Sabbaruddin Chik
Tan Sri Dato' Sri Sabbaruddin bin Chik (13 Disember 1941 – 4 Disember 2021) merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1997. Beliau juga ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad yang dilantik pada 2016 menggantikan Reezal Merican Naina Merican.[1]
Sabbaruddin Chik | |
---|---|
Pengerusi Amanah Raya Berhad | |
Dalam jawatan 2016–2018 | |
Didahului oleh | Reezal Merican Naina Merican |
Digantikan oleh | Datuk Mohd Nasir Ali |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Temerloh | |
Dalam jawatan 1982–1999 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan | |
Dalam jawatan 1987–1997 | |
Didahului oleh | Mokhtar Hashim |
Digantikan oleh | Abdul Kadir Sheikh Fadzir |
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 1982–1987 | |
Didahului oleh | Mak Hon Kam Najib Razak |
Digantikan oleh | Loke Yuen Yow |
Butiran peribadi | |
Lahir | Temerloh, Pahang, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 13 Disember 1941
Meninggal dunia | 4 Disember 2021 Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur | (umur 79)
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Puan Sri Faridah Mohamed (m. 2017) |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pendidikan sunting
Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya (1966). Kemudian, beliau mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Institute of Social Studies, Belanda pada 1974.
UMNO sunting
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Panel Rayuan UMNO.[2]
Meninggal dunia sunting
Sabbaruddin Chik meninggal dunia pada 4 Disember 2021 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah seminggu dimasukkan ke dalam wad kerana disahkan positif COVID-19.[3][4] Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan pada pukul 11.40 pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[5][6]
Rujukan sunting
- ^ Sabbaruddin Chik Dilantik Pengerusi Amanah Raya Berhad
- ^ Panel Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Sabaruddin Chik
- ^ "Sabbaruddin Chik meninggal dunia akibat Covid-19". Utusan Malaysia. 4 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
- ^ "Bekas menteri, Setiausaha Agung UMNO meninggal dunia". Berita Harian. 4 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
- ^ "Jenazah Sabbaruddin selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. 5 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
- ^ "Jenazah Sabbaruddin dikebumi di Bukit Kiara". Berita Harian. 5 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.