi hab pengangkutan, hotel, bangunan pejabat, pangsapuri dan pusat beli-belah yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015.[6]

KL Sentral terbahagi kepada 14 bidang tanah, setiap satunya diberi fungsi yang berbeza. Ada yang sudah pun siap dibina dan sedia digunakan, sementara yang lain pula masih dalam pembinaan, atau masih menunggu pembangunan mengikut fasa yang ditetapkan.

KL Sentral dimajukan oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Pembinaan Redzai Sdn Bhd.

Sejarah

sunting

Pada tahun 1994, Kerajaan Malaysia dengan tujuan mempertingkatkan mutu pengangkutan awam bandar raya Kuala Lumpur, menyerahkan kontrak kepada sebuah konsortium untuk mengubah bekas tempat melangsir gerabak kereta api lama seluas 72 ekar (290,000 m2) menjadi sebuah pusat transit moden berlandaskan pembangunan bandar yang terkawal.

Konsortium pimpinan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) melantik firma jurubina tersohor Kisho Kurokawa and Associates, yang juga pernah mereka bentuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan banyak lagi bangunan tersergam di seluruh dunia, untuk melakar rancangan induk untuk seluruh projek. Untuk memastikan komponen-komponen yang dirancang mengikut kemahuan pasaran, Jones Lang Wootton dilantik pada tahun 1995 untuk mengusahakan rancangan induk bagi seluruh projek, di samping juga mampu memberi nasihat mengenai komponen-komponen pacuan pasaran serta memastikan setiap komponen tersebut saling melengkapi dan berfungsi bersama.

Pencapaian KL Sentral selaku pusat siber terulung Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia menaikkan tarafnya, sekaligus membolehkannya memperluaskan prasarana teknologi fizikal dan maklumat bertaraf dunia sambil melengkapi bandar Cyberjaya, dengan memberikan pilihan kepada syarikat yang hendak mencungkil kelebihan status MSC serta mendekati para pelanggannya.

Kawasan pembangunan

sunting

KL Sentral ialah sebuah projek besar yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis pembangunan. Kawasan tersebut dibahagi kepada beberapa plot tanah, setiap satunya diberi fungsi tertentu. Segala pembangunan dijangka siap menjelang tahun 2015.[6]

Lot Jenis pembangunan Nama Catatan
A Pejabat Ibu Pejabat CIMB Dalam pembinaan, dijangka siap tahun 2011. Keluasan lantai kasar : 839,319 kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM404 juta [7]
B Pejabat Belum dimaklumkan Bakal dimajukan oleh MRCB, Kuwait Finance House dan Quill Group. Keluasan lantai kasar : 1.5 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1.0 billion.[7]
C Hotel St. Regis Hotel and Residences Hotel 6 bintang dengan 200 bilik dibangunkan oleh One IFC Sdn Bhd, syarikat kerjasama diantara CMY Capital Sdn Bhd (60%), MRCB(30%) dan Jitra Perkasa Sdn Bhd (10%). Pembinaan dijangka bermula pada suku pertama 2011 dan dijangka siap tahun 2015. Keluasan lantai kasar : 1.4 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1.5 billion.[7]
D Apartmen berservis Belum dimaklumkan 722 unit apartmen berservis mewah setinggi 50 tingkat. Keluasan lantai kasar : 1.4 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1 billion. Pembinaan dijangka pada penghujung 2010.[7] Menunggu kelulusan DBKL. Dimajukan oleh MRCB bersama Capitaland dan Quill Group of Companies.
E Hotel/ Kompleks beli-belah/ Pejabat/ Kondominium KL Sentral Park Keluasan lantai kasar : 982,658 kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM602 juta. Pembinaan dijangka siap pada 2011[7]
F Pejabat Belum dimaklumkan Tapaknya digunakan sebagai kedai pameran perabot dan medan selera
G Hotel/Perdagangan/Pejabat Nu Sentral Syarikat usahasama antara Aseana Investment (Ireka) Limited dan MRCB didirikan untuk memajukan bangunan hotel dan pejabat. MRCB dan anak syarikat Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd membentuk usahasama untuk memajukan bangunan beli-belah dan pejabat. Pembinaan bermula pada seapruh akhir tahun 2008 dan dijangka siap menjelang tahun 2012. Bakal menempatkan Aliran Kota Damansara-Cheras dan dihubungkan dengan Stesen Sentral agar bersepadu dengan KL Monorel.
H Pengangkutan Stesen Sentral Siap pada tahun 2000, menempatkan khidmat KTM Komuter, KTM Intercity, KLIA Transit, KLIA Ekspres dan Aliran Kelana Jaya. Juga dijadikan hab perkhidmatan bas RapidKL. KL Monorel terletak berhampiran.
I Hotel Hotel Hilton KL & Le Méridien Siap pada tahun 2004
J Perdagangan/Pejabat Sooka Sentral, Ibu Pejabat UEM, Pejabat MIDA, Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Quill 7 Sooka Sentral dibuka pada tahun 2008. Bangunan pejabat masih dalam pembinaan, dijangka siap tahun 2009
K Perumahan Suasana Sentral Siap pada tahun 2002
L Perumahan Suasana Sentral Loft Siap pada tahun 2008
M Pejabat Plaza Sentral Fasa 1 Siap pada tahun 2001. Fasa 2 Siap pada tahun 2007.
N Pejabat 1 Sentral Tower Siap pada tahun 2007. Dijual kepada Tabung Haji

