Buka menu utama

Stesen kereta api

kemudahan landasan kereta api di mana kereta api berhenti secara tetap untuk menerima atau meletakkan penumpang dan/atau muatan
Stesen kereta api kecil biasa

Stesen kereta api ialah satu kemudahan tempat di mana para penumpang dapat menaiki dan menuruni kereta api, dan/atau di mana kereta api pengangkut barangan dapat diisi atau dipunggah.[1] Lazimnya terdapat pengangkutan awam lain yang berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi.

Sebuah stesen biasanya terdiri dari sekurang-kurangnya satu bangunan untuk para penumpang (dan kemungkinan barangan) dan ditambah pemasangan lain berkaitan dengan kefungsian landasan. Sebuah stesen kecil dengan sedikit kemudahan dan/atau kegunaan terhad dapat dipanggil sebagai "perhentian".

Stesen dibina sama ada bersebelahan dengan atau melintangi sebuah laluan keretapi, atau di hujung laluan (di mana ia menjadi terminal laluan). Biasanya pelantar ternaik disediakan untuk membenarkan para penumpang menaiki kereta api secara mudah dan selamat. Pelantar dapat dihubungkan dengan laluan bawah tanah, jambatan jalan kaki, atau lintasan kereta api; kemudahan penumpang seperti tempat berlindung, jualan tiket dan bangku boleh dijumpai di pelantar atau (di stesen besar) dalam bangunan stesen.[2]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Bishopsgate Goods Station (Goodsyard)". Subterranea Britannica. 2005-06-29. Dicapai 2008-03-13. 
  2. ^ "NS Station Furniture". Benelux Railways Society. Dicapai 2008-03-13. 

Pautan luarSunting

Templat:Pengangkutan awam