Karachi (Urdu: کراچی‎; ALA-LC: 'Karācī', IPA: [kəˈraːtʃi], Sindh: ڪراچي) merupakan ibu kota wilayah Sindh dan bandar raya terbesar di Pakistan. Terletak di pantai Laut Arab dan berhampiran Delta Sungai Indus. Karachi merupakan bandar metropolitan dengan pelbagai fungsi. Luasnya ialah 2,330 km persegi. Bandar ini digelar 'Bandar Cahaya' dan "Bandar Raya Quaid". Di sinilah pengasas Pakistan, Muhammad Ali Jinnah dilahirkan dan dikebumikan. Penduduknya dipanggil sebagai Karachiites dalam bahasa Inggeris.

Karachi

كراچى
Karachi after rain-20160629.jpg
NegaraPakistan
WilayahSindh
Kerajaan
 • Datuk BandarSyed Mustafa Kamal
Populasi
 (2017)[1][2]
 • Jumlah14,916,456
Zon waktuUTC+ 5 (PST)
Laman webLaman web Kerajaan Karachi

PenamaanSunting

Karachi dikatakan diasaskan pada 1729 sebagai petempatan Kolachi. Petempatan tersebut dikatakan dinamakan sempena Mai Kolachi, apabila anaknya dikatakan membunuh seekor buaya di perkampungan tersebut selepas membunuh abangnya.[3] Nama "Karachi" mula digunakan buat pertama kalinya dalam sebuah laporan Belanda pada 1742 apabila kapal mereka, de Ridderkerk karam berdekatan petempatan asal.[4][5]

SejarahSunting

Karachi diasaskan sebagai petempatan Kolachi pada 1729 oleh pihak etnik Baloch, Talpur Mils. Petempatan itu ditadbir olehnya hingga dijajah oleh pihak British pada Februari 1839.

Syarikat Hindia Timur Inggeris menangkap Karachi pada 3 Februari 1839 apabila kapal HMS Wellesley menyerang dan memusnahkan kubu tanah liat Manora dengan mudah.[6] Bandar itu kemudian dimasukkan ke dalam India British pada 1843. Sebahagian besar kawasan Sindh ditangkap oleh Charles James Napier selepas kejayaan dalam Pertempuran Miani dan Karachi dijadikan sebagai ibu kota provinsi Sindh yang baharu.

Pelabuhan Karachi pula dibina pada 1854. Karachi menjadi pengeksport gandum terbesar di Timur pada 1899. Pembangunan Karachi juga menarik imigran dari pelbagai latar belakang seperti pihak Marathi, Anglo-British, Parsi dan Yahudi.[7] Pada akhir abad ke-19, penduduk Karachi dianggarkan sebanyak 105,000 orang.[8]

Ketika kemerdekaan Pakistan pada 1947, Karachi menjadi bandar terbesar Sindh dengan jumlah penduduk sebanyak 400,000 orang.[9] Pada masa ini, keadaan Karachi adalah aman secara relatif dengan bandar-bandar di utara yang terkesan dengan keganasan antara India dan Pakistan.[10] Hal ini menyebabkan Karachi menjadi pilihan orang Muhajir yang berpindah dari India dan menyebabkan ledakan dalam perkembangan penduduk bandar. Imigrasi ini berlaku hingga 60-an.[11]

IklimSunting

Karachi memiliki iklim padang pasir. Di sini, hampir tidak ada curah hujan sepanjang tahun di Karachi. Iklim di sini diklasifikasikan sebagai BWh berdasarkan sistem Köppen-Geiger. Suhu purata tahunan ialah 25.9 °C di Karachi. Purata curahan hujan di sini pula ialah 194 mm.[12]

Rekod taburan hujan tertinggi diukur pada Julai 1967, iaitu sebanyak 239.3 mm..[13] Taburan hujan tertinggi dalam tempoh 24 jam diukur pada 7 Ogos 1953 dengan ukuran 278.1 mm, menyebabkan banjir besar di bandar ini.[14] Suhu terpanas yang pernah direkodkan di Karachi ialah 48 °C pada 9 Mei 1938,[15] manakala suhu paling sejuk yang pernah direkodkan ialah 0 °C pada 21 Januari 1934.[13]

