Buka menu utama

Sultan Muhammad Jamalul Alam I

Sultan Brunei

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Muhammad Jamalul Alam I ibni Sultan Muhammad Tajuddin merupakan Sultan Brunei ke-20. Baginda memerintah pada tahun 1804. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Tajuddin dan Pengiran Anak Bulan. Baginda menaiki takhta pada 27 April 1804 selepas ayahanda baginda turun dari takhta kerajaan.

Muhammad Jamalul Alam I
I محمد جمال العالم
 Brunei
Pemerintahan 27 April - 10 November 1804
Pendahulu Muhammad Tajuddin
Pengganti Muhammad Tajuddin
Pasangan Pengiran Anak Nur Alam
Anakanda
Pengiran Anak Muhammad Tajuddin
Pengiran Anak Omar Ali Saifuddin
Pengiran Muda Muta Alam
Nama penuh
Muhammad Jamalul Alam I ibni Muhammad Tajuddin
Ayahanda Muhammad Tajuddin
Bonda Pengiran Anak Bulan
Keputeraan Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Kemangkatan 10 November 1804
Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Dimakamkan Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Agama Islam

Sepanjang hidup baginda, baginda mendirikan rumah tangga dengan Pengiran Anak Nur Alam. Hasil perkongsian hidup, baginda dikurniakan tiga orang putera dan seorang puteri. Mereka adalah:

Baginda merupakan Sultan Brunei yang tidak lama memerintah. Setelah kemangkatan baginda pada 10 November 1804, ayahanda baginda Sultan Muhammad Tajuddin sekali lagi menaiki takhta kerajaan. Baginda dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei.

Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
1804
Penyandang Kemudian
Muhammad Tajuddin Muhammad Tajuddin