TraXX FM
TraXX FM (sebelum ini dikenali sebagai Johore Wireless Association, Malayan Wireless Association, Penang Wireless Society, Radio Malaya, Radio Malaysia, Blue Network, Radio 4 dan Radio Malaysia Channel 4) ialah sebuah stesen radio kebangsaan dalam Bahasa Inggeris dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Moto utamanya ialah Experience the Excitement.
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia |
Slogan | Experience the Excitement |
Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan. |
Tarikh siaran pertama | 1 April 1921 1 April 2005 (TraXX FM) | (Johore Wireless Association)
Bahasa | Inggeris |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | Ai FM, Asyik FM, KL FM, Minnal FM, Nasional FM dan Radio Klasik |
Siaran web | rtmklik |
Tapak web | traxxfm |
Antara DJ dalam stesen ini ialah Greenman, Lady Kay, Cruzer, Jezza, Mag, Double D, Navsta, Patrick, Maya, Roundhead, Sleebo, Edmeister, TheShaz, Chunky, DJ Constant, Jeremy, Mary, Najee dan Alwani.
Stesen ini berkhidmat 24 jam dan aliran siaran langsung boleh dilalui melalui tapak web rasminya.
TraXX FM utamanya ialah di Tingkat 2 Utara, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
TraXX FM bersiaran serentak di Sabah V FM pada setiap hari bermula jam 12:00 tengah malam hingga 2:00 pagi.
SejarahSunting
Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya (kini Malaysia) pada 1hb April 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Johore Wireless Association yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter.
Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Malayan Wireless Association di Kuala Lumpur pada tahun 1928. Penang Wireless Society telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.
Pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini ditukar kepada Radio Malaya.
Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.
Pada 16hb September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.
Pada 19hb Januari 1971, Radio Malaysia yang dikenali sebagai Blue Network (kini TraXX FM).
- Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik dahulunya Klasik Nasional).
- FM Stereo (Bahasa Melayu, sekarang Nasional FM dahulunya Muzik FM).
- Blue Network (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
- Rangkaian Hijau (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
- Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah dan Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 dan Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
- Radio Sarawak (sekarang Sarawak FM).
- Radio Sabah (sekarang Sabah FM).
Siaran langsung penurunan Union Jack dan pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.
Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat dan kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum dan etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara dan memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.
Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1hb Januari) 1989, Blue Network yang dikenali sebagai Radio 4.
Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1hb Januari) 1995, Radio 4 memulakan siaran 24 jam sehari iaitu tambahan masa siaran sebanyak 50 jam seminggu dan siaran berita disiarkan pada setiap jam.
Pada 1hb September 1998, Radio 4 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Channel 4.
Pada 1hb April 2005, Radio Malaysia Saluran 4 yang dikenali sebagai TraXX FM Experience the Excitement.
Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTMSunting
National News disiarkan pada jam 9:00 pagi.
Main News disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 1:00 tengah hari, 5:00 petang, 7:00 malam dan 9:00 malam.
World News disiarkan pada jam 11:00 pagi.
PenyampaiSunting
Penyampai Nasional HarianSunting
- Greenman
- Lady Kay
- Cruzer
- Jezza
- Mag
- Double D
- Navsta
- Patrick
- Maya
- Roundhead
- Sleebo
- Edmeister
- TheShaz
- Chunky
- DJ Constant
- Jeremy
- Mary
- Najee
- Alwani
Rancangan-utamaSunting
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Sound Journey | 00:00 - 06:00 |
Morning Show | 06:00 - 10:00 |
Traxx Momentum | 10:00 - 14:00 |
Chill@Traxx | 14:00 - 17:00 |
Evening Drive | 17:00 - 19:00 |
Evening Buzz | 19:00 - 21:00 |
After Hours | 21:00 - 00:00 |
FrekuensiSunting
RadioSunting
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar |
---|---|---|
90.3 MHz | Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
100.1 MHz | Selangor | Gunung Ulu Kali |
98.7 MHz | Perlis, Kedah & Pulau Pinang | Gunung Jerai |
105.3 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | |
90.1 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
88.7 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
97.4 MHz | Melaka & Johor Utara | Gunung Ledang |
102.9 MHz | Johor Bahru, Johor & Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
89.7 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar |
104.7 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Telipot |
89.9 MHz | Kuching, Sarawak | Gunung Serapi |
104.5 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir |
102.3 MHz | Brunei | Bukit Mas |
90.3 MHz | Labuan | Bukit Timbalai |
90.7 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Lawa Mandau |
94.3 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig |
TelevisyenSunting
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro | 872 |
myFreeview | 702 |