Kawasan pejabat

sunting
 
Bahagian selatan Kuala Lumpur Sentral telah menyaksikan penambahan mendadak bangunan komersil dan awam sejak tahun 2001.
 
Plaza Sentral dan kawasan sekitarnya terletak KL Sentral pada awal tahun 2013.

Kawasan pejabat di KL Sentral meliputi lebih 50% tanah pembangunan. Diharapkan bahawa KL Sentral bakal menjadi hab perniagaan dan kewangan Kuala Lumpur.

Lot A: Ibu Pejabat CIMB

sunting

Lot A bakal dijadikan ibu pejabat baru Kumpulan CIMB. Syarikat tersebut telah membeli tanahnya pada bulan Julai 2008, dan pembinaan dijangka siap menjelang tahun 2011 dengan ruang pejabat seluas 600,000 ka2 (56,000 m2).[8]

Lot M: Plaza Sentral

sunting

Lot M atau Plaza Sentral ialah kompleks pejabat yang terletak di barat KL Sentral. Kompleks ini disiapkan dalam dua peringkat:

  • Fasa I siap pada bulan Jun 2001, terdiri dari tiga blik yang meliputi keluasan lantai kasar 785,000 ka2 (72,900 m2). Plaza Sentral yang menawarkan ruangan pejabat berprestij ini cepat disapu oleh syarikat tempatan mahupun luar negara yang berazam untuk menikmati kemudahan bekerja di KL Sentral.
  • Fasa II dilancarkan pada bulan September 2003 berikutan peningkatan permintaan untuk ruang pejabat mewah, kini juga habis dijual. Bangunan yang terdiri daripada dua buah bangunan yang masing-masing ada 18 dan 26 aras, dibahagi kepada empat blok dan meliputi keluasan lantai kasar 879,381 ka2 (81,697.2 m2), disiapkan pada tahun 2006. Antara penghuni-penghuninya yang terkemuka termasuk British Telecom dan Maxis Communications.
  • Sentral Tower, bangunan pejabat 30 aras dijual kepada Lembaga Tabung Haji pada harga RM161.46mil pada Mac 2004.

Lot J: Sooka Sentral & 4 Menara Pejabat

sunting

Lot J ialah cadangan pembangunan empat bangunan pejabat 35 tingkat yang seiras seni binanya.

Lot J dijual kepada United Engineers (M) Bhd (UEM) pada Mei 2005 dan dirancangkan empat buah bangunan. Menara A sedang dibina oleh UEM untuk dijadikan ibu pejabat korporat pada keluasan lantai kasar 1,300,000 ka2 (120,000 m2). Menara B akan menempatkan pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Menara C dibina oleh Quill Realty Sdn Bhd dan dijual kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk dijadikan ibu pejabat. Akhir sekali, Menara D adalah sebuah bangunan pejabat yang dibina oleh Quill. Pembinaan menara pejabat dijangka siap pada suku pertama 2009.[9]

Satu pembangunan yang dinanti-nantikan di Lot J adalah pusat gaya hidup enam tingkat seluas 180,000 ka2 (17,000 m2) yang akan menempatkan pusat kecergasan dan spa, pusat perniagaan, medan selera, restoran dan kemudahan makan di tempat terbuka. Pembangunan ini, yang dipanggil Sooka Sentral, dibuka pada Disember 2007. Salah satu kedai yang dibuka adalah kelab Centro[10]

Lot N: 1 Sentral Tower

sunting

1 Sentral Tower ialah sebuah bangunan pejabat yang berkeluasan lantai kasar 453,000 ka2 (42,100 m2). Pembinaannya disiapkan pada tahun 2007 untuk menempatkan syarikat-syarikat seperti PricewaterhouseCoopers, MRCB dan General Electric.

