Portal Brunei

Bendera Brunei
Bendera Brunei
Jata negara Brunei
Jata negara Brunei
Lokasi Brunei

Negara Brunei Darussalam (Jawi: نڬارا بروني دارالسلام) atau Negara Brunei, Rumah Yang Aman (Bahasa Melayu) atau Brunei ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dan Indonesia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia iaitu Bahagian Limbang. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo dan juga sebahagian daripada gugusan kepulauan Filipina.

Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.


Rencana pilihan

Masjid Omar Ali Saifuddien (Jawi:مسجد السلطان عمر علي سيف الدين) ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Omar Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.

(Lebih mengenai...)

Gambar pilihan

Kategori

Portal yang berkaitan