Sultan Abdul Kahar
Sultan Abdul Kahar yang dikenali sebagai Marhum Keramat[1] merupakan Sultan Brunei ke-6 memerintah dari tahun 1524 sehingga tahun 1530.
Abdul Kahar عبد القهار | |
---|---|
Sultan Brunei ke-7 | |
Pemerintahan | 1524 M - 1530 M (turun takhta)[perlu rujukan] |
Mangkat | 1578 |
Tempat mangkat | Brunei |
Dimakamkan | Brunei |
Pendahulu | Sultan Bolkiah |
Pengganti | Sultan Saiful Rizal |
Ayahanda | Bolkiah |
Agama | Islam Sunni |
Baginda mengeluarkan mata wang 'pitis'. Pada tahun 1521, semasa menjadi Pemangku Sultan, baginda dilawati oleh rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta mewakili Empayar Sepanyol. Pada tahun 1526 dan 1530 pula, seorang Portugis bernama George de Menezees datang ke Brunei. Begitu juga dengan ulama-ulama Islam. Baginda meluaskan lagi syiar Islam ke seluruh Brunei dan kepulauan Filipina.
Pada tahun 1530, baginda turun takhta dan diberi gelaran Paduka Seri Begawan Sultan. Baginda diganti oleh Sultan Saiful Rijal anak kepada Pengiran Muda Besar Muhammad Tajuddin anak kepada Sultan Bolkiah. Baginda lindung pada tahun 1578.
Rujukan sunting
- ^ "Sejarah Sultan-Sultan Brunei" (PDF). Hmjubliemas.gov.bn. Dicapai pada 3 February 2018.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1524 – 1530 |
Penyandang Kemudian |
Bolkiah | Saiful Rijal |