Lain-lain

sunting

Lot B telah dicadangkan untuk dibangunkan sebagai presint kewangan KL Sentral. Tiada pembinaan telah berlaku.

Lot F dirancang untuk blok pejabat masa depan. Pada masa ini, asas yang digunakan untuk sebuah pusat pameran perabot dan pusat Makanan dan Minuman (F&B).

Kawasan hiburan

sunting

Lot E dijadikan pusat hiburan dan konvensyen yang menjadikan KL Sentral pusat hiburan Kuala Lumpur.

Lot G: Nu Sentral

sunting

Lot G yang terletak di bahagian selatan KL Sentral akan merangkumi kompleks beli-belah seluas 1,200,000 ka2 (110,000 m2), blok pejabat 600,000 ka2 (56,000 m2), rumah pangsa servis 500,000 ka2 (46,000 m2), dan hotel tiga bintang berkeluasan 546,000 ka2 (50,700 m2). Nu Sentral namanya, bakal menyediakan penyepaduan dengan stesen Sentral KL Monorel serta dijadikan stesen Aliran Kota Damansara-Cheras akan datang. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2012. Tanahnya pernah dijadikan tempat letak kereta / pasar terbuka dan laluan penghubung stesen Monorel KL Sentral ke bangunan KL Sentral.

Pada 22 Januari 2008, MRCB mendirikan syarikat usahasama bersama Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) iaitu Jewel Surprises Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan tersebut. Jewel Surprises akan memegang pajakan 99 tahun untuk tanah tersebut.

Kawasan pengangkutan

sunting

Lot H : Stesen Sentral

sunting
 
KL Sentral dan sekelilingnya

Stesen Sentral ialah nama yang diberikan kepada Lot H, iaitu pusat pengangkutan dalam projek pemajuan KL Sentral, tetapi stesen ini sahaja pun dipanggil "KL Sentral" oleh orang awam dan khidmat pengangkutan.

Stesen Sentral yang direka untuk menempatkan enam rangkaian gerabak disiapkan pada bulan Disember 2000 dan dibuka pada April 2001. Bangunan utama yang terletak atas tanah seluas 9.3 ekar (38,000 m2) meliputi keluasan lantai kasar 500,000 kaki persegi (46,000 m2), manakala spesifikasinya pula berasaskan jangkaan bilangan pengguna sehingga tahun 2020, iaitu apabila Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya.

Pada tahun 2008, Stesen Sentral mencatat penggunaan 100,000 orang sehari, atau 36.5 juta orang setahun.

Struktur Platform di Bagunan Stesen Sentral

sunting
L4 Aras Parkir Tempat letak kenderaan, pejabat Semasa Parking dan KTMB  
L3
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Bank Rakyat-Bangsar)
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Pasar Seni)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
Aras VIP KTMB Tempat letak kenderaan, medan selera, ruang VIP dan kelas pertama KTMB  
L2 Aras Legar Pintu masuk/keluar, kedai serbagunan, kedai makan, kaunter Tiket, poliklinik dan tempat menunggu KTMB  
L1 Aras Legar Umum Pintu masuk/keluar, mesin tiket, kaunter tiket dan khidmat pelanggan, pagar tambang, kedai makan, kedai serbaguna, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian serta laluan pejalan kaki ke 9 Muzium Negara dan pusat membeli-belah Nu Sentral  
G
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KLIA Express 6 KLIA Ekspres menghala ke KLIA2 (KLIA)
KLIA Transit 7 KLIA Transit menghala ke KLIA2 (Bandar Tasik Selatan)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kanan  
KLIA Transit 7 KLIA Transit berakhir di stesen ini, keluar sahaja
KLIA Express 6 KLIA Ekspres berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
Komuter Arah Seremban 1 Laluan Seremban menghala ke Pulau Sebang (Mid Valley)
Platform 6 (Platform tengah), pintu tren dibuka di sebelah kanan  
Platform 5 (Platform tengah), pintu tren dibuka di sebelah kanan  
Komuter Arah Pel Klang 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Abdullah Hukum)
Komuter Arah Pel Klang 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Kuala Lumpur) [waktu puncak sahaja]
Platform 4 (Platform tengah), pintu tren dibuka di sebelah kanan  
Platform 3 (Platform tengah), pintu tren dibuka di sebelah kanan  
Komuter Arah Seremban 1 Laluan Seremban menghala ke Batu Caves (Kuala Lumpur)
KTM ETS  ETS  ETS Gold menghala ke Gemas (Bandar Tasik Selatan)

