Istana Nurul Iman

istana Sultan Brunei

Istana Nurul Iman ialah tempat persemayaman rasmi bagi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat persemayama diraja paling besar di dunia.[1]

Istana Nurul Iman
ايستان نور الإيمان
Halaman istana
Map
Maklumat umum
JenisIstana
Lokasi Brunei
Koordinat4°52′19.31″N 114°55′14.72″E / 4.8720306°N 114.9207556°E / 4.8720306; 114.9207556Koordinat: 4°52′19.31″N 114°55′14.72″E / 4.8720306°N 114.9207556°E / 4.8720306; 114.9207556
Disiapkan pada
1984
PembiayaanAS$1.4 bilion
Pelanggan/klienSultan Haji Hassanal Bolkiah
PemilikSultan Haji Hassanal Bolkiah
Butiran teknikal
Keluasan tingkat
200,000 m²
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekLeandro V. Locsin
Firma arkitekAyala International
Rujukan
pmo.gov.bn

Ciri-ciri kediaman sunting

Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik bersiram serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.[2] Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta bersaingan yang memuatkan lebih 3000 buah kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang. Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 ).[3] Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.[4]

Istana terbesar di dunia sunting

Perbandingan istana-istana di dunia sunting

No. Istana Negara Keluasan lantai
(kaki persegi) (meter persegi)
01 Istana Nurul Iman[2]   Brunei 2,152,782 200,000
02 Kota Larangan[5]   Republik Rakyat China 1,614,600 150,001
03 Istana Diraja Madrid[6]   Sepanyol 1,453,122 134,999
04 Istana Buckingham[7]   United Kingdom 828,818 77,000
05 Istana Versailles[8]   Perancis 721,206 67,002
06 Istana Stockholm   Sweden 658,858 61,210
07 Istana Louvre[9]   Perancis 652,298 60,600
08 Istana Windsor[10]   United Kingdom 484,374 45,000
09 Istana Musim Sejuk   Rusia 250,000 23,226
10 Rashtrapati Bhavan   India 200,000 18,581
11 Palais des Papes   Perancis 161,500 15,004

Rujukan sunting

  1. ^ Guinness World Records
  2. ^ a b Bartholomew, James. The Richest Man in the World, Penguin Books Ltd; New Ed edition (February 22, 1990). ISBN 0140108904, ISBN 978-0140108903
  3. ^ Id.
  4. ^ Id.
  5. ^ "Forbidden City, China Diarkibkan 2010-10-16 di Wayback Machine" (Bahasa Inggeris, 9 Feb. 2011)
  6. ^ "Laman rasmi Diarkibkan 2013-01-12 di Wayback Machine"(bahasa Sepanyol, 2011-02-09) dan Cyberspain"Palacio Real" (Bahasa Inggeris, 9 Feb. 2011
  7. ^ "British monarchy" (Bahasa Inggeris, 9 Feb. 2011)
  8. ^ "[1] Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine"
  9. ^ Kawasan semasa Louvre. "Paris Galleries: Musee du Louvre" (Bahasa Inggeris, 9 Feb. 2011)
  10. ^ Bahagian telah dimusnahkan oleh kebakaran pada tahun 1992 telah dikira berasaskan nilai dilaporkan bahawa satu perlima daripada seluruh istana."British monarchy" (Rujukan bahasa Inggeris).

Pautan luar sunting