Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor atau nama ringkasnya SMK Datuk Mansor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 4, Jalan Juasseh,.
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor | |
---|---|
Lokasi | |
Km 4, Jalan Juasseh,, 72100, Bahau,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | To Seek Enlightement With Hand, Eye and Brain |
Nombor sekolah | 6064541121 |
Kod sekolah | NEE6001 |
Pengerusi PIBG | Tuan Haji Azahree Bin Kamarudin |
Pengetua | Tn Sharudin bin Said |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Hjh Wan Sozaini binti Wan Md Zain |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Hjh Noor Asmak Binti Md Noh |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Anita Binti Mohamed Ali |
Faks | 6064540637 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor |
Pada 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor memiliki 668 pelajar lelaki dan 780 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1406 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.2009
Sejarah
suntingSemasa penubuhannya, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Inggeris Bahau, tetapi pada 22hb September 1972, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Datuk Mansor, bersempena dengan nama Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu YAB Dato' Mansor Othman.
Sejarah awal sekolah ini bermula dengan menumpang di Sek Keb St Aidan, Bahau pada tahun 1963. Sebanyak 6 kelas telah dibuka dan pengetuannya ialah En. Doradas Dorairaj. Pada bulan Januari 1966, sekolah ini telah dibuka pada tapak sekolah yang ada sekarang. Sekolah Menengah Inggeris, Bahau telah dipilih sebagai nama sekolah kerana penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dan kedudukan Bahasa Melayu masih belum kukuh kerana belum dijadikan bahasa pengantar utama.
Pada 25 Februari 1969, YAB Mohamed Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, telah merasmikan Sek Men Inggeris ini. Nama sekolah ditukarkan kepada Sek Men Keb Datuk Mansor pada 22 September 1972, oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Datuk Mansor Bin Othman.
Padang sekolah dibina selepas setahun sekolah ini dibuka. Sekolah ini juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Asrama lelaki telah dibina dan didiami pada April 1973. Asrama pelajar perempuan pula telah didiami pada tahun 1979.
Lagu Sekolah
suntingILMU YANG AGUNG
KAMI MURID YANG SETIA
DARI SEKOLAH DATUK MANSOR
INGIN MAJU JAYA
TERNAMA LAGI MASYHUR
TUGAS KAMI BELAJAR
MENAMBAH ILMU DI DADA
TEKUN SERTA SABAR
RELA BERKORBAN MASA
DI MANA SAJA BUMI DIPIJAK
DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
MENERUSI TANGAN MATA DAN OTAK
TUNTUT ILMU YANG AGUNG
TERUSKANLAH USAHA
SEHINGGA KITA BERJAYA
WALAU SERIBU HALANGAN
ITU CABARAN ZAMAN
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor
- Km 4, Jalan Juasseh,
- 72100, Bahau
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6064541121
- Fax = 6064540637