Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat

Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat
Lokasi
Felda Lui Barat, Jempol, Negeri SembilanNegeri Sembilan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Beriman, Beramal
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu
Nombor sekolah06-4676300
Kod sekolahNEA 6006
PengetuaEn. Mahat bin Bujang
Bahasa pengantarBahasa Melayu
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Mohd Tahir bin Ab Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Faizah binti Muhammad
Penolong Kanan KokurikulumPn. Wan Sozaini binti Wan Md Zain
Faks06-4676296
Laman sesawang
Map


SMK (FELDA) Lui Barat (Jawi: سکوله منڠه کبڠساءن لوي بارت), Jempol telah ditubuhkan pada 2 Januari 1987 di FELDA Lui Barat - merupakan satu-satunya sekolah menengah di gugusan rancangan FELDA Lui yang dibangunkan untuk memberi pendidikan menengah kepada pelajar sekitar gugusan tersebut. Sekolah ini mendapat namanya sempena FELDA di mana sekolah ini dibina.

Sejarah sunting

Pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Air Hitam (kini SK Air Hitam). Ketika itu, hanya terdapat 4 buah kelas yang menampung 125 orang pelajar. Pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Azmi bin Zainal dan dibantu oleh 10 orang guru serta seorang kerani. Pada 21 April 1987, sekolah telah berpindah ke bangunannya tersendiri di FELDA Lui Barat. Bangunan baharu tersebut terdiri daripada 2 blok bangunan dengan 19 buah bilik darjah. Blok A menempatkan bilik pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik ERT/jahitan, koperasi sekolah dan 5 buah bilik darjah. Manakala Blok B terdapat 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik gerakan.

Pada tahun 1990, sebuah blok 2 tingkat yang mengandungi 11 buah kelas yang mampu menampung seramai 420 orang pelajar telah dibina. Pada 22 Ogos 1994, SMK Lui Barat telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dalam rangka lawatannya ke Negeri Sembilan. Pada tahun 2000, projek meningkatkan infrastruktur sekolah seperti 2 blok apartment, rumah guru, asrama, makmal sains, surau dan bangunan tambahan telah diperolehi dari kerajaan pusat. Kini, SMK Lui Barat mempunyai 6 blok bangunan, bangunan asrama dan kemudahan-kemudahan lain yang dapat digunakan sepenuhnya mulai bulan Januari 2002. Pembinaan diteruskan dengan terbinanya bangunan 2 tingkat untuk dijadikan Makmal Komputer sekolah dan sebuah dewan (Dewan Baitul Hikmah). Pada Disember 2014, beberapa penaiktarafan infrastruktur dan pembinaan bangunan tambahan baharu sedang giat dijalankan.
Guru-Guru SMK Lui Barat 2011

Kelas Khas Kerajaan sunting

SMK Lui Barat menawarkan kelas Rancangan Khas (KRK) dan kelas Aliran Agama (KAA) untuk pelajar yang berminat. Kemasukan ke kelas KRK adalah berdasarkan keputusan UPSR. Hanya pelajar yang berjaya mendapat keputusan 4A dan ke atas sahaja yang akan ditawarkan untuk belajar di dalam kelas KRK. Kemasukan ini disaring oleh pihak pentadbiran SMK Lui Barat, dan Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu (PPDJJ). Kelas KAA pula menawarkan subjek Bahasa Arab Komunikasi kepada pelajar yang berminat, seperti KRK, kemasukan ke kelas KAA juga melalui saringan. Pelajar mestilah lulus ujian saringan KAA untuk melayakkan mereka memasuki kelas KAA.

Bukan itu sahaja, SMK Lui Barat merupakan satu-satunya sekolah di Negeri Sembilan yang menawarkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS). Program ini dikelolakan bersama-sama dengan FELDA. Hal ini membolehkan SMK Lui Barat menyertai program-program yang berkaitan dengan FELDA di peringkat Kebangsaan.

Asrama sunting

Bagi pelajar yang berminat untuk tinggal di asrama, mereka boleh memohon untuk itu di SMK Lui Barat. Kemasukan ke Asrama SMK Lui Barat juga mengambil kira aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin pelajar. Warden asrama lelaki (ASPURA) ialah Encik MOHAMMAD SHAHIR BIN AB AZIZ, manakala warden asrama perempuan (ASPURI) ialah Cik NOORFAEZAH BINTI ZAHARI

Kemudahan Lain sunting

Kemudahan internet berkelajuan tinggi Yes 4G boleh diakses hampir di seluruh kawasan sekolah.