10 Laluan Skypark menghala ke Terminal Skypark (Subang Jaya)

Platform 2 (Platform tengah), pintu akan dibuka di sebelah kanan  
Platform 1 (Platform tengah), pintu akan dibuka di sebelah kanan  
KTM ETS  ETS  ETS Platinum menghala ke Padang Besar atau Butterworth (Kuala Lumpur)

 ETS  ETS Gold menghala ke Padang Besar, Butterworth atau Ipoh (Kuala Lumpur)
 ETS  ETS Silver menghala ke Ipoh

Perkhidmatan rel

sunting

Stesen Sentral menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan bergerabak tersebut:

 
Stesen LRT KL Sentral - Pintu Masuk Utama
 
Stesen LRT KL Sentral - ladasan platform

Stesen KL Sentral KL Monorail merentasi Jalan Tun Sambanthan yang sibuk, dan ia adalah berhubung dengan jejantas yang mengintegrasikan stesen dengan dalam peruncitan baru kompleks membeli-belah, Nu Sentral, dan lain-lain talian di hab utama KL Sentral.

Stesen Mass Rapid Transit (MRT) akan dibina hampir seluruh Jalan Travers yang berdekatan dengan Muzium Negara. Nama kerja yang digunakan adalah KL Sentral, walaupun kini, nama rasmi ditetapkan sebagai Muzium Negara. Sebuah laluan akan dibina untuk menyediakan sambungan dengan KL Sentral.

Stesen Sentral dibahagi kepada seksyen-seksyen berasingan mengikut perkhidmatan tren:

Stesen Sentral juga mempunyai kedai runcit dan makanan dan medan selera. Tersembunyi dari pandangan umum adalah depot penyelenggaraan KTM di bawah kompleks. Terdapat kemudahan untuk membeli dan mengisi semula kad Touch 'n Go di stesen ini.

Stesen Sentral akan dapat menampung 50 juta penumpang setahun dan sehingga 100 juta pada tahun 2020 (Laman web KL Sentral).

Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya

sunting

Terletak di Stesen KL Sentral, Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya (KL CAT) merupakan lanjutan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia diiktiraf oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai destinasi bandar, dengan kod XKL. Ia telah dibuka secara rasmi bersama-sama dengan landasan kereta api KLIA Ekspres pada 14 April 2002.

 
Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya

Selain daripada menjadi titik ketibaan dan berlepas bagi KLIA Ekspres, KL CAT juga menyediakan perkhidmatan daftar bagasi (luggage check-in). Penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Cathay Pacific, Emirates, Etihad Airways and Royal Brunei Airlines[11] boleh mendaftar masuk bagasi mereka di KL CAT. Minimum tempoh daftar masuk adalah dua jam sebelum masa pelepasan penerbangan.

Terdapat pelan untuk menyediakan perkhidmatan daftar keluar tetapi ia tidak dijalankan.

Hotel dan kawasan perumahan

sunting

Lot C : Hotel St Regis

sunting

Lot C bakal menempatkan Hotel St Regis. Hotel mewah ini terdiri daripada 208 bilik dan bilik mewah yang mula beroperasi pada bulan Mei 2016.[12]

Lot D: Menara Perumahan 57 Tingkat

sunting

Lot D akan terdiri sebuah menara kediaman 60 tingkat tunggal menghadap ke Taman Tasik Perdana dan bandar. Ia akan dibangunkan bersama oleh MRCB, Capitaland dan Quill Group. Ia kini menunggu kelulusan daripada dewan bandar.[13]

Lot I : Hilton KL & Le Méridien Hotels

sunting

Lot I terdiri daripada dua hotel pencakar langit diduduki oleh Hilton Kuala Lumpur & Le Méridien, yang dimiliki oleh Daito Asia Development Sdn. Bhd. dan Daisho Asia Development Sdn. Bhd., masing-masing dibuka untuk perniagaan pada bulan September dan Oktober 2004.

