Sultan Muhammad Hasan

Sultan Brunei

Sultan Muhammad Hassan Sultan Brunei ke-9 memerintah dari tahun 1582 hingga tahun 1598. Baginda merupakan seorang sultan yang termashyur gagah perkasa, mempunyai kebesaran setanding dengan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh.

Muhammad Hasan
محمد حسن
Pendahulu Sultan Shah Alam
Pengganti Sultan 'Abdul Jalilul Akbar
Pasangan Puteri Sulu
Anakanda
Sultan 'Abdul Jalilul Akbar
Sultan Anum Ibrahim Ali Omar Shah
Sultan Haji Muhammad Ali
Sultan Muwallil Wasit-I @ Pengiran Shahbandar Maharaja Lela
Pengiran Digadong Pengiran Besar Othman
Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Noralam
Raja Bonda
Raja Putri Tuah
Nama penuh
Muhammad Hasan ibni Sultan Saiful Rizal
Ayahanda Sultan Saiful Rizal
Bonda Raja Isteri Pengiran Putri Khairani
Dimakamkan Tanjung Kindana, Kampung Sungai Bunga
Agama Islam

Baginda sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga menghadapi tipu muslihat musuh. Baginda mempunyai 40 pahlawan yang tidak lut senjata. Pada zaman baginda diadakan gelaran Pengiran Digadong dan Pengiran Pemancha. Baginda juga terkenal dengan nama '''Marhum di Tanjung'''.

Bada giat dalam menankan dakwah Islam di Kepulauan Filipina. Utusan baginda.luar negeri diubah tarafnya kepada 'Duta'.Baginda berusaha membukukan 'Kanun Brunei'. Istana baginda dikelilingi kota empat persegi, dipasang dengan meriam-meriam.Baginda juga menitahkan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela melanggar Milau (Sarawak). Pada tahun 1598, baginda mangkat dan dimakamkan di Tanjung Chendana, Pulau Chermin.

Setelah baginda mangkat, maka sebagai penggantinya kemudian diangkatlah putera baginda iaitu Pengiran Muda Tua Abdul Jalil. Putera baginda yang lain, Pengiran Muda Tengah, menjadi Sultan Sarawak pertama dan terakhir dengan gelaran Sultan Ibrahim Ali Omar Shah dan terkenal dengan sebutan Sultan/Raja Tengah yang mana keturunan langsung dari Sultan/Raja Tengah inilah yang menjadi Sultan-Sultan Sambas yang memerintah di Kesultanan Sambas.

Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
15821598
Penyandang Kemudian
Shah Brunei Abdul Jalilul Akbar