Bidang Yang Ditawarkan sunting

Menengah Rendah (Tingkatan 1 - Tingkatan 3)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Tamil
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Pendidikan Seni
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
  • Kemahiran Hidup Bersepadu - Kemahiran Teknikal (KT)
  • Kemahiran Hidup Bersepadu - Sains Pertanian (SPN)
  • Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan (PDG)
  • Kemahiran Hidup Bersepadu - Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Menengah Atas (Tingkatan 4 - Tingkatan 5)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Tamil
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Sains
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik Tambahan
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kesusasteraan Melayu
  • Prinsip Akaun
  • Ekonomi Asas
  • Tasawwur Islam
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Pertanian
  • Perdagangan
  • Landskap dan Nurseri
  • Seni Reka Tanda

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sunting

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Visi sunting

Sekolah
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Kementerian Pendidikan Malaysia
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Misi sunting

Sekolah
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Kementerian Pendidikan Malaysia
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto Sekolah sunting

Beriman Berilmu Beramal
Sederap Memacu Kecemerlangan Luar Biasa

Lencana Sekolah sunting

 
Lencana SMKLB

Penerangan Lencana Sekolah

Bintang 14 bucu
Negeri-negeri di Malaysia termasuk Wilayah.

Bunga Padi
Ilmu ibarat padi, akan bertambah jika disemai. Padi semakin tunduk semakin berisi, begitu juga orang yang berilmu tidak sombong dan bongkak.

9 Tangkai Padi
Lambang sembilan daerah di Negeri Sembilan.

Obor
Ilmu menerangi kehidupan yang berilmu mampu menerangi hidupnya dan kehidupan orang lain. Juga melambangkan kecemerlangan di dalam bidang sukan.

Latar belakang
Bersih yang dicorakkan oleh ilmu yang dipelajari warna putih di sekolah. Matlamatnya ialah menjadi manusia yang beramal dengan ilmu dan imannya.

Berilmu, Beriman, Beramal
Pelajar perlu mencari ilmu kerana dengan ilmu barulah memperolehi iman yang membolehkannya beriman dan beramal dengan sempurna.

Lagu Sekolah sunting

Berilmu beriman beramal
Kata hikmah sekolah kita
Berusaha penuhkan ilmu di dada
Khidmat mulia pada agama dan bangsa

Gagah berani bersedia
Khidmat mulia teras kejayaan
Hijau kuning biru kita bersatu
Sanjung tinggi rakyat berilmu

Insaflah putera dan puteri
Sekolah Menengah Lui Barat
Tujui kecemerlangan diri
Sahutlah wawasan negara

Berilmu beriman beramal
Kata hikmah sekolah kita
Berusaha penuhkan ilmu di dada
Sekolah Menengah Lui Barat

Senarai Pengetua sunting

1. Tn. Hj. Azmi bin Hj Zainal (1 Jan 1987 - Nov 1990)
2. En. Amir Sharifuddin bin Ahmad (1 Dis 1990 – Feb 1992)
3. Tn. Hj. Misan bin Mastor (Feb 1992 - Ogos 1994)
4. Pn. Siti Aisyah binti Salleh (Ogos 1994 - Sept 1994)
5. En. Zakaria bin Mohd Zin (Sept 1994 - Nov 1995)
6. Tn. Hj. Che Wan bin Ahmad (Dis 1995 - Mei 1999)
7. Pn. Hjh Zaidah binti Mohamed (Mei 1999 - 31 Nov 2000)
8. Pn. Junaidah binti Ibrahim (1 Dis 2000 - 28 Feb 2003)
9. Tn. Amir Sharifuddin bin Ahmad (2 Mei 2003 – Apr 2007)
10. Pn. Hjh Maimon binti Abdullah (16 Apr 2007 - Dis 2012)
11. Pn. Saripah binti Mohd Nor (22 Dis 2012 - Dis 2014)
12. Pn. Faridah binti Sulan (Dis 2014 - 16 Okt 2017)
13. En. Mahat bin Bujang (16 Okt 2017 - Sekarang)

Pencapaian Sekolah sunting

  • Tercalon untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Pautan Luar sunting