ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Padang Besar, Butterworth, Kuala Lumpur dan Gemas yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010. Terdapat 36 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu dua di Perlis, empat di Kedah, empat di Pulau Pinang, 14 di Perak, empat di Selangor, empat di Kuala Lumpur, dua di Melaka dan dua di Negeri Sembilan.

KTM ETS
KTM Perkhidmatan Tren Elektrik
كي.تي.عيم. ڤرخدمتن كريتاڤي ايليتريك
KTM Kelas 93 berlepas dari Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin
Umum
Nama asalKTM Electric Train Service (Inggeris)
KTM 双轨电动火车 (Cina)
KTM மின்சாரத் தொடருந்து சேவை (Tamil)
JenisRel antarabandar
LokasiSemenanjung Malaysia
Stesen36 (setakat 2022)
Penumpang harian11,361 (2017)
Penumpang4.147 juta (2017)[1]
( 16.3%)
Laman sesawangwww.ktmb.com.my/ktmb_ui
Operasi
DibukaOgos 2010
PemilikKTM
PengendaliBahagian Antarabandar KTM
Sistem pengaliranPemandu
Stok kereta api5 set kereta api enam-kereta KTM Kelas 91
4 daripada 10 et kereta api enam-kereta KTM Kelas 93
Teknikal
Panjang aliranSedia ada:
755 km (Padang Besar-Gemas)
Dalam pembinaan:
197 km tambahan (Gemas-Johor Bahru Sentral)
Tolok landasan1,000 mm (3 kaki 3 38 in) tolok meter
Peta laluan

Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 140 km/jam, walaupun tren ETS direka untuk mencapai kelajuan 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton. Setiap gerabak 22.95 m panjang, 2.75 m lebar dan 4 m tinggi.

Perkhidmatan tren sunting

Dilancarkan pada Ogos 2010, perkhidmatan mula-mula melayan Ipoh hingga Seremban tetapi sektor KL Sentral-Seremban diberhentikan pada Oktober 2012.[2]

Kemudian perkhidmatan dilanjutkan dari Ipoh ke Padang Besar melalui Butterworth dengan pengenalan ETS Transit pada 10 Julai 2015, dengan 24 stesen hentian. Pada mulanya, hanya satu perkhidmatan tren di kedua-dua arah diperkenalkan. Pada hari berikutnya pada 11 Julai 2015, diperkenalkannya ETS Express antara KL Sentral dan Padang Besar melalui Butterworth dengan 15 stesen hentian. Sekali lagi hanya satu perkhidmatan untuk kedua-dua arah.[3]

Kemudian pada 1 September 2015, perkhidmatan tambahan antara KL Sentral dan Butterworth diperkenalkan,[4] dan pada 10 Oktober 2015, dilanjutkan lagi dari KL Sentral ke Gemas, bersama dengan pengenalan perkhidmatan baru antara Padang Besar dan Gemas.[5] Lanjutan KTM ETS ke Gemas menggunakan landasan kembar elektrik antara Seremban dan Gemas yang siap pada 2014.

Juga pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan baru dilancarkan antara Butterworth dan Padang Besar di samping perkhidmatan sedia ada tetapi yang ini kemudian dikurangkan kekerapan dengan pelancaran KTM Komuter Sektor Utara.

Makin banyak tren yang ada, makin kerap disemak jadual dan perkhidmatan. Diperkenalkannya kelas-kelas servis Platinum, Gold dan Silver sementara istilah "ETS Ekspres" dan "ETS Transit" dilucutkan

Sistem penomboran perkhidmatan tren berikut digunakan untuk KTM ETS:

  • EP917x dan EP918x untuk perkhidmatan Platinum yang bertolak/tamat di stesen KL Sentral atau Butterworth.
  • EP927x untuk perkhidmatan Platinum yang bertolak/tamat di stesen KL Sentral atau Padang Besar.
  • EG902x dan EG903x untuk perkhidmatan Gold yang bertolak/tamat di stesen KL Sentral atau Ipoh.
  • EG932x untuk perkhidmatan Gold yang bertolak/tamat di stesen Gemas atau Butterworth.
  • EG942x untuk perkhidmatan Gold yang bertolak/tamat di stesen Gemas atau Padang Besar.
  • ES905x untuk perkhidmatan Silver yang bertolak/tamat di stesen KL Sentral atau Ipoh.

Rujukan sunting

  1. ^ "JADUAL 2.1 : STATISTIK TRAFIK KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB), SUKU KEEMPAT, 2017" [Table 2.1 : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Traffic Statistics, Fourth Quarter, 2017] (PDF) (dalam bahasa Malay dan English). Ministry of Transport, Malaysia. Dicapai pada 13 March 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Recent scheduling ETS Services". KTM Intercity. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-26. Dicapai pada 18 November 2012.
  3. ^ "KL-Padang Besar electric train starts run today". The Star. 10 July 2015. Dicapai pada 19 July 2015.
  4. ^ "Kenyataan Media:Penstrukturan Jadual Waktu Tren Intercity dan ETS Bermula 1 September 2015 (Restructuring of the Timetable for Intercity dan ETS Trains beginning 1 September 2015)" (PDF). KTM Berhad. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 September 2015. Dicapai pada 16 October 2015.
  5. ^ "Kenyataan Media:Penstrukturan Jadual Waktu Tren Intercity dan ETS Bermula 10 Oktober 2015 (Restructuring of the Timetable for Intercity dan ETS Trains beginning 10 October 2015)" (PDF). KTM Berhad. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 November 2015. Dicapai pada 16 October 2015.

Pautan luar sunting