Sultan Brunei

Raja pemerintah Brunei Darussalam

Sultan Brunei ialah ketua negara beraja Brunei dan ketua kerajaan dengan jawatan sebagai perdana menteri Brunei.[1] Sejak kemerdekaan daripada British pada 1984, hanya seorang sultan menaiki takhta, walaupun institusi diraja bermula sejak abad ke-14.[2]

Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
-
Penjawat kini
Hassanal Bolkiah
sejak 5 Oktober 1967
-
Butiran
GelaranDuli Yang Amat Mulia
Pewaris takhtaPengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah
Penyandang pertamaSultan Muhammad Shah
Pembentukan0 Disember 1363; 662 tahun yang lalu (1363-12-00)
PersemayamanIstana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan
Laman sesawang-

Sultan Brunei boleh dianggap bersamaan dengan Kerabat Bolkiah, dengan leluhurnya telah dijejak dari sultan pertama, Sultan Muhammad Shah, kecuali terganggu seketika dengan kemahkotaan sultan ke-13, Sultan Abdul Hakkul Mubin, yang kemudiannya digulingkan kembali oleh Bolkiah. Gelaran rasmi Sultan Brunei ialah Sultan dan Yang di-Pertuan Negara | Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. [1]

Senarai Sultan Brunei

sunting

Penerbangan Baginda

sunting

Baginda mempunyai armada peribadi pesawat VIP sejak 1979.[3] terdiri daripada Boeing 747-8(V8-BKH) Boeing 767-200 (V8-MHB) dan Boeing 787-8 (V8-OAS),[4] serta helikopter seperti Sikorsky S70 dan S76.

Armada pesawat bukan sebahagian daripada Tentera Udara negara. Selain daripada 747-8, dua lagi pesawat menggunakan warna Royal Brunei Airlines.

Ketidakpastian

sunting

Catatan sejarah terawal Sultan Brunei tidak diketahui dengan jelas kerana dokumentasi awal sejarah Brunei yang lemah. Di samping itu terdapat usaha untuk mengislamkan sejarah, dengan "sejarah rasmi" tidak sepadan dengan sumber asing yang boleh disahkan.[5] Batu Tarsilah - rekod salasilah raja-raja Brunei - tidak dimulakan sehingga 1807. Oleh itu, banyak tafsiran sejarah bergantung kepada sumber dan lagenda Cina terdahulu. Nampaknya Kesultanan Brunei awal bergantung kepada sokongan orang Cina,[6][7][8] dan mungkin Sultan awal berasal dari Cina.[6] Tambahan pula, Sultan terawal mungkin telah mengamalkan agama Hindu, Buddha ataupun Animisme dengan nama awal menunjukkan asal usul ini.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Prime Minister". The Prime Minister's Office of Brunei Darussalam. Dicapai pada 24 April 2011.
  2. ^ "Sultan-Sultan Brunei". Government of Brunei. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2015. Dicapai pada 24 April 2011.
  3. ^ https://www.Helios.com/database/org/Brunei-Government/
  4. ^ https://www.planespotters.net/government/Brunei-Government?refresh=1
  5. ^ a b "Brunei".
  6. ^ a b Elisseeff, Vadime (January 2000). "Chapter 8: A Brunei Sultan of the Early Fourteenth Century – A Study of an Arabic Gravestone". The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Berghahn Books. m/s. 145–157. ISBN 978-1-57181-222-3. Dicapai pada 26 December 2013.
  7. ^ "Malaysians Unplugged Uncensored: Malay History: What's Missing in Malaysian History Books". June 2013.
  8. ^ "The golden history of Islam in Brunei | The Brunei Times". www.bt.com.bn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-26.