KTM Antarabandar (bahasa Inggeris: KTM Intercity) merujuk kepada perkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel di Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Negara Thai dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kebanyakan perkhidmatan beroperasi dari stesen Kuala Lumpur Sentral di Kuala Lumpur. Namun terdapat beberapa perkhidmatan yang hanya beroperasi di landasan Pantai Timur antara Tumpat dengan Gemas dan terus ke Singapura. Terdapat juga satu perkhidmatan kereta api merentas sempadan antara Butterworth dengan Hat Yai, Thailand.

KTM Antarabandar
ک.ت.م. انتاراباندر
Sebuah kereta api KTM Antarabandar di stesen kereta api Kuala Lipis, Pahang (sekitar tahun 2004)
Umum
StatusBeroperasi
LokasiSemenanjung Malaysia
Stesen60 (Laluan Pantai Timur), 12 (Laluan Pantai Barat), 2 (Shuttle Tebrau)
PerkhidmatanLaluan Pantai Timur
Laluan Pantai Barat (dari Gemas)
Shuttle Tebrau
Laman sesawanghttps://www.ktmb.com.my/Intercity.html
Operasi
BermulaSekitar 1960-an
PengendaliKeretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Teknikal
Tolok landasan1,000 mm tolok meter
Kelajuan operasi110 km/j (68 mph)

KTM Antarabandar telah lama menikmati kejayaan sederhana, namun bertambah persaingannya dengan pengangkutan jalan raya dan pengangkutan udara atas penambahan bilangan lebuh raya dan penerbangan murah menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat. Pada tahun 2006, KTM Antarabandar mendapat untung sebanyak RM70.94 juta sebagai hasil kumpulan, kekal sekitar RM 65 juta sejak 2001.[1]

Perkhidmatan setempat dan ekspres

sunting

Terdapat dua jenis perkhidmatan KTM Antarabandar: ekspres dan kereta api mel. Kereta api mel secara umumnya juga dirujuk sebagai kereta api tempatan atau tren lokal. Semua kereta api penumpang pada landasan Pantai Barat merupakan kereta api ekspres - kecuali satu perkhidmatan kereta api tempatan antara Singapura dan Gemas - yang hanya berhenti pada stesen-stesen utama. Landasan Pantai Timur masih ada kereta api mel yang berhenti pada semua stesen dan perhentian.

KTM pernah mengoperasikan satu perkhidmatan shuttle antara Johor Bahru dan Singapura untuk memberi manfaat mereka yang bekerja di negara bandar ini, namun perkhidmatan ini telah ditamatkan pada 15 April 2006. Ini disebabkan oleh projek pembaharuan landasan antara Seremban dan Singapura. Kini perkhidmatan shuttle dilarikan antara Ipoh dan Sentral KL, Tumpat dan Kemubu serta Woodlands dan Gemas

Pada 1 Julai 2011, berikutan penamatan operasi KTM di Stesen Keretapi Tanjung Pagar di Singapura, perjalanan KTM Antarabandar ke selatan Semenanjung Malaysia berakhir di terminal Woodlands di Woodlands, Singapura yang hanya terletak kira-kira 2 kilometer dari Johor Bahru.

Berikut antara perkhidmatan yang beroperasi bagi KTM antarabandar :

Ekspres rakyat. Woodlands-butterworth Ekspres rakyat Butterworth-woodlands Ekspres sinaran selatan woodlands-kl sentral Ekspres sinaran selatan. Kl sentral- woodlands Ekspres senandung timuran woodlands -tumpat Ekspres senandung wau. Kl sentral-tumpat Ekspres senandung langkawi. Kl sentral-hat yai Ekspres senandung sutera. Woodlands-kl sentral

Perkhidmatan yang telah dihentikan operasi :

Ekspres kenali Ekspres gading mas Lambaian Timur Ekspres sinaran utara Ekspres senandung mutiara Ekspres sinaran timur Ekspres sinaran pagi Kembara

Senarai stesen KTM Antarabandar

sunting

Berikut merupakan senarai stesen KTM Antarabandar.