Data iklim untuk Karachi
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 32.8
(91)
36.1
(97)
41.5
(106.7)
44.4
(111.9)
47.8
(118)
47.0
(116.6)
42.2
(108)
41.7
(107.1)
42.8
(109)
43.3
(109.9)
38.5
(101.3)
34.5
(94.1)
47.8
(118)
Purata tinggi °C (°F) 25.8
(78.4)
27.7
(81.9)
31.5
(88.7)
34.3
(93.7)
35.2
(95.4)
34.8
(94.6)
33.1
(91.6)
31.7
(89.1)
32.6
(90.7)
34.7
(94.5)
31.9
(89.4)
27.4
(81.3)
31.7
(89.1)
Min harian °C (°F) 18.1
(64.6)
20.2
(68.4)
24.5
(76.1)
28.3
(82.9)
30.5
(86.9)
31.4
(88.5)
30.3
(86.5)
28.9
(84)
28.9
(84)
27.9
(82.2)
23.9
(75)
19.5
(67.1)
26.0
(78.8)
Purata rendah °C (°F) 10.4
(50.7)
12.7
(54.9)
17.6
(63.7)
22.3
(72.1)
25.9
(78.6)
27.9
(82.2)
27.4
(81.3)
26.1
(79)
25.2
(77.4)
21.0
(69.8)
15.9
(60.6)
11.6
(52.9)
20.3
(68.5)
Rekod terendah °C (°F) 0.0
(32)
3.3
(37.9)
7.0
(44.6)
12.2
(54)
17.7
(63.9)
22.1
(71.8)
22.2
(72)
20.0
(68)
18.0
(64.4)
10.0
(50)
6.1
(43)
1.3
(34.3)
0.0
(32)
Curahan hujan mm (inci) 6.0
(0.236)
9.8
(0.386)
11.7
(0.461)
4.4
(0.173)
0.0
(0)
5.5
(0.217)
85.5
(3.366)
67.4
(2.654)
19.9
(0.783)
1.0
(0.039)
1.8
(0.071)
4.4
(0.173)
217.4
(8.559)
Jam cahaya matahari 270.7 249.4 271.6 277.4 299.1 231.8 155.0 147.7 218.8 283.5 273.3 272.0 2,950.3
Sumber #1: NOAA[16]
Sumber #2: PMD (extremes)[17]

DemografiSunting

Karachi disifatkan sebagai bandar dengan kepelbagaian bahasa, etnik dan bahasa yang paling ketara di Pakistan. Bancian 2017 mengesahkan Karachi memiliki penduduk sejumlah 14,910,352 orang, meningkat 2.49% per tahun sejak bancian 1998, ketika jumlah penduduk Karachi dianggarkan sebanyak 9.3 juta orang.[18]

AgamaSunting

Agama di Karachi[19][20][21][22]
Agama Peratus
Islam
  
93.6%
Kristian
  
2%
Hindu
  
4%
Lain-lain
  
0.4%

Karachi ialah salah satu bandar dengan kepelbagaian agama paling ketara di Pakistan. Penduduk Karachi mengikut pelbagai mazhab Islam. Segelintir masyarakat juga menganut Kristian Protestan dan Katolik Goa. Selain itu, Karachi juga memiliki golongan penganut Hindu dan komuniti Majusi yang kecil.

Sebelum kemerdekaan Pakistan, masyarakat bandar dianggarkan terdiri daripada 50% orang Muslim, 40% penganut Hindu dengan selebihnya adalah kebanyakannya penganut Kristian (orang British serta tempatan) serta komuniti kecil Yahudi. Selepas kemerdekaan negara, banyak penduduk Hindu berpindah ke India manakala pihak Muslim dari India pula berpindah ke Karachi. Bandar ini juga menari imigran dari seluruh Pakistan, menyebabkan populasi bandar meningkat hampir dua kali ganda pada 50-an. Oleh sebab migrasi ini, hampir 96.5% penduduk bandar ialah Muslim.

Hampir keseluruhan penduduk Karachi ialah Muslim, tetapi bandar ini ialah salah satu bandar paling sekular di Pakistan. Kira-kira 85% penduduk Muslim Karachi ialah Ahli Sunah Waljamaah (Sunni) manakala selebihnya ialah Syiah.[23][24][25] Penganut Sunni secara lazimnya mengikut mazhab Hanafi dengan pengaruh kesufian terhadap amalan keagamaan dengan menggalakkan puji-pujian kepada tokoh sufi seperti Abdullah Shah Ghazi dan Mewa Shah. Penganut Syiah pula biasanya mengikut mazhab Imam Dua Belas denga minoriti Ismailiyah.