Lot K and L: Suasana Sentral dan Suasana Sentral Loft

sunting

Lot K adalah lokasi pangsapuri berperkhidmatan, Suasana Sentral. Suasana Sentral terdiri daripada dua blok, atau 400 unit pangsapuri. Ia siap dibina pada tahun 2002 dan dijual sepenuhnya dan diduduki, dengan kira-kira 40% daripada pembeli yang datang dari masyarakat antarabangsa.[perlu rujukan]

Fasa kedua kondominium di Lot L, Suasana Sentral Loft telah dilancarkan pada awal tahun 2005 dan mula penghunian pada awal 2008. Menara pangsapuri 37 dan 38 tingkat mempunyai sejumlah 600 unit. Semua telah dijual.[perlu rujukan]

Lain-lain

sunting

Pada Disember 2006, sebuah syarikat usaha sama yang telah memperoleh Lot D dan akan membangunkan kediaman dan apartmen berperkhidmatan dengan sokongan kemudahan runcit. Pembangunan mewah ini akan menghadap Muzium Negara, Taman Tasik dan juga Pusat Bandar KL. Pembinaan dijangka bermula pada awal tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2010.

Pada bulan Jun 2007, sebuah syarikat usaha sama telah membeli Lot C untuk pembangunan hotel 6 bintang, kediaman 6 bintang dan pejabat perdana. dibina di atas tapak seluas 1,400,000 ka2 (130,000 m2) akan dijangka dimulakan pada tahun 2008.

Perkhidmatan lain

sunting

Stesen Monorel KL Sentral

sunting
 MR1  KL Sentral
 
Pandangan stesen KL Sentral Monorail.
LokasiJalan Tun Sambathan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°07′57″N 101°41′17″E / 3.13250°N 101.68806°E / 3.13250; 101.68806
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan8 KL Monorail
Platform2 platform sisi
Trek1
Sambungan  1 2 5 6 7 10  ETS  KL Sentral
   SBK15  Muzium Negara
Pembinaan
Jenis struktur MR1  Bertingkat
Kemudahan OKUYa  
Maklumat lain
Kod stesen MR1 
Sejarah
Dibuka2003[3]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Stesen seterusnya
Terminal Monorel KL Tun Sambanthan
menghala ke Titiwangsa
Lokasi
 

Stesen KL Sentral Monorail berdiri di Jalan Tun Sambanthan di Brickfields. Stesen ini adalah stesen terakhir untuk laluan Monorel KL. Sebelum ini, stesen ini tidak disambung terus ke hab pengangkutan Kuala Lumpur Sentral. Walaupun kedudukan berhampiran dengan bangunan itu, pengguna monorel diperlukan untuk keluar dari stesen dan melintasi jalan utama yang sibuk di Brickfields untuk sampai ke hab utama KL Sentral. Dengan menaik taraf stesen Monorail, stesen itu kini disepadukan dengan pusat membeli-belah baru, Nu Sentral (Lot G, di atas), di mana jejantas Nu Sentral menjadi pintu masuk baru ke stesen.

Stesen monorel juga dilengkapi dengan yang baru mesin layan tiket, tiket pintu serta Pejabat Perkhidmatan Pelanggan baru. Turap sentuhan untuk yang kurang penglihatan juga disediakan bermula dari Nu Sentral. Menyiapkan jejantas kini membolehkan pelanggan untuk perjalanan di antara KL Sentral dan stesen monorel dengan selamat dan mudah.[14][15][16] Stesen ini menggunakan penyelesaian Sepanyol, mempunyai satu landasan kereta api dengan platform pada setiap sisi, untuk penumpang menaikkan dan menurunkan kereta api secara berasingan.

