Stesen keretapi Kampar
Stesen keretapi Kampar merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Kampar, Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM ETS.
Lokasi | Taman Melayu Jaya, Kampar, Perak, Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | |||||||||||||||||||||||||||||||
Laluan | Laluan Pantai Barat | |||||||||||||||||||||||||||||||
Platform | 2 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Trek | 3 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Percuma | |||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 1895 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Dibina semula | 2007 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Dielektrikkan | 2007 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah
suntingStesen keretapi Kampar mula dibuka pada tahun 1895 setelah landasan keretapi Lembah Kinta yang menyambungkan Teluk Anson (Teluk Intan) dengan Ipoh telah siap dibina. Pada tahun 1952, stesen lama ini telah dibakar oleh ahli Parti Komunis Malaya. Stesen ini kemudiannya digantikan dengan stesen sementara yang dibina berdekatannya. Pada tahun 1965, stesen yang baharu telah dibina semula sejauh 1 kilometer dari stesen asal. Stesen ini sekali lagi dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh dan dibuka semula pada tahun 2007.[1]
Perkhidmatan kereta api segamat
suntingStesen keretapi Kampar menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui KTM ETS.[2]
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 16 perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- dua perlepasan ke Gemas
- 16 perlepasan ke Ipoh
- enam perlepasan ke Butterworth
- lima perlepasan ke Padang Besar
Rujukan
sunting- ^ "Electrified Double Track Project Between Rawang and Ipoh". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2007. Dicapai pada 14 June 2007.
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.