BahasaSunting

Karachi memiliki penutur bahasa Urdu terbesar Pakistan.[26] Saiz penduduk Karachi berdasarkan bahasa pertuturan adalah seperti di bawah:

Bahasa Bancian 1998[27] Penutur Bancian 1981[28] Penutur
Urdu 48.52% 4,497,747 54.34% 2,830,098
Punjabi 13.94% 1,292,335 13.64% 710,389
Pashto 11.42% 1,058,650 8.71% 453,628
Sindh 7.22% 669,340 6.29% 327,591
Baloch 4.34% 402,386 4.39% 228,636
Saraiki 2.11% 195,681 0.35% 18,228
Lain-lain 12.44% 1,153,126 12.27% 639,560
Jumlah 100% 9,269,265 100% 5,208,132

EkonomiSunting

Karachi merupakan ibu kota kewangan dan ekonomi Pakistan.[29] Sejak kemerdekaan Pakistan, Karachi menjadi pusat ekonomi Pakistan serta ekonomi bandar terbesar negara meskipun menghadapi pertelingkahan sosiopolitik pada 80-an dan 90-an. Bandar ini membentuk sebuah koridor ekonomi yang melitupi Karachi dan bandar-bandar berdekatan, Hyderabad dan Thatta.[30] Karachi memiliki KDNK sebanyak kira-kira $113 bilion setakat 2014.[31]

Kebanyakan bank awam dan swasta Pakistan beribu pejabat di Jalan I. I. Chundrigar di Karachi yang juga dikenali sebagai "Wall Street Pakistan",[10] dengan kebanyakan aliran wang dalam ekonomi Pakistan berlaku di jalan ini. Kebanyakan syarikat antarabangsa asing yang beroperasi di Pakistan beribu pejabat di Karachi. Karachi ialah pusat bagi Bursa Saham Karachi.

PendidikanSunting

 
Bangunan Kolej Sains Kerajaan D. J. Sindh.

Karachi memiliki institut pendidikan awam dan swasta. Kebanyakan institusi pendidikan di Karachi adalah berasaskan jantina, daripada peringkat sekolah rendah hingga tahap universiti. Beberapa sekolah di Karachi seperti Sekolah Tinggi St. Patrick dikendalikan oleh pihak gereja dan dikenali sebagai antara sekolah-sekolah paling berprestij di Pakistan.

Karachi menetapkan beberapa institusi pengajian tinggi awam utama Pakistan seperti Universiti Karachi, universiti terbesar Pakistan. Universiti awam tertua Pakistan, Sindh Madressatul Islam ditubuhkan pada 1885 dan mendapat taraf universiti pada 2012. Insitut pengajian tinggi swasta tertua Karachi ialah Universiti Aga Khan yang ditubuhkan pada 1983 dan disifatkan sebagai salah satu kolej perubatan paling masyhur di Pakistan.

PengangkutanSunting

Karachi memiliki jaringan kereta api dengan panjang kira-kira 9,500 km.[32] Bandar ini dihubungkan dengan laluan kereta api ke seluruh negara oleh Pakistan Railways. Stesen-stesen kereta api utama termasuklah Stesen Bandar Karachi dan Karachi Cantonment. Bandar ini juga memiliki hubungan laluan kereta api antarabangsa, iaitu hubungan ke Stesen Bhagat Ki Kothi di Jodhpur di India dari Stesen Karachi Cantonment oleh Thar Express.[33]

Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah merupakan lapangan terbang utama Karachi dan lapangan terbang tersibuk Pakistan dengan mengendalikan 6.2 juta orang penumpang pada 2015.[34] Struktur terminal kini dibina pada 1992 dan dibahagikan kepada bahagian domestik dan antarabangsa. Lapangan terbang ini dijadikan sebagai platform bagi syarikat penerbangan kebangsaan, Pakistan International Airlines, PIA.

Pelabuhan Karachi dan Pelabuhan Qasim merupakan pelabuhan-pelabuhan utama Pakistan yang terletak di Karachi. Pelabuhan-pelabuhan ini mengendalikan 95% perdagangan kargo Pakistan antara pelabuhan-pelabuhan asing.[35]

