Bandar Seri Begawan

ibu negara Brunei

Bandar Seri Begawan (Jawi: بندر سري بڬاوان) atau nama lama ia Bandar Brunei[1][2] (Jawi: بندر بروني‎, bahasa Inggeris: Brunei Town) merupakan ibu kota dan bagi negara Brunei Darussalam serta bandar diraja persemayaman Sultan Brunei yang memerintah.

Bandar Seri Begawan
بندر سري بݢاوان
Dari kiri: Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Taman Tuan Muda Omar Ali Saifuddin, Lapau Diraja, Mercu Dirgahayu dan pusat Bandar Seri Begawan.
Dari kiri: Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Taman Tuan Muda Omar Ali Saifuddin, Lapau Diraja, Mercu Dirgahayu dan pusat Bandar Seri Begawan.
Negara Brunei
Keluasan
 • Jumlah100.36 km2 (38.75 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah20,000
Zon waktuUTC+8 ( )
Laman sesawangwww.municipal-bsb.gov.bn
Waktu min solarUTC+07:39:00

Kawasan metropolitan kota ini yang merangkumi juga Daerah Brunei-Muara diduduki sebanyak 279,924 orang iaitu lebih setengah keseluruhan penduduk serata Brunei.[3]

Sejarah sunting

Pendudukan di tepi muara Sungai Brunei boleh dikesan pada abad kelapan Masihi; peninggalan yang dijumpai berdekatan lokasi Muzium Brunei ini diamati menyerupai petempatan-petempatan seumpama yang diketahui di tempat lain seperti Kampong Ayer.[4]

Pada tahun 5 Oktober 1970, kota ini dinamakan sempena Sultan Omar Ali Saifuddien III:[5] "Seri Begawan" merupakan gelaran diberikan kepada baginda apabila turun takhtanya pada 1967[5][6] bererti "yang berbahagia" menyerap dari kata bahasa Sanskrit भगवान bhagavān yang bermaksud "beruntung, makmur, bahagia."[7] Penamaan sedemikian diberikan sebagai tanda penghargaan rakyat Brunei kepada sumbangan baginda memodenkan negara Brunei sepanjang pemerintahan baginda.[8]

Kota ini menjadi ibu kota ketiga kerajaan Brunei selepas Kota Batu dan Kampong Ayerl ia merupakan pusat pemerintahan kerajaan tersebut pada kemuncak kuasa ia sebagai suatu empayar.[6][1][9][10]

Bandar Brunei hampir ranap seluruh infrastruktur berikutan perebutan kuasa antara pihak Jepun dan pihak Berikat semasa Perang Dunia Kedua;[11] ia segera dibina semula setelah berjaya dikembalikan pihak British.[11]

Pada 1 Ogos 2007, sultan Brunei memperkenankan pembesaran kawasan 12.87 km2 (4.97 bt2) ke 100.36 km2 (38.75 bt2).[9]

Geografi sunting

Bandar Seri Begawan terletak di 4°53'25"U, 114°56'32"T, di tebing utara Sungai Brunei. Di Bandar Seri Begawan juga terdapat perkampungan air, Kampong Ayer, yang telah diduduki selama 1,300 tahun dan yang merupakan perkampungan jenis ini yang terbesar di Asia Tenggara.

Iklim sunting

Bandar Seri Begawan beriklim tropika. Tidak terdapat musim kering sebenar dan bandar ini mengalami hujan sepanjang tahun. Malah bulan "kering (Mac) secara puratanya menerima 120 mm (4.7 in) hujan setiap tahun. Bulan-bulan dari Oktober hingga Disember menyaksikan hujan yang paling banyak dengan hujan turun lebih kurang setiap dua dari tiga hari. Seperti bandar-bandar tropika lain, suhu purata lebih kurang malar dengan ketinggian purata sekitar 32 °C (90 °F) dan kerendahan sekitar 23 °C (73 °F).

Data iklim untuk Bandar Seri Begawan (Lapangan Terbang Brunei)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 34.1
(93.4)
35.3
(95.5)
38.3
(100.9)
37.6
(99.7)
36.4
(97.5)
36.2
(97.2)
36.2
(97.2)
37.6
(99.7)
36.0
(96.8)
35.3
(95.5)
34.9
(94.8)
36.2
(97.2)
38.3
(100.9)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30.4
(86.7)
30.7
(87.3)
31.9
(89.4)
32.5
(90.5)
32.6
(90.7)
32.5
(90.5)
32.3
(90.1)
32.4
(90.3)
32.0
(89.6)
31.6
(88.9)
31.4
(88.5)
31.0
(87.8)
31.8
(89.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 23.3
(73.9)
23.3
(73.9)
23.5
(74.3)
23.7
(74.7)
23.7
(74.7)
23.4
(74.1)
23.0
(73.4)
23.1
(73.6)
23.1
(73.6)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.3
(73.9)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 18.4
(65.1)
18.9
(66.0)
19.4
(66.9)
20.5
(68.9)
20.3
(68.5)
19.2
(66.6)
19.1
(66.4)
19.4
(66.9)
19.6
(67.3)
20.5
(68.9)
18.8
(65.8)
19.5
(67.1)
18.4
(65.1)
Purata curahan hujan, mm (inci) 292.6
(11.52)
158.9
(6.26)
118.7
(4.67)
189.4
(7.46)
234.9
(9.25)
210.1
(8.27)
225.9
(8.89)
226.6
(8.92)
264.4
(10.41)
312.3
(12.30)
339.9
(13.38)
339.6
(13.37)
2,913.3
(114.70)
Purata bilangan hari hujan 16 12 11 16 18 16 16 16 19 21 23 21 205
Purata kelembapan relatif (%) 86 85 84 84 85 84 84 83 84 85 86 86 85
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 196 191 225 239 236 210 222 218 199 206 205 211 2,558
Sumber 1: Pertubuhan Meteorologi Sedunia,[12] Deutscher Wetterdienst (extremes, 1971–2012 and humidity, 1972–1990)[13]
Sumber 2: NOAA (sun, 1961–1990)[14]

