Stesen MRT Surian ialah stesen transit aliran deras (MRT) bertingkat di Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Kajang, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang. Ia terletak di antara Stesen MRT Kota Damansara dan Stesen MRT Mutiara Damansara dan mempunyai kod stesen iaitu KG07.[1]

Surian Rapid KL
Stesen transit aliran deras
Permandangan luaran stesen dari Jalan PJU 5/8.
LokasiStesen Surian, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Koordinat3°8′58.66″N 101°35′36.93″E / 3.1496278°N 101.5935917°E / 3.1496278; 101.5935917Koordinat: 3°8′58.66″N 101°35′36.93″E / 3.1496278°N 101.5935917°E / 3.1496278; 101.5935917
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 780, 802, T807, T808
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen KG07 
Sejarah
Dibuka16 Disember 2016
DielektrikkanYa
Nama lamaDataran Sunway
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kota Damansara
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang Mutiara Damansara
menghala ke Kajang
Kota Damansara
menghala ke Sungai Buloh
Laluan Kajang
Perkhidmatan lampau (2016–2022)
Lokasi
Map

Sejarah

sunting
 
Permandangan laluan pejalan kaki untuk masuk ke stesen dari Pintu B. Di sebelah kiri, ialah Persiaran Surian.

Projek Laluan MRT Kajang telah mula dibina secara rasmi pada 8 Julai 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[a][2][3][4] Pada 2012, nama sementara untuk stesen ini adalah Stesen MRT Dataran Sunway kerana ia terletak berhampirannya tetapi pada tahun 2014, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menukar nama stesen ini kepada Stesen MRT Surian.[5][6]

Nama stesen ini mungkin diambil dari jalan raya Persiaran Surian yang terletak di bawah stesen. Stesen MRT Surian telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 November 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang, iaitu dari Stesen Sungai Buloh hinga Stesen Semantan.[1][4][7] Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.

Ciri-ciri stesen

sunting

Lokasi

sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian, Kota Damansara, Selangor. Di sebelah utara stesen adalah pusat komersial Dataran Sunway (menempatkan pusat membeli-belah Sunway Giza)[8] dan di sebelah selatan stesen adalah kompleks kondominium dan pusat membeli-belah Tropicana Gardens. Juga terletak berhampiran stesen adalah kompleks pangsapuri mewah Casa Indah Kelab Golf Seri Selangor, Pasar Raya Besar Giant Kota Damansara dan Encorp Strand Mall.[9]

Pelan stesen

sunting
 
Kaunter perkhidmatan pelanggan di aras legar.
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Mutiara Damansara)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Kota Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Sunway Nexis dan Tropicana Gardens  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Aras tanah (G) dipisahkan oleh jalan raya Persiaran Surian dan juga merupakan perhentian bas, teksi dan kenderaan peribadi serta pintu masuk dan keluar stesen. Setelah memasuki stesen terdapat aras legar stesen MRT Surian dimana terdapat mesin tiket, pagar tambang, kedai serbaneka, tandas awam, surau dan pusat perkhidmatan pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[10][9]

Pintu stesen

sunting

Terdapat empat pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Surian, Pintu A, Pintu B, Pintu C dan sambungan ke Tropicana Gardens. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan Terdapat dua pintu masuk dan keluar mempunyai kemudahan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke platform stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi di Pintu A dan Pintu B.[11][12][13] Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Pusat Membeli-Belah Tropicana Gardens manakala Pintu B pula terletak di utara stesen berdekatan dengan Dataran Sunway, dan bangunan kedai-kedai di Jalan PJU 5/8.[10][9] Terdapat dua jambatan pejalan kaki yang telah dipersetujui oleh MRT Corp iaitu, dari Sunway Nexis (Pintu C) dan Tropicana Gardens; jambatan tersebut akan disambungkan ke aras legar stesen MRT Surian.[14]

Pintu Lokasi Destinasi utama dan kawasan berhampiran Kemudahan Gambar
Tangga   Eskalator   Lif   OKU   Bas  
A Selatan stesen Persiaran Surian
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Persiaran Damansara Indah, Kelab Golf Seri Selangor, Kondominium Casa Indah 1 dan 2, dan arah tanah Tropicana Gardens.
           
B Utara stesen Jalan PJU 5/8
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Dataran Sunway, Sunway Giza, Encorp Strand Mall, Pasar Raya Besar Giant Kota Damansara, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Central Park Dataran Sunway, Padang Kota Damansara
           
C Timur laut stesen Sambungan pejalan kaki terus ke Sunway Nexis      
D Selatan stesen Sambungan pejalan kaki terus ke Tropicana Gardens      

Reka bentuk stesen

sunting

Konsep reka bentuk stesen adalah sama seperti stesen MRT Laluan Kajang yang bertingkat lainnya iaitu berdasarkan konsep pondok wakaf Islam. Stesen ini adalah terbuka, tinggi dan dapat diterangi oleh cahaya semula jadi serta ia mempunyai aliran udara yang baik dan sejuk.[15][16] Stesen ini juga menggunakan pintu skrin platform demi keselamatan pengguna MRT.[17]

Sambungan

sunting

Perkhidmatan bas

sunting

Bas Pengantara MRT ulang alik yang dimiliki oleh Rapid KL berkhidmat di Stesen MRT Surian. Terdapat dua laluan yang telah direkacipta iaitu, laluan T807 (MRT Surian–Ara Damansara) dan T808 (MRT Surian–Seksyen 11 Kota Damansara).[18] Kekerapan bas pengantara MRT ialah di antara 10 minit hingga 15 minit. Laluan bas ini dibuka selaras dengan pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang pada Disember 2016.[12][13] Selain itu, laluan bas lain seperti 780 yang berasal dari Seksyen 8 Kota Damansara, menuju ke Hab Pasar Seni serta laluan bas 802 berasal dari Seksyen 11 Kota Damansara yang menuju ke Stesen LRT Kelana Jaya juga berkhidmat di stesen ini.[18]