Laluan Utara-Selatan

sunting
Nama stesen Bandar lokasi stesen Tarikan utama Nota
(Bersambung ke keretapi Negeri Thai)
Stesen keretapi Padang Besar Padang Besar, Perlis
Stesen keretapi Arau Arau, Perlis Stesen KTMB terdekat untuk ke Pulau Langkawi
Stesen keretapi Alor Star Alor Star, Kedah
Stesen keretapi Sungai Petani Sungai Petani, Kedah
Stesen keretapi Butterworth Butterworth, Pulau Pinang Feri dan Jambatan Pulau Pinang
Stesen keretapi Bukit Mertajam Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Stesen keretapi Nibong Tebal Nibong Tebal, Pulau Pinang
Stesen keretapi Taiping Kg. Boyan Taiping, Perak
Stesen keretapi Ipoh Ipoh, Perak Reka bentuk Taj Mahal(boleh dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh)
Stesen keretapi Tapah Road Tapah Road, Perak
Stesen keretapi Tanjung Malim Tanjung Malim, Perak
Stesen keretapi Rawang Rawang, Selangor pertukaran dengan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter
Kuala Lumpur Sentral Kuala Lumpur Pertukaran dengan semua keretapi antara bandar dan komuter serta monorel
Stesen keretapi Kajang Kajang, Selangor pertukaran dengan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter
Stesen keretapi Seremban Seremban, Negeri Sembilan pertukaran dengan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter
Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin Pulau Sebang, Melaka Lokasi bersejarah Negeri Melaka Stesen KTM utama untuk ke Melaka
Stesen keretapi Gemas Gemas, Negeri Sembilan
Pertukaran dengan Laluan Pantai Timur Antarabandar
sunting
Stesen keretapi Segamat Segamat, Johor
Stesen keretapi Labis Labis, Johor
Stesen keretapi Paloh Paloh, Johor
Stesen keretapi Kluang Kluang, Johor
Stesen keretapi Kulai Kulai, Johor Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
JB Sentral Johor Bahru, Johor Gerbang Selatan Bersepadu dan JB Sentral
Woodlands Woodlands, Singapura

Laluan Pantai Timur

sunting
Nama stesen Bandar lokasi stesen Tarikan utama Nota
Stesen keretapi Gemas Gemas, Negeri Sembilan Pertukaran dengan Laluan Utara-Selatan Antarabandar
Stesen keretapi Bahau Bahau, Negeri Sembilan
Stesen keretapi Teriang Teriang, Pahang
Stesen keretapi Bahau Bahau, Pahang
Stesen keretapi Mentakab Mentakab, Pahang
Stesen keretapi Jerantut Jerantut, Pahang
Stesen keretapi Kuala Lipis Kuala Lipis, Pahang
Stesen keretapi Gua Musang Gua Musang, Kelantan
Stesen keretapi Dabong Dabong, Kelantan
Stesen keretapi Kuala Krai Kuala Krai, Kelantan
Stesen keretapi Tanah Merah Tanah Merah, Kelantan
Stesen keretapi Pasir Mas Pasir Mas, Kelantan Pertukaran dengan Laluan Rantau Panjang Antarabandar
Stesen keretapi Wakaf Bharu Kota Bharu, Kelantan
Stesen keretapi Tumpat Tumpat, Kelantan

Laluan Rantau Panjang

sunting
Nama stesen Bandar lokasi stesen Tarikan utama Nota
Stesen keretapi Pasir Mas Pasir Mas, Kelantan Pertukaran dengan Laluan Pantai Timur Antarabandar
Stesen keretapi Rantau Panjang Rantau Panjang, Kelantan
(Bersambung ke Thai Railway)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Darshini M. Nathan (6 Oktober 2007). "Back on track: KTMB upgrades to be competitive". Bizweek, The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 18 November 2008.