Demografi sunting

Penduduk Bandar Seri Begawan sekitar 140,000 orang dan kawasan metropolitannya mempunyai 278,000 penduduk (Ogos 2010). Majoriti orang Brunei terdiri daripada Melayu sementara penduduk Cina merupakan minoriti penting. Terdapat juga bangsa pribumi seperti Iban dan mereka diklasifikasikan sebagai Bumiputera. Terdapat juga banya pekerja asing di Brunei —kebanyakannya dari negara-negara jiran Indonesia dan Filipina, dan juga dari benua kecil India.

Tempat-tempat menarik sunting

Masjid sunting

 
Barj bersebelahan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
  • Masjid Jame'asr Hassanil Bolkiah – Masjid terbesar di Brunei. Ia dibina bagi memperingati hari ulang tahun ke-25 pemerintahan sultan. Dikenali oleh orang tempatan sebagai Masjid Kiarong.

Tempat-tempat bersejarah sunting

  • Dewan Istiadat Diraja atau Lapau
Lapau digunakan bagi upacara istiadat diraja. Sultan Hassanal Bolkiah dimahkotakan di sini pada 1 Ogos 1968.
  • Makam al-marhum Sultan Bolkiah di Kota Batu
  • Makam al-marhum Sultan Sharif Ali di Kota Batu
  • Makam Di-Raja
Terletak berjauhan dari sungai Brunei, Makam Di-Raja menjadi tempat bersemadi sultan-sultan Brunei dan ahli keluarga diraja.

Muzium sunting

 
Muzium Brunei ialah muzium terbesar di Brunei. Ia terletak di tapak arkeologi Kota Batu.
  • Muzium Brunei – Terletak di tapak arkeologi Kota Batu lebih kurang 5 km (3.1 bt) dari Bandar Seri Begawan. Muzium ini diasaskan pada tahun 1965 dan merupakan muzium terbesar di Brunei. Muzium ini ditempatkan di tapaknya sekarang pada tahun 1970 dan dibuka dengan rasmi pada tahun 1972. Muzium memberi tumpuan kepada sejarah Islam, sejarah semula jadi, adat resam Brunei, seramik dan industri minyak Brunei.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Trudy Ring; Noelle Watson; Paul Schellinger (12 November 2012). Asia and Oceania: International Dictionary of Historic Places. Routledge. m/s. 161–. ISBN 978-1-136-63979-1.
  2. ^ "Bandar Seri Begawan's Historical Development". brudirect.com. 27 August 2016. Dicapai pada 19 May 2019.
  3. ^ "Population and Housing Census Report (Demographic Characteristics)" (PDF). Department of Economic Planning and Development. 2011. m/s. 4/10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mei 2015.
  4. ^ Roman Adrian Cybriwsky (23 May 2013). Capital Cities around the World: An Encyclopedia of Geography, History, and Culture: An Encyclopedia of Geography, History, and Culture. ABC-CLIO. m/s. 32–. ISBN 978-1-61069-248-9.
  5. ^ a b Oxford Business Group (2009). The Report: Brunei Darussalam 2009. Oxford Business Group. m/s. 215–. ISBN 978-1-907065-09-5.
  6. ^ a b Marshall Cavendish Corporation (2007). World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. Marshall Cavendish. m/s. 1206–. ISBN 978-0-7614-7642-9.
  7. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 743–744. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 26–27. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  8. ^ Hayat, Hakim (28 September 2017). "Religious ceremony marks Bandar Brunei renaming". Borneo Bulletin Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2018. Dicapai pada 19 May 2019.
  9. ^ a b Shirleen Cambridge (5 October 2014). Ultimate Handbook Guide to Bandar Seri Begawan : (Brunei) Travel Guide. MicJames. m/s. 8–. GGKEY:16PGAE1LKCQ.
  10. ^ Jatswan S. Sidhu (22 December 2009). Historical Dictionary of Brunei Darussalam. Scarecrow Press. m/s. 32–. ISBN 978-0-8108-7078-9.
  11. ^ a b Marie-Sybille de Vienne (9 March 2015). Brunei: From the Age of Commerce to the 21st Century. NUS Press. m/s. 105–108. ISBN 978-9971-69-818-8.
  12. ^ "World Weather Information Service – Bandar Seri Begawan". World Meteorological Organisation. Dicapai pada 14 Mei 2010.
  13. ^ "Klimatafel von Bandar Seri Begawan (Int. Flugh.) / Brunei" (PDF). Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa Jerman). Deutscher Wetterdienst. Dicapai pada 22 November 2016.
  14. ^ "Brunei Darussalam Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 29 November 2013.

Pautan luar sunting

Perniagaan

Koordinat: 4°53′25″N 114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E / 4.89028; 114.94222