Perdana Menteri Brunei
ketua kerajaan bagi Brunei
Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam merupakan jawatan baru yang ditubuhkan oleh Baginda Sultan Brunei sendiri pada tahun 1984 menggantikan jawatan Menteri Besar Brunei setelah Baginda mengangkat sumpah jawatan selaku Sultan yang terkini.
Perdana Menteri Brunei ڤردان منتري نݢارا بروني دارالسلام | |
---|---|
Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam | |
Majlis Mesyuarat Negara Brunei | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri (rasmi) |
Anggota bagi | Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet |
Bidang kuasa | Negara Brunei Darussalam |
Kediaman | Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan |
Pusat |
|
Dilantik oleh | Hassanal Bolkiah sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam |
Tempoh jawatan | Tiada had tempoh atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam |
Pelopor | Menteri Besar |
Dibentuk | 29 September 1959 sebagai Menteri Besar 1 Januari 1984 sebagai Perdana Menteri |
Pemegang pertama | Ibrahim Mohammad Jahfar sebagai Menteri Besar Hassanal Bolkiah sebagai Perdana Menteri |
Timbalan/naib | Duli Pengiran Muda Mahkota, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Selaku Perdana Menteri pertama, Sultan mengetuai kabinet Kerajaan Brunei Darussalam dan wakil negara ke persidangan antarabangsa.
Senarai Perdana Menteri Brunei
suntingNo. | Gambar | Nama | Naik takhta | Turun takhta | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
1 | Sultan Muhammad Shah / Awang Alak Betatar | 1363 | 1402 | Menubuhkan kesultanan.[1] | |
2 | Sultan Abdul Majid Hassan / Maharaja Karna | 1402 | 1408 | Mangkat di Nanjing, China. | |
3 | Sultan Ahmad / Awang Pateh Berbai | 1408 | 1425 | ||
4 | Sultan Sharif Ali / Sultan Berkat | 1425 | 1432 | Sebelum ini pernah menjadi Syarif Mekah bagi Kesultanan Mamluk dan tidak mempunyai hubungan keturunan secara langsung dengan penyandang sebelumnya, tetapi dipilih kerana menjadi menantu kepada Sultan Ahmad dan kefaqihan dalam Islam. | |
5 | Sultan Sulaiman | 1432 | 1485 | Anakanda Sultan sebelumnya, Sharif Ali. Turun takhta bagi membolehkan anakandanya Bolkiah menjadi sultan. | |
6 | Sultan Bolkiah / Nakhoda Ragam | 1485 | 1524 | Anakanda sultan sebelumnya, dan menjadi Sultan pertama yang menggunakan meriam semasa pemerintahannya. | |
7 | Sultan Abdul Kahar | 1524 | 1530 | Anakanda sultan sebelumnya | |
8 | Sultan Saiful Rijal | 1533 | 1581 | Anak saudara dan anak angkat sultan sebelumnya. Perang Kastila tercetus antara Brunei dan Sepanyol. | |
9 | Sultan Shah Berunai | 1581 | 1582 | Putera sulung sultan sebelumnya | |
10 | Sultan Muhammad Hasan | 1582 | 1598 | Adinda sultan sebelumnya | |
11 | Sultan Abdul Jalilul Akbar | 1598 | 1659 | Anakanda sultan sebelumnya | |
12 | Sultan Abdul Jalilul Jabbar | 1659 | 1660 | Anakanda sultan sebelumnya | |
13 | Sultan Muhammad Ali | 1660 | 1661 | Anakan Sultan Muhammad Hassan. Dikujut oleh penggantinya, Sultan Abdul Hakkul Mubin, yang mencetuskan Perang Saudara Brunei. | |
14 | Sultan Abdul Hakkul Mubin | 1660 | 1673 | Memulakan Perang Sudara Brunei dengan membunuh penyandang jawatan, Sultan Muhammad Ali dan kemudian dibunuh oleh Sultan Muhyiddin yang menggantikannya sebagai Sultan. | |
15 | Sultan Muhyiddin | 1673 | 1690 | Putera Sultan Abdul Jalilul Akbar yang membalas dendam atas kematian bapa mentuanya Sultan Muhammad Ali dengan membunuh Sultan Abdul Hakkul Mubin, dan mengakhiri Perang Saudara. Baginda juga membeli serbuk letupan dari Kesultanan Jambi semasa Perang Saudara. | |
16 | Sultan Nasruddin | 1690 | 1710 | Cucunda Sultan Abdul Jalilul Akbar. | |
17 | Sultan Husin Kamaluddin | 1710 | 1730 | Pemerintahan pertama. | |
18 | Sultan Muhammad Alauddin | 1730 | 1737 | Mengarahkan Datu Imam Yaakub untuk menulis Salsilah Raja-Raja Berunai. | |
(17) | Sultan Husin Kamaluddin | 1737 | 1740 | Pemerintahan kali kedua. | |
19 | Sultan Omar Ali Saifuddien I | 1740 | 1778 | ||
20 | Sultan Muhammad Tajuddin | 1778 | 1807 | Mengarahkan Khatib Abdul Latif untuk mengukir Batu Tarsilah. | |
21 | Sultan Muhammad Jamalul Alam I | 1804 | 1804 | ||
22 | Muhammad Kanzul Alam | 1807 | 1826 | ||
23 | Sultan Muhammad Alam | 1826 | 1828 | ||
24 | Sultan Omar Ali Saifuddin II | 1828 | 1852 | Brunei menyerahkan beberapa wilayah Sarawakkepada James Brooke. Brunei menyerahkan Labuan kepada British. | |
25 | Sultan Abdul Momin | 1852 | 29 Mei 1885 | Brunei menyerahkan bahagian barat laut Borneo kepada British. Pengisytiharan Amanat berlaku pada 1884 yang menjadi ikrar tidak akan menyerahkan lebih banyak wilayah Brunei kepada kuasa asing. | |
26 | Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin | 29 Mei 1885 | 10 Mei 1906 | United Kingdom menubuhkan negeri naungan di Brunei pada 1888. | |
27 | Sultan Muhammad Jamalul Alam II | 10 Mei 1906 | 11 September 1924 | Penularan wabak malaria meragut nyawanya serta tiga ahli keluarganya. | |
28 | Sultan Ahmad Tajuddin | 11 September 1924 | 4 Jun 1950 | Pendudukan Jepun ke atas Brunei berlaku. | |
29 | Sultan Omar Ali Saifuddien III | 4 Jun 1950 | 5 Oktober 1967 | Menandatangani Perlembagaan Negara Brunei 1959. Turun takhta secara sukarela bagi memberi laluan kepada anakandanya naik takhta. Menjadi Menteri Pertahanan Brunei pertama selepas kemerdekaan pada 1984. | |
30 | Sultan Hassanal Bolkiah | 5 Oktober 1967 | Penyandang | Brunei memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1984. |
Jabatan-jabatan JPM
sunting- Jabatan Audit
- Biro Mencegah Rasuah
- Jabatan Peguam Negara
- Majlis Mesyuarat Negara Brunei
- Institut Perkhidmatan Awam
- Keselamatan Dalam Negeri
- Jabatan Penerangan
- Jabatan Perkhidmatan Pengurusan
- Biro Kawalan Narkotik
- Jabatan Perkhidmatan Awam
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- Radio Televisyen Brunei
- Jabatan Adat Istiadat Negara
- Polis Diraja Brunei
- Jabatan Mufti Kerajaan
- Jabatan Kehakiman Negara
Lihat Juga
suntingRujukan
sunting- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaElisseeff2000