Laluan Koridor Pengendali Terminal[18] Jumlah perhentian[11][19] Melalui[19] Sambungan
Jalan raya Petempatan
 T807  Koridor Damansara Rapid KL MRT Surian Pintu A Dataran Ara Damansara 23 stesen Persiaran Damansara Indah
Persiaran Tropicana
Jalan PJU 1A/1
Jalan PJU A1/3
Jalan Tropika Utama
Jalan PJU A1/46
Jalan PJU A1/41
Jalan PJU 3/22
Jalan PJU A1/20
Tropicana Indah, Tropicana, Ara Damansara, Lembah Subang, Sunway Damansara LRT Lembah Subang, T782
 T808  MRT Surian Pintu B SK Seksyen 11 Kota Damansara 8 stesen Persiaran Mahogani
Jalan PJU 5/1
Jalan Kenyalang 11/3
Seksyen 11 Kota Damansara, Seksyen 5 Kota Damansara, Dataran Sunway 802
 
Perhentian SK Seksyen 11 Kota Damansara

Perkhidmatan bas laluan T807 akan melalui dan menghubungkan kawasan perumahan penduduk di Ara Damansara, Tropicana dan Tropicana Indah, dengan 23 buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). 23 buah perhentian bas itu adalah Sekolah Antarabangsa St. Joseph's Institution, Tropicana Avenue, Menara Lien Hoe, Damansara Lagenda, Idaman Villas, Taipan 1 (Opp), Winchester, Stesen LRT Lembah Subang, Pusat Dagangan NZX, Winchester (Opp), Ara Permata, Balai Polis Ara Damansara, Ara Vista, Ara Putra (Opp), Maisson Condo, Taipan 1, Damansara Idaman, Damansara Lagenda (Opp), Kelab Golf Tropicana, Tropicana Grande, Casa Tropicana, Sunway Sutera, dan Cita Damansara. T807 akan melalui beberapa jalan utama seperti Persiaran Damansara Indah di Tropicana Indah, Persiaran Tropicana dan Jalan Tropika Utama di Tropicana, Jalan PJU 1A/1, Jalan PJU A1/3, Jalan PJU A1/46, Jalan PJU A1/41, Jalan PJU 3/22, dan Jalan PJU A1/20 di Ara Damansara. Terminal laluan bas T807 ialah MRT Surian Pintu A dan Dataran Ara Damansara.[12][20]

Perkhidmatan bas laluan T808 akan melalui dan menghubungkan kawasan komersial Dataran Sunway dan Seksyen 11 dengan lapan buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). Lapan buah perhentian bas itu adalah Dataran Sunway Timur Timur, The Strand Timur, Pangsapuri Dedap Blok 10, D,Villa Avenue, Aeon Big Kota Damansara (atau NSK Trade City Kota Damansara)), Pangsapuri Dedap Blok 1, The Strand Barat dan Dataran Sunway Barat. T808 akan melalui beberapa jalan utama di Kota Damansara seperti Persiaran Mahogani, Jalan PJU 5/1 dan Jalan Kenyalang 11/3. Terminal laluan bas T808 ialah MRT Surian Pintu B dan SK Seksyen 11 Kota Damansara.[13][21]

Galeri

sunting
  1. ^ Stesen ini dan stesen lain yang dibawah pembukaan Fasa 1 telah disiapkan awal berbanding stesen-stesen yang berada di Fasa 2 Laluan Kajang.[22]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Ahmad Suhael Adnan (Julai 18, 2017). "Selesa, cepat naik MRT sepanjang jajaran 51km". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-20.
  2. ^ Meng Yew Choong (2021-07-10). "Flashback #Star50: Why drive? Get on the MRT". The Star Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
  3. ^ Kevin Smith (2014-10-14). "Malaysia to build second Klang Valley metro line" (dalam bahasa Inggeris). International Railway Journal. Dicapai pada 2021-10-10. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ a b Bernama (2017-07-11). "MRT-1 beroperasi sepenuhnya minggu depan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.
  5. ^ Meng Yew Choong (2014-09-26). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". The Star Malasyia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 2021-10-10.
  6. ^ Jonathan James Tan (2014-09-26). "MRT Sungai Buloh-Kajang Line finalised station names". Paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
  7. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  8. ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018.
  9. ^ a b c "Surian MRT Station". Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
  10. ^ a b "Surian — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  11. ^ a b "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  12. ^ a b c "MRT Surian (T807) & (T808) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-21. Dicapai pada 2017-07-22.
  13. ^ a b c "MRT Surian (T807) & (T808) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-07-20.
  14. ^ Hazril Hafiz (20 Disember 2016). "Jejantas menghubungkan stesen-stesen MRT dengan bangunan bersebelahan dibina oleh pemilik hartanah". Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 2021-10-23.
  15. ^ "Sungai Buloh—Kajang line - Stations". MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2018. Dicapai pada 20 November 2018.
  16. ^ "面积外观易辨识 "三铁"车站各具特色". Oriental Daily Online (dalam bahasa Cina). KTS Group. 2016-08-14. Dicapai pada 2021-10-10.
  17. ^ "MRT Corp awards 3 system work contracts worth RM302mil". The Star. 6 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2018. Dicapai pada 3 December 2018.
  18. ^ a b c "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  19. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  20. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T807 - MRT Surian Ara Damansara". Moovit. 11 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  21. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T808 - MRT Surian Seksyen 11 Kota Damansara". Moovit. 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  22. ^ Bernama (2016-09-26). "Fasa Pertama Projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Semantan Siap Awal". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.