Bahau
Koordinat: 2°49′N 102°25′E / 2.817°N 102.417°E Bahau merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia terletak 11 km dari Bandar Seri Jempol dan 24 km dari Kuala Pilah. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor pertanian, diikuti sektor perkhidmatan dan perniagaan. Antara tempat yang menarik di sini ialah Teratak Za'ba.
Bahau | |
---|---|
![]() Bandar Bahau | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Jempol |
Kerajaan | |
• Ahli Dewan Undangan Negeri (N8) | Chew Seh Yong (DAP) |
Populasi (2010) | |
• Jumlah | 36,645 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak tersedia |
Kod panggilan kebangsaan | 06 |
Terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jambu Lapan dimana wujudnya laluan bersejarah yang lebih dikenali sebagai Penarikan. Berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai, Hang Tuah sering menggunakan laluan ini.
DemografiSunting
Penduduk Bahau secara amnya terdiri daripada majoritinya kaum Cina, Melayu (dari kawasan Felda di pinggir bandar) dan India, yang tinggal di kawasan bandar dan ladang-ladang di pinggir.
PendidikanSunting
- Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat (SMKLB)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ladang Glendale
- Perpustakaan Awam Pekan Bahau (Tel: 06-4542036)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting
- SRK ST AIDAN
- Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad
- Sekolah Kebangsaan Jempol
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Wen
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bahau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau
PengangkutanSunting
JalanSunting
Bahau dihubungkan melalui jalan persekutuan dan batang jalan ke Kuala Pilah, Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan manakala Kemayan atau Sungai Lui di Pahang.
KeretapiSunting
Bahau boleh diakses melalui kereta api, yang merupakan salah satu stesen utama di landasan keretapi Pantai Timur yang bermula dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Stesen kereta api tersebut terletak berhampiran Taman Kwang Hup.
Kawasan bandarSunting
Mahsan, Jelai dan Rompin, merupakan kawasan di pinggir bandar yang memendekkan jarak perjalanan dari Bahau.
Taman PerumahanSunting
- Taman Bahau
- Taman Rasa Sayang
- Taman Cempaka
- Taman Angkasa
- Taman Khaya
- Taman Kwang Hup 2
- Taman Margosa
- Taman ACBE
- Taman Seri Jempol
- Taman Satelite 2
- Taman Serting Jaya
- Taman Kepayang
- Taman Putra
- Taman Meranti
- Taman Bidara
- Rumah Rakyat Jambu Lapan
- Taman Desa Puteri
- Taman Kasih Putra
- Taman Satelite
- Taman Desa Penarikan
- Taman Sornam
- Taman Tunku Puan Chik
- Bandar IOI Bahau
- Taman Juara
KampungSunting
- Kampung Pak Ka Choon
- Kampung Batu Bakar
- Kampung Cina, Bahau
- Kampung Bukit Laka
- Kampung Kuala Jempol
- Kampung Padang Lalang
- Kampung Bukit Kelulut
- Kampung Lonek
- Kampung Indah, Bahau
Bandar BerdekatanSunting
Pautan luarSunting
Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |