Istilah lebuh raya merujuk kepada rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan beberapa lokasi penting, seperti antara bandar raya.

Lebuhraya Utara-Selatan E2 berhampiran Ayer Keroh, Melaka.
Lebuh raya luar bandar di Amerika Syarikat.
Lebuhraya A2 di Poland.
Lebuhraya Yat-sen di Taipei, Taiwan.
Lebuhraya Metropolitan di Tokyo, Jepun.

Di negara yang kurang maju ataupun mempunyai jaringan jalan raya yang kurang, istilah "lebuh raya" merujuk kepada laluan jalan raya kebangsaan utama bagi menghubungkan antara dua atau lebih bandar raya utama.

PeristilahanSunting

Komponen "lebuh" ini dipercayai datang daripada perkataan bahasa Minangkabau labuah yang bermaksud "jalan" atau "lorong".[1]

JenisSunting

Terma lebuh raya boleh jadi berbeza mengikut negara:

Lebuh raya capaian terkawalSunting

Jenis lebuh raya paling umum diketahui. Ia sering berlaluan kembardengan capaian melalui persimpangan bertingkat sahaja.

Lebuh raya ekspres (berkelajuan tinggi)Sunting

Sama seperti lebuh raya kereta: istilah lebuh raya ekspres digunakan di beberapa negara seperti Malaysia, Jepun, China, Singapura dll. Di Amerika Syarikat pula, takrifan lebuh raya ekspres mungkin berbeza; di California misalnya sebuah lebuh raya ekspres mungkin terdapat lampu isyarat.

Piawaian lebuh raya berkelajuan tinggi mungkin berbeza antara setiap negara, tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama seperti berikut:-

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 4 lorong (2 di setiap arah) yang dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya.
  • Kenderaan hanya boleh keluar masuk di lebuh raya melalui persimpangan bertingkat.
  • Direka untuk pemanduan berkelajuan tinggi.
  • Mempunyai had laju yang tinggi, bergantung kepada sesebuah negara.

Amerika Syarikat mempunyai rangkaian lebuh raya utama yang dikenali sebagai lebuh raya antara negeri yang menghubungkan antara negeri-negeri di Amerika Syarikat dan diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway Administration, FHWA), manakala di Jerman pula sistem lebuh rayanya dikenali sebagai Autobahn.

Lebuh raya bebas (freeway)Sunting

Lebuh raya berkembar berkelajuan tinggi dengan 2 atau lebih lorong pada setiap hala, keluar masuk melalui persimpangan bertingkat dan selalunya percuma dan tidak dikenakan tol.

Lebuh raya kereta (motorway)Sunting

sama seperti lebuh raya bebas tetapi mungkin dikenakan tol, bergantung kepada negara masing-masing. Istilah lebuh raya kereta selalunya digunakan oleh United Kingdom, negara-negara Eropah serta beberapa negara Komanwel British seperti Pakistan.

Lebuh raya dua lorongSunting

Jalan raya 2 lorong yang dibina mengikut piawaian lebuh raya dan ada persimpangan bertingkat. Lebuh raya 2 lorong boleh dinaiktaraf kepada sebuah lebuh raya ekspres penuh.

Lebuh raya taman (parkway)Sunting

Lebuh raya yang dikelilingi pokok hiasan, ataupun melalui sebuah taman yang besar, ataupun mempunyai pokok-pokok hiasan di sepanjang pembahagi lebuh raya, misalnya Lebuhraya Taman Pantai Timur di Singapura.

Lebuh raya tol (tollway / turnpike)Sunting

Llebuh raya yang dikenakan tol.

Fakta ringkasSunting

 
Simbol lebuh raya di Eropah.

DuniaSunting

MalaysiaSunting

Sistem lebuh raya di MalaysiaSunting

Lebuh raya utama di Malaysia iaitu lebuhraya ekspres mempunyai kawalan akses sepenuhnya, persimpangan bertingkat dan sebahagian besarnya bertol. Lebuh raya ekspres menghubungkan ibu negeri utama di Semenanjung Malaysia dan bandaraya utama di Lembah Klang. Semua lebuh raya ekspres diuruskan oleh beberapa syarikat yang menerima konsesi daripada Kerajaan Pusat.

Terdapat juga lebuh raya yang diklasifikasikan sebagai laluan persekutuan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kerja Raya, contohnya Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Skudai. Sesetengah lebuh raya persekutuan mempunyai persimpangan lampu isyarat atau bulatan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel Sistem Lebuh Raya Malaysia.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "labuah - Kamus Bahasa Minang". Kamusiana. 2008. Dicapai pada 20 Jun 2020.

Pautan luarSunting