Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(Dilencongkan dari Stesen ERL KLIA)

Stesen ERL Kuala Lumpur International Airport (singkatan Stesen ERL KLIA) ialah sebuah stesen keretapi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, Malaysia dan merupakan stesen bagi perkhidmatan KLIA Transit dan KLIA Ekspres.[1] Stesen ini dibuka apabila perkhidmatan KLIA Ekspres mula berkhidmat pada 14 April 2002. Stesen ini merupakan sebahagian daripada kompleks KLIA.

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) KLIA Ekspres
LokasiStesen ERL KLIA, Aras 1, Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 43909 Sepang, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°45′16.4″N 101°42′15.2″E / 2.754556°N 101.704222°E / 2.754556; 101.704222Koordinat: 2°45′16.4″N 101°42′15.2″E / 2.754556°N 101.704222°E / 2.754556; 101.704222
Dimiliki olehExpress Rail Link
Laluan6 KLIA Ekspres
7 KLIA Transit
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Pengangkutan bas KLIA
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanDisediakan oleh KLIA
Sejarah
Dibuka6 14 April 2002
7 20 Jun 2002
Perkhidmatan
ERL
Stesen terakhir
KLIA Ekspres
Stesen terakhir
menghala ke KL Sentral
KLIA Transit
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di Aras 1, Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor, Malaysia. Selain KLIA, mercu tanda lain di sekitar stesen adalah Pusat Cuaca D, Jabatan Meteorologi Malaysia; MSPR KLIA; dan Hotel Sama-Sama KLIA.

Pelan stesen sunting

L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, medan bas perlancongan, KLIA  
G
Platform
KLIA Ekspres 6 KLIA Ekspres menghala ke KLIA2

6 KLIA Ekspres menghala ke KL Sentral

Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri atau kanan  
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri atau kanan  
KLIA Transit 7 KLIA Transit menghala ke KLIA2

7 KLIA Transit menghala ke KL Sentral (Salak Tinggi)

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar stesen untuk perkhidmatan KLIA Transit. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Stesen ini adalah sebahagian daripada bangunan Terminal Utama KLIA.

Perkhidmatan bas sunting

Terdapat bas tempatan dan dan bas ulang-alik berkhidmat di aras 1 Bangunan Terminal Utama KLIA iaitu laluan bas RapidKL E1, laluan bas Smart Selangor SPG1 dan SPG2 serta laluan bas ulang-alik ke LTCP dan Mitsui Outlet Park.

Rujukan sunting

  1. ^ "Our Services" [Perkhidmatan Kami] (dalam bahasa Inggeris). Express Rail Link Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-03. Dicapai pada 12 Jun 2014.