Ibu kota ialah istilah yang lebih umum untuk kota atau bandar pentadbiran yang utama di sebuah negara atau daerah. Oleh itu, istilah "ibu kota" merangkumi ibu negara dan ibu negeri, serta banyak lagi bandar pentadbiran yang lain seperti di provinsi, wilayah, kemaharajaan, kerajaan, dan sebagainya.

Meskipun ibu kota merupakan kota yang utama, ia tidak semestinya merupakan kota yang paling besar. Di kota ini biasanya terdapat jabatan-jabatan pentadbiran serta pejabat-pejabat komersil. Untuk perincian tentang ibu kota sebuah negara, sila lihat rencana ibu negara.

Lihat juga sunting