RujukanSunting

  1. ^ "Ten major cities' population up by 74pc". Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  2. ^ "PROVISIONAL SUMMARY RESULTS OF 6TH POPULATION AND HOUSING CENSUS-2017". Pakistan Bureau of Statistics. Dicapai pada 10 Ogos 2019.
  3. ^ Askari, Sabiah (2015). Studies on Karachi: Papers Presented at the Karachi Conference 2013. Cambridge Scholars Publishing. ISBN 978-1-4438-7744-2. Dicapai pada 30 Oktober 2016.
  4. ^ The Dutch East India Company (VOC) and Diewel-Sind (Pakistan) in the 17th and 18th centuries, Floor, W. Institute of Central & West Asian Studies, University of Karachi, 1993–1994, p. 49.
  5. ^ "The Dutch East India Company's shipping between the Netherlands and Asia 1595–1795". Dicapai pada 14 Jun 2015.
  6. ^ Neill, John Martin Bladen (1846). Recollections of Four Years' Service in the East with H.M. Fortieth Regiment. Dicapai pada 27 November 2009.
  7. ^ Askari, Sabiah, penyunting (2015). Studies on Karachi: Papers Presented at the Karachi Conference 2013. Cambridge Scholars Publishing. m/s. 325. ISBN 978-1-4438-8450-1.
  8. ^ "Karachi Population 2016". World Population Review. Dicapai pada 25 Februari 2016.
  9. ^ Inskeep, Steve (2012). Instant City: Life and Death in Karachi. Penguin Publishing Group. m/s. 284. ISBN 978-0-14-312216-6. Dicapai pada 30 Oktober 2016.
  10. ^ a b Nadeem F. Paracha. "Visual Karachi: From Paris of Asia, to City of Lights, to Hell on Earth". Dawn. Pakistan. Dicapai pada 10 Mac 2016.
  11. ^ KHALIDI, OMAR (1 Januari 1998). "FROM TORRENT TO TRICKLE: INDIAN MUSLIM MIGRATION TO PAKISTAN, 1947–97". Islamic Studies. 37 (3): 339–352. JSTOR 20837002.
  12. ^ https://id.climate-data.org/location/992367/
  13. ^ a b "Climate data – Karachi". Pakistan Meteorological Department, Government of Pakistan. Diarkib daripada yang asal pada 22 April 2010. Dicapai pada 24 Ogos 2010.
  14. ^ [1] Diarkibkan 26 Oktober 2010 di Wayback Machine
  15. ^ Hasan Mansoor. "Heatwave devastates Karachi, other parts of Sindh; at least 136 dead". Dawn. Pakistan. Dicapai pada 3 Mac 2016.
  16. ^ "WMO Climate Normals for KARACHI (AIRPORT) 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 2014-03-15.
  17. ^ "Extremes of Karachi". Pakistan Meteorological Department. Dicapai pada 2 Februari 2015.
  18. ^ "Karachi's population – fiction and reality". The Express Tribune. 14 September 2017. Dicapai pada 1 December 2017.
  19. ^ "Religions in Pakistan". The World Factbook. Dicapai pada 9 Julai 2013.
  20. ^ Curtis, Lisa; Mullick, Haider (4 Mei 2009). "Reviving Pakistan's Pluralist Traditions to Fight Extremism". The Heritage Foundation. Retrieved 31 Julai 2011
  21. ^ a b c "Religions: Islam 95%, other (includes Christian and Hindu, 2% Ahmadiyyah) 5%". CIA. The World Factbook on Pakistan. 2010. Retrieved 28 Ogos 2010.
  22. ^ # ^ International Centre for Political Violence and Terrorism Research at Nanyang Technological University, Singapore: "Have Pakistanis Forgotten Their Sufi Traditions?" by Rohan Bedi April 2006
  23. ^ "Mapping the Global Muslim Population: A Report on the Size and Distribution of the World's Muslim Population". Pew Research Center. 7 Oktober 2009. Dicapai pada 28 Ogos 2010.
  24. ^ Miller, Tracy, penyunting (Oktober 2009). Mapping the Global Muslim Population: A Report on the Size and Distribution of the World's Muslim Population (PDF). Pew Research Center. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 8 November 2009. Dicapai pada 28 Ogos 2010.
  25. ^ "Pakistan – International Religious Freedom Report 2008". United States Department of State. Dicapai pada 28 Ogos 2010.
  26. ^ Amos Owen Thomas 2005, m/s. 121.
  27. ^ Jonah Blank, Christopher Clary & Brian Nichiporuk 2014.
  28. ^ Stephen P. Cohen 2004.
  29. ^ "Annexures" (PDF). City District Government Karachi. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 16 September 2013. Dicapai pada 10 Februari 2014.
  30. ^ "Karachi City Diagnostic: livability, sustainability and growth in the city of Karachi" (PDF). Pakistan Development Update: 45–49. November 2016. Dicapai pada 29 November 2017.
  31. ^ Centre for Risk Studies at the University of Cambridge Judge Business School. "Karachi factsheet: Lloyd's City Risk Index". Lloyd's City Risk Index 2015–2025. Lloyd's. Diarkib daripada yang asal pada 24 November 2016. Dicapai pada 23 November 2016.
  32. ^ "In Karachi, 16,562 more vehicles hit the roads each month". Pakistan Today. 24 Disember 2011. Dicapai pada 25 November 2016.
  33. ^ "Thar Express escapes blast near Karachi". GEO.tv. 4 Disember 2010. Diarkib daripada yang asal pada 5 November 2013. Dicapai pada 21 April 2013.
  34. ^ "Statistical Data for Web site Major Traffic Flow Airport & Airline wise – Pakistan Civil Aviation Authority". caapakistan.com.pk.
  35. ^ Robert Stimson & Kingsley E. Haynes 2012, m/s. 43.

Pautan luarSunting