Struktur stesen

sunting
Struktur stesen Monorel KL Sentral
L1
Platform
Platform sisi, keluar sahaja, pintu tren akan dibuka di kedua-dua belah  
KL Monorel 8 KL Monorail menghala ke  MR11  Titiwangsa (Tun Sambantan)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di kedua-dua belah  
Aras Legar Mesin Tiket Automatik dan Pusat Khidmat Pelanggan  
G Aras Tanah Pintu Masuk/Keluar, Hentian Bas, Teksi dan Kenderaan Persendirian  

Hab bas KL Sentral

sunting

KL Sentral juga telah dijadikan hab bas bandar oleh RapidKL sebagai sebahagian daripada rombakan rangkaian basnya. Ia merupakan hab bas untuk ulang-alik bandar dan laluan khas bas.[perlu rujukan]

Bas-bas ke Singapura, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ke klia2 juga beroperasi dari KL Sentral, manakala kebanyakan pengusaha bas lain mendekati KL Sentral di Jalan Tun Sambanthan. Juga perhentian bas pelancongan naik/turun terletak di antara Hilton dan stesen. Perjalanan dengan bas ke Genting Highlands juga boleh didapati di sini.

Lihat juga

sunting
^ Terdapat banyak tempat letak kenderaan disediakan di sekitar dan di KL Sentral. Bagunan hab sendiri mempunyai 820 tempat letak kenderaan. Selain itu, terdapat juga 437 tempat letak kenderaan di Tempat Letak Kenderaan Terbuka KL Sentral. Bagunan-bagunan di sekeliling juga menyediakan tempat letak kereta sendiri yang berjumlah 9,531 tetapi lebih digunapakai untuk pengguna bagunan itu sendiri.[17]
^ Platform 1 & 2 yang menempatkan KTM Antarabandar dan ETS ditutup bagi kerja pembinaan projek KVDT fasa 1 sejak Mei 2017.[18] Projek KVDT dijangka siap pada akhir 2019 yang melibatkan Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.[19]

Rujukan

sunting

Nota kaki

sunting
  1. ^ a b "Rail Transportation in Kuala Lumpur" (PDF). Japan Railway & Transport Review (dalam bahasa Inggeris). 31 Jul 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Mac 2017. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  2. ^ a b "ERL Corporate Facts & Major Milestones" (PDF). KLIA Ekspres (dalam bahasa Inggeris). 1 Dec 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 November 2018.
  3. ^ a b Meng, Yew Choong (3 Sep 2017). "Rail business on track". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 6 November 2018./
  4. ^ "ETS Ipoh-Padang Besar mula operasi Julai ini". Sinar Online. 6 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 November 2018.
  5. ^ Rosli, Fahmy Azril; Zulkipli, Nur Lela; Radhi, Nor Ain (6 Mac 2018). "Tren terus ke Subang Skypark". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  6. ^ a b c Kamarul Yunus (30 April 2008). "MRCB: KL Sentral to be completed by 2015". Business Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-02. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  7. ^ a b c d e Lam Jian Wyn, Ogos 9, 2010
  8. ^ "CIMB-Mapletree Management to raise RM1b for second fund". The Star. 2007-07-27. Dicapai pada 2008-07-11.
  9. ^ Sharon Kam (2008-07-09). "City & Country: KL Sentral scales new heights". The Edge, shown in UEM website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-14. Dicapai pada 2008-07-11.
  10. ^ Centro @ Sooka Sentral
  11. ^ http://www.kliaekspres.com/travel-with-us/flight-check-in-at-kl-sentral/
  12. ^ "Starwood Opens The St Regis Kuala Lumpur". Japan Today. 2016-05-08. Dicapai pada 2016-06-01.
  13. ^ MRCB Annual Report 2007 (PDF). MRCB Bhd. m/s. 63. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-03. Dicapai pada 2008-07-28.
  14. ^ http://www.venusbuzz.com/archives/66047/first-look-nu-sentral-mall-kl-sentral-brickfields/
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-09. Dicapai pada 2017-03-30.
  16. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm
  17. ^ "Our Projects - Semasa Parking". Semasa Parking (dalam bahasa Inggeris). 5 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  18. ^ "Kenyataan Media Penutupan Platform untuk kerja KVDT" (PDF). KTMB. 20 Feb 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  19. ^ Loshana K Shagar (21 Apr 2017). "On track for end-2019 completion". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogo 2017. Dicapai pada 5 Nov 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

sunting