Stesen LRT Puchong Prima

Sebuah stesen LRT Laluan Sri Petaling yang terletak di Puchong Prima, Puchong, Selangor.

Stesen LRT Puchong Prima ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena kawasan perumahan Puchong Prima di selatan Puchong, Selangor. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]

Puchong Prima Rapid KL
LokasiStesen Puchong Prima, Persiaran Puchong Permai, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Koordinat2°59′58.9″N 101°35′47.8″E / 2.999694°N 101.596611°E / 2.999694; 101.596611Koordinat: 2°59′58.9″N 101°35′47.8″E / 2.999694°N 101.596611°E / 2.999694; 101.596611
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T601, T603
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP29 
Sejarah
Dibuka30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
Stesen terakhir
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak diatas Persiaran Puchong Permai di Taman Puchong Prima, Puchong. Terletak berhampiran stesen adalah pangsapuri Desa Idaman Residences dan SMK Puchong Permai.

Susunan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Puchong Perdana)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Perkhidmatan Bas sunting

 
Bas Rapid KL lauan T601 dalam keadaan pegun di Terminal Puchong Utama

Bas RapidKL laluan T601 dan T603 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Malik Ridhwan (27 Jun 2016). "Sambungan jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang mula operasi 30 Jun". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Nov 2018. Dicapai pada 7 Nov 2018.
  2. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.